TABUNG KAWEN LAGI

Tuesday, July 27, 2010

Pergi Takkan Kembali Lagi...

Salam.

Pagi tadi saya menerima SMS daripada adik Alif, Amir.
Dia memberitahu bahawa tok Alif yang berada di Kelantan baru saja meninggal dunia.
Disebabkan oleh penyakit darah tinggi.

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun

Dia memohon agar saya dapat menyampaikan berita ini kepada Alif.
Kapal Alif baru saja bergerak semula ke tengah lautan pagi semalam.
Oleh itu, sukar untuk menghubungi Alif pada ketika ini.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Saya pun segara untuk menghubungi pejabat Alam Maritim.
Tetapi, hanya mesin operator saja yang jawab. Hampa!
Nasib baik la saya teringat yang tunang Kak Dyana satu kapal dengan Alif dulu.
Saya meminta nombor telefon satelit untuk kapal Setia Azam dan emel.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Mula-mula saya cuba untuk menghubungi kapal Setia Azam tu.
Ada orang yang jawab panggilan telefon.
Barangkali mungkin kapten kapal.
Saya sempat cakap "Hello... Hello..." saja, disebabkan panggilan telefon telah terputus.
Mungkin disebabkan kredit HP saya yang tidak mencukupi.
Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk menghantar emel kepada kapten kapal tersebut.
Diharapkan moga berita ini dapat disampaikan kepada Alif.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Buat Alif sekeluarga,

Takziah diucapkan.
Moga kalian semua tabah dan sabar menempuhi dugaan ini.
Moga roh arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Al-Fatihah!

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

- PERGI TAK KEMBALI -

Setiap insan pasti merasa.
Saat perpisahan terakhir.
Dunia yang fana akan ditinggalkan.
Hanya amalan yang dibawa.

Terdengar sayup surah dibaca.
Sayunya alunan suara.
Cemas di dada... Lemah tak bermaya.
Terbuka hijab di depan mata.

Selamat tinggal pada semua.
Berpisahlah kita selamanya.
Kita tak sama nasib di sana.
Baikkah atau sebaliknya.

Amalan dan takwa jadi bekalan.
Sejahtera bahagia pulang... Ke sana.

Sekujur badan berselimut putih.
Rebah bersemadi sendiri.
Mengharap kasih anak dan isteri.
Apa mungkin pahala dikirim.

Terbaring sempit seluas pusara.
Soal bicara terus bermula.
Sesal dan insaf tak berguna lagi.
Hancurlah jasad dimamah bumi.

Berpisah sudah segalanya.
Yang tinggal hanyalah kenangan.
Diiring doa dan air mata.
Yang pergi takkan kembali lagi.




p/s: B syg, be strong!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...