TABUNG KAWEN LAGI

Tuesday, August 31, 2010

Selamat Ulangtahun Hari Lahir Yang Ke-23, Nur Farihin...

Salam dan hai semua.

.

.

.


Tinggal beberapa minit lagi, Ogos akan pergi meninggalkan kita.
Maka, akan bermula episod kehidupan di bulan September.
Terlebih dulu, inn ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-53.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Pada tanggal 20 Ogos 2010 yang lepas,
Genaplah umur Nur Farihin yang ke-23 tahun.


Happy 23rd Birthday To Nur Farihin...


Maaf la inn lambat nak post entry pasal birthday inn ni.
inn tersangat la bz dengan test + assignment + final year project.
Baru sekarang ni, ada kesempatan nak post entry pasal birthday.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Tepat pukul 12.00 tengah malam, MyAlif call inn untuk wish Happy Birthday!
Terima kasih sayang kerana masih lagi mengingati tarikh hari jadi ku ini.


Thanks for everything, sayang!

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Sebelum Mak dan Ayah inn pergi kerja, mereka call inn untuk wish Happy Birthday!
Dah la masa tu inn dok mamai lagi sebab masa dorang call tu, inn tengah tido.
Ayah inn punya la excited dok nyanyi lagu Happy Birthday kat inn.
Terima kasih Mak dan Ayah kerana masih lagi mengingati tarikh hari jadi anakmu ini.


inn sayang sangat-sangat Mak dan Ayah.
Tanpa Mak dan Ayah, tiadalah inn di dunia ini.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Terima kasih buat my bestie, Fatin Filzah kerana buat entry khas untuk birthday inn kat blog dia.
Kami bersahabat sejak dari darjah 1 lagi. Lama kan?


Moga persahabatan kita ini akan berkekalan buat selama-lamanya.
inn sayang Atin!!!


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Di kesempatan ini, inn nak ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada mereka yang wish Happy Birthday buat inn sama ada menerusi mesej, Facebook dan panggilan telefon.
inn sangat-sangat terharu bila melihat wall kat FB inn penuh dengan wish "Happy Birthday".
Terima kasih sekali lagi inn ucapkan kerana masih lagi mengingati tarikh hari lahir inn.







p/s: Nasib baik la inn tak kena baling dengan tepung @ telor.

Monday, August 30, 2010

Contest Happy Moment

Salam dan hai semua.

.

.

.

inn telah ditagged oleh Fateha untuk join Contest Happy Moment.
Tahniah kepada Fateha kerana telah selamat melahirkan anak lelaki.
Dah lama inn tak join contest.
Tak salahkan kalau nak mencuba nasib.
Kot-kot menang ke nanti. Hehe! :D


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

:: CONTEST HAPPY MOMENT ::


Berikut merupakan syarat-syarat untuk menyertai contest ini:

1. Menjadi follower blog Ayuni.


2. Membuat satu entry yang sesimple mungkin. Letak gambar Happy Moment anda bersama yang tersayang atau sesiapa sahaja. Yang penting ada muka anda dan juga Banner contest pun cukup.

.

.

.

Tadi inn godek-godek gambar kat dalam hard disk.
Skali inn terjumpa dengan gambar ni.
Gambar yang menggamit memori inn....



Ni 1st time inn join acara dragon boat.
Masa ni, inn join event Sukan Wanita Kebangsaan Kali Ke-2 pada tahun 2007.
Sebenarnya, kawan-kawan yang lain pun 1st time jugak kayuh dragon boat ni.
Tak sangka pulak yang kteorang dapat masuk hingga final.
Sebab semua orang main kayuh je dragon boat tu. Hehe! :D
Walaupun kteorang kalah, tetapi semua orang tetap gembira dan ceria.
Ini merupakan antara pengalaman yang paling berharga dalam hidup inn.


3. Tagkan 2 orang kawan anda.

Kak Hanin

Kak ikin



Tarikh tutup penyertaan:
26 September 2010






p/s: Rindu nak bersukan semula! Tapi, apakan daya lutut masih injured. :(

Thursday, August 26, 2010

PANAS!!! Gadis Bertudung Persenda Zikir...

Salam Ramadhan.

.

.

.


Terlebih dulu inn nak minta maaf la sebab dah jarang update blog.
Nak dijadikan cerita, tadi inn terjumpa 1 video ni kat fb kawan inn.
Video tu bertajuk "Bila Zikir Dipersendakan".
inn cuba cari kat Youtube, dan terjumpa la dengan video tersebut.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

GADIS BERTUDUNG PERSENDA ZIKIR



Astafirullah-alazim. Mengucap banyak-banyak bila inn tengok video ni.
Dah la pakai tudung. Pastu, mempersendakan zikir pula.
Mungkin, bagi mereka ini sekadar suka-suka dan ingin menarik perhatian umum.
Moga mereka yang terlibat ini menyesal dengan perbuatan yang telah mereka lakukan.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Firman Allah swt dalam Surah Al-An'am, ayat 70:

Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang dia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah dan jika dia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .




:: Harapan Ramadhan ::

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua





p/s: Selamat menjalani ibadah berpuasa. Moga setiap amalan kita diterima oleh Allah dan kehidupan kita sentiasa diberkati dan dirahmati olehNya. Ameen!

Monday, August 9, 2010

Kau Yang Selalu Ku Rindukan... Biar Jauh Di Mata, Tetapi Dekat Di Hati...

Salam dan hai semua.

.

.

.



Hari ini genaplah dua bulan MyAlif mencari rezeki di tengah lautan.
Mungkin telah tertulis bahawa dirinya mencari rezeki sebagai seorang jurutera marin.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Masih ada sebulan ataupun kurang sebulan lagi untuk menanti kepulangannya.
Entah mengapa terasa masa itu lambat saja berlalu pergi.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Kali terakhir kami dapat berhubung pada tanggal 5 Ogos 2010 yang lepas.
MyAlif ada memberitahu inn bahawa dia berkemungkinan akan pulang pada bulan Ogos ini.
Mudah-mudahan, MyAlif dapat pulang ke rumah walaupun hanya seketika.


Wajah terbaru MyAlif yang dikirimkan menerusi MMS sebagai pengubat rindu hati ini.


Oh, inn terlalu merindui wajah ini.
Bilakah kita akan bertemu lagi?
Ya Allah, selamatkan dirinya di tengah lautan itu.
Ku harapkan moga dirinya selamat pulang ke daratan.
Amin!



p/s: Tabah, sabar dan setia menanti kepulanganmu, sayang!!!

Wednesday, August 4, 2010

Debaran Kian Terasa.....

Salam dan hai semua.
Dah lama kan inn tak update blog.
inn nak minta maaf sekiranya ada yang ternanti-nanti entri yang terbaru daripada inn.
Buat masa ni, inn tersangat la sibuk dengan Projek Sarjana Muda.
Almaklum la sekarang ni inn dah tahun akhir.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Berbalik kepada tajuk di atas.

"Debaran Kian Terasa..."

Ceh! Tajuk cam inn dah nak kawen je kan? Hehe! :)
Apakah yang menyebabkan inn berasa berdebar-debar ketika ini?

.

.

.

.

.

1. inn dapat berita yang MyAlif akan sign off dalam masa yang terdekat ni. Bila-bila masa saja dia akan pulang ke rumah.

2. 20hb ni, inn akan memasuki umur 23 tahun. Adakah sesuatu kejutan yang akan berlaku?

3. 4 minggu daripada sekarang, inn dikehendaki untuk membentangkan projek di hadapan panel. Adakah projek inn akan diterima untuk diteruskan?

4. Adakah inn ataupun MyAlif akan membawa pasangan masing-masing berbuka puasa bersama keluarga mereka di rumah dan kemudiannya solat terawih bersama-sama?


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Sejak kebelakangan ni, kapal Setia Azam seringkali pulang ke KSB.
Oleh itu, dapat la inn dengar suara si arjuna chenta hati.
Terubat rasa rindu di hati ini.

.

.

.

Biarpun orang selalu mengatakan bahawa...

"Penantian itu satu penyeksaan..."

Akan tetapi, bagi inn.......

.

.

.

PENANTIAN itu banyak mengajar kita erti KERINDUAN + PENGORBANAN + KESETIAAN + KEJUJURAN + KEIKHLASAN dalam sebuah perhubungan.

Pabila kita berjauhan dengan seseorang, baru kita mengetahui betapa penting dirinya dalam kehidupan kita.


Dan, kita akan lebih menghargai dirinya saat kita bersamanya.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat.
Kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari,
Rupa-rupanya Allah memberikan kita pelangi.




p/s: Alif, saya akan setia menanti KEPULANGAN awak!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...