TABUNG KAWEN LAGI

Tuesday, March 30, 2010

KISAH PANAS!!! Bapa PUKUL anak kerana anak nak PAKAI TUDUNG...

Salam~

.

.


.


Saya ada cerita PANAS nak kongsikan dengan anda semua.
Cerita ni adalah luahan hati seorang insan.
Hayatilah kisah ini dengan sepenuh perasaan anda.
Jadikan ia sebagai tauladan untuk kita semua.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Kisah ini pun bermula.......

.

.

.


Aku menggeliat sepuas-puasnya. Nasib baik takde siapa nampak cara aku menggeliat. Mahu jatuh saham aku. Huhu!


Tiba-tiba aku teringat kisah semalam. Airmata ku terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Nape bapak aku tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk gile. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takde. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat-sangat.


Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut ku terasa lapar.


Aku bangun dan capai tuala. Dan terus masuk ke bilik mandi.


Lepas mandi, aku belek-belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis-habisan kalau bapak aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain-lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!


Aku turun ke bawah. Baru je nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapak aku balik awal ni???


Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapak aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!


Bila bapak aku buka je pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku berkata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"


[Gambar: Daripada pakcik google]


Bapak aku terus menjenggilkan mata sebesar-besarnya. Macam ada api keluar! Panggggggggggggggggggg. Bapak aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.


"Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....
sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."


Pangggggggggggggggggggg....! Aku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.


"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "RAZALI", tup tup lekat jadi AZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".


Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.


SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!!!

.

.

.


Korang rasa memang patut tak bapak budak ni kasi penampar kat dia?
Siapa yang bersalah dalam hal ni?
Budak yang kena penampar tu?
Bapak dia? Ataupun kedua-duanya?



p/s: Thanks to Shafiq Sidqi kerna sudi berkongsi cerita PANAS ni.

Sunday, March 28, 2010

Mari menjawab soklan-soklan cepumas!!!

Salam dan hai semua~
Salam 1 Malaysia.

.

.

.


Untuk menghilangkan rasa tension jawab test tadi;
Dengan ini inn nak jawab tag daripada Zilot, Nana & Kak Eza.
Mari menjawab soklan-soklan cepumas yang diberikan.
Here we go!

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

1. Siapakah diri anda di rumah?

Merupakan zuriat pertama kepada pasangan Wahab bin Jusoh & Nor Aliza binti Zamzuri.


Kak Long kepada Udin yang macho & Ana yang comey.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

2. Siapakah diri anda di samping rakan?

Seorang yang suka menceburi aktiviti lasak.


Seorang yang suka berkawan.
Gambar kenangan bersama teman-teman dari Indonesia.


[Gambar: Daripada pakcik google]
Saya ni memang banyak cakap dan sangat mesra alam.
Walaupun first time jumpa, tapi sembang cam dah lama kenal je.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

3. 5 benda yang anda idamkan tetapi belum tercapai?

RANKING #1

[Gambar: Daripada pakcik google]
Graduate with Bachelor in Electrical Engineering with Honour.


RANKING #2

[Gambar: Daripada pakcik google]
Moga berjaya menjadi seorang jurutera elektrik professional.


RANKING #3

[Gambar: Daripada pakcik google]
Selamat diijabkabulkan dengan Alif bin Abu Bakar.
Insya-Allah, mudah-mudahan ada jodoh antara kami. Amin!


RANKING #4

[Gambar: Daripada pakcik google]
Mendapat zuriat yang soleh & solehah.
Jika diizinkan, ingin anak kembar sepasang.


RANKING #5

[Gambar: Daripada pakcik google]
Happy ever after.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

4. Siapakah nama pasangan anda?

Alif bin Abu Bakar

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

5. Ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda.

1) Firstly, saya nak cakap yang dia adalah lelaki yang PALING BAIK yang pernah saya temui dalam hidup saya.

2) Seorang yang sangat gentleman dan menghormati orang lain serta berbudi bahasa.

3) Seorang yang tidak cerewet. Senang nak ajak makan kat mana-mana je.

4) Kalau ada apa-apa perkara yang dia tak suka saya buat, dia akan terus-terang btau kat saya. Dengan itu, saya boleh memperbaiki diri saya.

5) Kami sama-sama sukakan kucing.

[Gambar: Daripada pakcik google]

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

6. Bila tarikh anda couple?

Sebenarnya kami tak penah officially declare pun bila kami couple. Tapi, saya jadikan tarikh pada 2 Jun 2008 sebagai bermulanya perhubungan kami, di mana masa tu first time dia mesej saya dengan menggunakan perkataan "syg" dan "abg". Sendiri-sendiri faham la. Hehe!


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

7. Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

Alhamdulillah. Setakat ni belum ada kenangan pahit lagi antara kami. Kalo setakat merajuk manja yang nak kena pujuk tu ada laa. Masam-masam manis~ Baru la best!

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

8. Lagu tema cinta anda?

If you're not the one nyanyian Daniel Bedingfield.
Lagu ni sungguh memberi 1001 makna buat saya.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

9. Apa perubahan yang anda ingin lihat dari pasangan anda?

Saya suka dan sayang dengan MyAlif yang saya kenal sekarang ni.
Jangan pernah berubah, sayang!


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

10. Tag 10 rakan anda yang lain.

Tiada paksaan! Sesape rasa nak jawab tag ni, dipersilakan.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Maka dengan ini...
Tamatlah sudah acara menjawab soklan-soklan cepumas ni.
Moga anda semua berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.
Sekian, wassalam~


Take care!!!


Saturday, March 27, 2010

Whooaaaa!!! DOUBLE AWARDS for me~ Thanks a lot.....

Salam and hi guys!

.

.

.

DOUBLE AWARDS for me!

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

First award, I got from Kak Elly.

"BEAUTIFUL BLOGGER AWARD"


Syarat-syarat ambil award ni adalah:

1) Thank and linked the person that gave you the award.
>> Thanks a lot, Kak Elly for giving me this award!


2) Pass this award to 15 blogger you're recently discovered and think are fantastic.

1. Fatin Filzah

2. Zatil

3. Zati

4. Zura

5. Hani

6. Kak Yat

7. Kak Ikin

8. Kak Ena

9. Kak Eza

10. Zilot

11. Teha

12. Fateha

13. Tieqa

14. Pn Nelidya

15. Cikgu Yang


3) Contact bloggers and let them know they've won.
>> WAJIB btau mereka tentang award ini.


4) State 7 things about yourself:

1. Talkative.
2. Friendly.
3. Cat's lover.
4. Humor.
5. Creative.
6. Caring.
7. I really really LOVE MyAlif.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

My second award, I got from Tieqa and Cik Gee.


"ANUGERAH TERHORMAT TOP BLOGGER 2010"


Syarat-syarat ambil award ni adalah:

1) Thanks and linked to the person that give you the award.
>> Thanks to Tieqa and Cik Gee for giving me this award.


2) Post this award onto 12's bloggers you have recently discovered and think are fantastic.

1. Kak Yat

2. Che Pah

3. Faiz Farish

4. Cik Epal

5. Melz

6. Hanis Zalikha

7. Nadia Bayu

8. Zack Zukhairi

9. Cik Aina

10. Zatul Nani

11. Edriena Hazelina

12. Aznil Haji Nawawi


3) Contact and let them know they've won the award.
>> Dengan sepantas kilat, saya telah memberitahu mereka.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Kepada mereka yang saya tak beri award tu;
Jangan la bersedih hati pulak ye!
Jangan kecik hati tau.
Tak mau gado-gado okeh!
Kalo ikutkan hati, saya nak bagi award ni kepada anda semua.
Inn SAYANG anda semua.



= FRIENDSHIP LAST FOREVER =


Wednesday, March 24, 2010

I'm SUPER DUPER BUSY right now!!!

Salam and hi guys!

.

.

.

ATTENTION PLEASE...!!!

I'm SUPER DUPER BUSY right now.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

This is because...
I have a lot of tests this week and next week.
Let's check out my test schedule.

.

.

.

25 March 2010 @ Thursday
Test 2 - Electrical Power System

26 March 2010 @ Friday
Test 2 - Digital Signal Processing

28 March 2010 @ Sunday
Test 1 - Economy Engineering and Entreperneurship

1 April 2010 @ Thursday
Test 2 - Microprocessor and Microcontroller

3 April 2010 @ Saturday
Test 2 -
Economy Engineering and Entreperneurship

5 April 2010 @ Monday
Test 2 - Applied Electromagnetics

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

I will try my very best.
Good luck and all the best to all my friends.
And, wish me best of luck!

Tuesday, March 23, 2010

Sanggup aku bangun pagi-pagi buta semata-mata nak tengok benda ni... Oh, sangat teruja okeh!

Salam dan hai semua~

.

.

.


Semalam pagi-pagi buta saya dah bangun.
Dalam pukul 4 pagi.
Motif bangun awal?
Sebab...
Ada lawatan ke Stesen Satelit Bumi di Kuantan.
Kalo tak, takde maknanya saya nak bangun pagi-pagi buta tu.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Punya la datang jauh-jauh.
Dari Batu Pahat ke Kuantan;
Semata-mata nak tengok benda alah ni.


Apa tu?
Kalo anda nak tahu, inilah dia Satelit KUA-2A.
Besarkan satelit ni?


Jom kita tengok perbezaan antara saya dengan satelit ni.
Jeng... Jeng... Jeng...

Wah! Keciknya saya jika nak dibandingkan dengan satelit ni.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Gambar kenangan sepanjang berada di Stesen Satelit Bumi.

Selamat datang ke Stesen Satelit Bumi Kuantan.


Terdapat beberapa jenis satelit yang pelbagai saiz.


Pertama kali saya menjejakkan kaki ke tempat ini.


Kenangan bersama Kak Jaa, Fizah dan Kak Ida.


Gambar kenangan bersama rakan sekelas sebelum pulang.
3BEE seksyen 7 memang best!


Pemandangan laut dari Stesen Satelit Bumi.
Saya suka LAUT!!! (^_^)

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Sebelum pulang semula ke UTHM;
Kami singgah makan tengahari dan solat di Teluk Chempedak.
Yey! Boleh jalan-jalan kat tepi pantai.
Rasa tenang je bila dapat dengar bunyi desiran ombak menghempas pantai sambil menghirup udara yang nyaman dan segar.
Oh, sangat mendamaikan jiwa!

Dah lama tak jalan-jalan kat tepi pantai.


Friendship forever!


Terima kasih kerna sudi susah senang bersama denganku.


I love this pic! (^_^)

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Walaupun penat, tapi saya rasa sangat hepi dan best!
Alangkah gembiranya hati kalo saya dapat singgah di Kemaman.
Kuantan dengan Kemaman tu dah tak jauh pun.
Kebetulan masa saya kat Kuantan tu, MyAlif ada kat Kemaman.
Kapal dia masuk port kejap untuk wat maintenance.
3 hari saya dapat mesej dan call dia. Suka! Suka! Suka!
Terasa penantian selama ni berbaloi-baloi.
Insya-Allah, bulan depan MyAlif akan sign off.
Ku setia menantikan dirimu, sayang!



p/s: Zura, i'm so sorry! Sebab tak dapat jumpa dengan kamu. Nanti kita jumpa tau!

Sunday, March 21, 2010

Komenmu - Contest sepanjang hayat~

Salam~
Terlebih dahulu, saya nak mohon maaf kepada Malwana;
Kerana saya lambat post entry ini di blog saya kerana kesibukan.

.

.

.

"CONTEST SEPANJANG HAYAT"

@ http://komenmu.blogspot.com/

.

.

.

Akta Komen 1.1


Definisi


Tujuan blog ini dihasilkan adalah sebagai salah satu tempat bagi bloggers dan pengunjung yang rase hendak memberi komen yang mengarut mahupun yang rasional. Ya, memang siyes, tempat ni hanyalah untuk komen yang mengarut mahupun rasional.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Akta Komen 2.1


Peristiwa

Setiap hari, satu persoalan sama ada rasional atau tidak akan diberikan, dan tugas anda hanyalah memberi komen.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Akta Komen 3.1

Ganjaran


Ya, ini bukanlah contest mahupun marathon 24km, tetapi anda masih lagi mendapat ganjarannya, yakni, setiap hari, seorang pengomen terbaik akan dipilih dan screenshot dari blog beliau akan diletakkan di blog Komenmu dan di Malwana's Cafe. Bersama link kepada blog beliau.

Selama 3 hari, ya, 3 hari atau lebih di 2 blog, percuma.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Akta Komen 4.1

Terma dan Syarat


1. Korang haruslah memberi komen (wajib dah ni..)
2. Korang following blog Komenmu
3. Blog korang haruslah meletakkan entri bertajuk 'Komenmu - Contest sepanjang hayat'
4. Copy sahaja ayat2 dari Akta Komen 1.1 sehingga habis.
5. Entri ini hanya diperlukan sekali seumur blog.


Komentator terbaik akan Malwana kunjungi blognya, dan search entri tersebut, jika terdapat entri tersebut, Malwana akan hubungi tuan/puan/abang/kak/adik empunya blog tersebut dan screenshot dan link ke blog tersebut akan diletakkan di sidebar kedua2 blog Malwana.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Akta Komen 5.1


Kelebihan

Sebenarnya, Malwana nak buat exchange link site je, tapi dah terlajak dengan blog ni, so harapannya trafik korang dan Malwana sendiri akan naik, Insya-Allah, selamat mengomen. (~^.^)





Thursday, March 18, 2010

Mungkin inilah hikmah di sebalik dugaan yang perlu ditempuhi. Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Salam dan hai semua~

Mood: Hati sedang berbunga-bunga + tersenyum lebar sampai ke telinga.

(^_________________________^)

.

.

.


Nak dijadikan cerita;
Masa saya tengah dok ber"ym" sakan dengan Zatil.
Tiba-tiba.......
Saya terdengar ringtone lagu "Iris" nyanyian Awie daripada hp saya.

Kau masih ku cintai.
Sungguh... Dari awal dulu hingga hari ini.
Aku pasti seyakinnya pasti.
Kaulah satu untukku.

Terpandang wajah MyAlif pada skrin hp saya.
Perasaan saya masa tu sangat terkejut + tergamam.
Terus saya bangun dan menjawab panggilan daripadanya.
(Zatil, i'm so sorry! Sebab inn lambat reply ym. Tau2 Zatil dah offline.)

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Seperti biasa, saya akan bertanyakan khabar MyAlif.
Tentang kesihatan diri + kerja + family dia + "masa depan".
Dia cakap kapal dia nak masuk port kat Kemaman tu.
Sebab kapal tu nak transfer minyak.
Nanti akan balik semula ke platform yang berada di tengah lautan.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Rasa hepi sangat-sangat.
Hati sedang berbunga-bunga ketika ini.
Ibarat bunga kembang setaman.
Bak kata Adnan Sempit, "Dalam hati ada taman". Hehe!
14 Mac yang lepas, dia baru je call guna telefon satelit.
Tup-tup, 16 Mac baru-baru ni dia call saya lagi.
Sungguh saya tak sangka sama skali.
2,3 kali dia call saya sebab kadang-kadang tu masa tengah cakap tetiba talian terputus.
Kalo ditambahkan jumlah masa perbualan = sejam lebih.
Terasa penantian ini sangat berbaloi-baloi.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Ya Allah, Ya Tuhanku!
Mungkin
inilah hikmah di sebalik dugaan;
Yang perlu aku tempuhi sebelum ini.
Dugaan di mana;
Hampir 2 bulan ku tak mendengar khabar berita daripadanya.
No message! No incoming call! No email from him.
Terima kasih Ya Allah kerna Engkau memakbulkan doaku.
Sesungguhnya, Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu ini.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Yang paling best skali...
Masa tu saya tengah siap-siap nak pergi kuliah.
Tiba-tiba dengar bunyi mesej.

"Tweet, tweet! Tweet, tweet! SMS..."

Skali dapat MMS la pulak pagi tu daripada MyAlif.
Wah~ I received his latest picture.
Wow! MyAlif nampak dah kurus sket la + makin hensem.
Apa lagi, tersenyum lebar sampai ke telinga laa...
Tetiba pulak rasa tak sabar nak jumpa dengannya.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Mari kita lihat perbandingan wajah MyAlif;
SEBELUM
naik kapal dan wajah yang TERKINI.
Let's check it out!

.

.

.

SEBELUM NAIK KAPAL:

Gambar yang di"MMS"kan kepada saya pada 15 Januari 2010.

.

.

.

.

.

Dan...

WAJAH YANG TERKINI:

Gambar yang di"MMS"kan kepada saya pada 17 Mac 2010.


Tapi, MyAlif cakap dia belum mula diet lagi.
Nanti dah nak turun kapal baru diet.
Tak diet lagi pun dah nampak kurus sket.
Kalo dia dah start diet, macam mana la agaknya ye! (Tetiba rasa jeles!)

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Tadi saya cuba call MyAlif.
Tapi, macam biasa la suara wanita yang femes amos ni akan jawab.

"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi,
Sila cuba sebentar lagi."

Ini bermakna kapalnya telah berada di tengah lautan.
Kerja bebaik ye, sayang.
Thanks a lot for calling me.
I LOVE you so much.
I really really MISS you.
I will WAIT for you!


p/s: Allah knows earlier. Cepat-cepat la masa ni berlalu pergi~

Tuesday, March 16, 2010

Bila DIA lambat makbulkan doamu, Maka DIA ingin mengujimu. Sabarlah menempuhi ujian daripadaNya.

Salam~

.

.

.


Tadi masa saya blogwalking kat blog Ryna.
Saya terjumpa dengan ayat ni.
I really really like these quotes!

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu.

Bila DIA lambat makbulkan doamu, Maka DIA ingin mengujimu.

Bila DIA tidak makbulkan doamu, Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun. Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Di sini, saya ingin kongsikan doa untuk menjadi orang yang sabar.


Mudah-mudahan, moga kita tergolong dikalangan mereka yang BERSABAR~
Insya-Allah...

Monday, March 15, 2010

Panggilan yang dinanti-nantikan dari tengah lautan...

Salam 1 Malaysia, semua~

Mood: Sangat-sangat GEMBIRA + Hati sedang BERBUNGA-BUNGA.

.

.

.

Nak tahu tak kenapa saya terlalu gembira?

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Semalam, masa saya tengah tengok berita tengah malam kat tv.

Tiba-tiba nombor ini muncul di skrin hp saya.
+33562193240
Tatkala itu, gerak hati saya menyatakan bahawa MyAlif yang call.

Ternyata memang benar jangkaan saya.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Akhirnya...
Panggilan yang dinanti-nantikan dari tengah lautan.
MyAlif menelefon saya pada pukul 12.18 pagi bertarikh 14 Mac 2010;
Setelah hampir 2 bulan saya tidak mendengar khabar beritanya.
Terubat rindu di hati ini.
Walaupun perbualan kami selama 13 minit 31 saat sahaja.
Terima kasih, Ya Allah!
Kerna Kau memakbulkan permintaan ku ini.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Masa MyAlif call, I really really speechless.
Menitis air mata saya bila saya dengar suara dia masa tu.
Tak sangka mimpi saya jadi kenyataan.
Saya sempat bertanyakan khabar kepadanya.

Kesihatan? >>> Sihat.
Kerja? >>> OK!
Family? >>> Sihat.
Study? >>> So far, so good. (MyAlif tanya kat saya)
Sign off? >>> Hujung bulan depan.

Tapi, perbualan kami agak tersekat-sekat.
Line pun cam tak berapa nak clear je!
2,3 kali kena ulang kalau nak cakap.
Tak pe la sekurang-kurangnya 2,3 kali cakap "I LOVE YOU".

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Saya tidur dalam senyuman dan sungguh nyenyak sekali.
Senyum lebar sampai ke telinga.
(^___________________^)

.

.

.

Disebabkan oleh...
♥ Si jejaka kesayangan saya ini ♥

Walaupun perbualan kita hanya selama 13 minit 31 saat;
Pasti terubat rindu di hati kita di kala ini.

.

.

.

I WILL WAIT FOR YOU, ALIF!!!

Friday, March 12, 2010

Yey! Pejam celik, pejam celik tinggal lagi SEBULAN je DIA akan PULANG!

Salam dan hai semua~

.

.

.


Pejam celik, pejam celik.
Cepat je rasa masa tu berlalu pergi.
Tau-tau tinggal lagi SEBULAN je MyAlif dah nak sign off.
Harap-harap la ada krew yang akan gantikan tempat MyAlif nanti.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Tak sabar rasanya saya nak jumpa dengan MyAlif.
Kali terakhir saya jumpa dengan dia pada bulan 12 tahun 2009.
Kalau sampai minggu depan MyAlif tak contact saya;
Ini bermakna dah 2 bulan saya tak dengar khabar berita daripadanya.
No message! No incoming call! No email from him.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Saya pun semakin tabah.
Saya redha dengan ketentuan takdir Illahi.
Mungkin ini dugaan yang perlu saya tempuhi.
Saya percaya, di sebalik perkara yang berlaku itu;
Pasti ada hikmahnya!
Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar.
Be patience, Nur Farihin!
Be strong, Nur Farihin!

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

B sayang~
Ayang doakan moga B selamat pulang ke daratan.
Moga B dikurniakan kesihatan yang baik.
Buat kerja tu elok-elok ye, sayang!
Insya-Allah, tak lama lagi kita akan bertemu.
Macam-macam ayang dah plan bila B balik nanti.


♥ I will wait for you, sayang! ♥

.

.

.

p/s: B, I'm ready to meet your parents and I also will introduce you to my parents.

Tuesday, March 9, 2010

The Power of Love~

Salam~

.

.

.


Hati ku kembali ceria.
Terima kasih teman.
Kerna memberikan kata-kata semangat kepada ku.
Untuk meneruskan kehidupan yang penuh pancabora ini.
Tak akan ku lupa nasihat dan pesanan kalian semua.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Sekarang ni, kalau saya rasa nak "down" je;
Saya akan baca mesej ni.
Berulang-ulang kali saya baca.

"I love u, my baby~ Remember that dear, our love is getting stronger and stronger from now. THE MORE OUR PATIENCE AND WAITING IS, THE MORE POWERFUL OUR LOVE WILL BECOME. No one can defeat the power of our love. Only the two of us knows the truth. Be strong, dear!"

Tak tau la kenapa.
Bila saya baca mesej ni, saya dapat rasakan aura-aura ketabahan dan kekuatan hati tu muncul dalam diri saya ni.
Mesej ni antara mesej-mesej terakhir daripada MyAlif.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

B sayang~
I really really miss this moment!
The time that we spent our quality time together~

Pertama kali saya suapkan MyAlif. Dia tersipu-sipu malu.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Counting days~
33 days to go!!!
I will wait for you, sayang!

p/s: Je t'aime, Alif!!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...