TABUNG KAWEN LAGI

Tuesday, April 6, 2010

Walaupun penat tetapi hati tetap rasa gembira.

Salam dan hai semua pembaca.

Mood: Walaupun penat tetapi hati tetap rasa gembira.

.

.

.


Whoaaaaa!!!!! Penatnya.
Tatkala ini, mata ku sudah pun mulai menunjukkan tanda-tanda untuk ke laut.
Bantal + katil + selimut & Mr. Teddy pun dah memanggil-manggil.
Tapi, saya masih semangat nak update blog.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Apa yang membuatkan saya rasa penat sangat ni?
Hari ni kelas saya ada lawatan sambil belajar ke Stesen Janaelektrik Sultan Iskandar.
Kami bertolak daripada UTHM dalam pukul 11 pagi.
Saya tak sangka yang pensyarah saya belanja makan tengahari tadi.
Dah la saya ambil nasi briyani + daging kambing masak kurma.
Itulah rezeki namanya. Terima kasih, prof!
Nanti saya belanja prof "nasi minyak" masa kenduri kawen saya. Hehe!

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Oh, saya memang sangat teruja bila sampai ke tempat lawatan tu okeh!
Yelah, selalu belajar tentang teori je kat dalam kelas.
Tapi, hari ni secara realitinya nampak bagaimana stesen janaelektrik ni berfungsi.


Selamat datang ke Stesen Janaelektrik Sultan Iskandar, Pasir Gudang.



Lihat wajahku, terserlah keterujaan ku itu!

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Sesudah sampai, kami semua diberikan taklimat.
Pastu, kami dibawa pusing-pusing kat dalam kawasan stesen janaelektrik ni.
Pegawai yang bertugas sangatlah peramah dan sentiasa tersenyum.



AWAS! Kawasan voltan tinggi sebanyak 132kV dan 275kV.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Sebelum pulang, saya dan beberapa orang rakan sempat mengambil gambar kenangan bersama pensyarah kami di hadapan pintu masuk Stesen Janaelektrik Sultan Iskandar, Pasir Gudang.


Dari kiri: Amir, Inn, Dibah, Kak Jaa, Ijah dan Prof. Madya Pang Che Fong.

.

.

.

Moga lawatan ini memberikan manfaat buat saya dan rakan sekelas.
Padahal dalam hati tu sebenarnya tak nak buat projek untuk subjek ni.
Tu yang gantikan dengan lawatan sambil belajar. Hehe! (^__^)

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Dan, apa yang membuatkan saya rasa gembira hari ni?


Tengok tu...
Tinggal lagi 2 minggu je MyAlif akan sign off.
Wah!! Tak sabarnya nak tunggu kepulangan si dia pujaan hati.
Paling tak sabar sekali, saya nak wat "surprise" untuk MyAlif.
Ku setia menanti kepulanganmu, sayang!

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Ok la, kawan-kawan.
Saya dah ngantuk ni.
Nak masuk tidur dulu ye.
Esok pagi-pagi ada kelas.
Babai. Salam.



p/s: Pasni perlu memikirkan bagaimana nak siapkan projek untuk subjek Digital Signal Processing dan projek robot untuk subjek Microprocessor & Microcontroller. Bila semua projek ni dah setel, boleh la balik rumah dengan hati yang tenang. Waaa... Tak sabarnya nak balik!

12 comments:

  1. wahh..jln2 sambil blja yer..kiter xpenah pun ader lawatan cam nie..slalu bt lawatan g mandi manda lar..ermmm..hek3.

    ReplyDelete
  2. "Nanti saya belanja prof "nasi minyak" masa kenduri kawen saya."

    bilenya tue ?? uhuks...

    ReplyDelete
  3. adakah tak sabar menunggu kepulangan si dia atau mahu hadiah dari si dia ni? hihihi

    ReplyDelete
  4. alaaa..singgah je blog org len sume kate buah hati dah nak balik..haiihhh..jelesssshhh

    ReplyDelete
  5. belajar rajin2 tau....B akak pun tggal kuarng lebih 2 mggu lagi akan sign off..makin dekat nk balik makin rasa lambat masa berlalu...

    ReplyDelete
  6. Mr Rulez:

    Wah!!!

    Best tu kalo wat lawatan gi mandi-manda...

    ReplyDelete
  7. Aidy Shahiezad:

    Insya-Allah, nnt inn jemput ea awk dtg kenduri kawen inn tu nnt...

    ReplyDelete
  8. I_Hate_Lolipop:

    Inn x sabar nak wat surprise kat dia sebenarnya...

    ReplyDelete
  9. Kak ikin:

    Kak,the day will come!

    Pejam celik,pejam celik tau2 en zahir dah balik nnt...

    ReplyDelete
  10. Kak Eza:

    Dah tak lama tu,kak...

    Kita doakan moga org yg kita sayang tu selamat pulang ke daratan...

    ReplyDelete
  11. hehe..gud luck inn..

    jeles jeles..hiii~

    ReplyDelete
  12. Zura:

    Thanks,lalink~

    Jelesnya dia dpt calling2 n msg dgn anai...

    Hehe!

    ReplyDelete

Thanks for leaving a comment...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...