TABUNG KAWEN LAGI

Monday, October 25, 2010

Jenis-jenis Kegemukan.......

Salam dan hai semua.

.

.

.

Hari ni inn nak sharing jenis-jenis kegemukan dengan anda semua.
inn pun baru tahu yang sebenarnya kegemukan ni ada beberapa jenis.
Let's check it out!!!

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Kegemukan adalah di mana berat badan kita melebihi 20% daripada berat ideal.
Ini berlaku disebabkan oleh kalori yang memasukki ke dalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan.
Maka, ia akan menyebabkan berlakunya pengumpulan lemak di bahagian-bahagian badan yang tertentu.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu:

.

.

.

GEMUK AIR


@ Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.

@ Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

GEMUK ANGIN

@ Perut terasa sebu. Adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.

@ Mudah mendapat sakit kepala.



GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN:
Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

GEMUK DAGING


@ Badan berasa berat dan pejal.

@ Mudah penat apabila melakukan tugas harian.

@ Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

@ Proses penurunan melalui perpeluhan dan megikut pantang yang disarankan.



GEMUK DAGING:
Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN mudah untuk menurunkan berat badan.
Tetapi, GEMUK DAGING mengambil sedikit masa untuk menurunkan berat badan.
Ini kerana, GEMUK DAGING berpunca daripada lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

.

.

.

BERAT BADAN SENANG NAIK, PAYAH NAK TURUN!!!


Friday, October 22, 2010

Jika Website Adalah Pelajar Universiti...



1. Facebook = Facebook seorang yang macho dan cool serta mempunyai ramai peminat. Dia juga selalu merasa rendah diri walaupun dirinya sangat hebat.



2. Twitter = Twitter pulak orangnya cute dan kecik-kecik je! Dia juga peramah dengan kebanyakan orang menyebabkan dia disenangi ramai walaupun dia tidak sehebat Facebook dan Myspace.



3. Myspace = Myspace juga seperti Facebook. Dia macho dan cool, mungkin lebih stylo sedikit daripada Facebook. Tetapi akibat sikapnya yang sombong, peminatnya telah beralih arah kepada Facebook yang lebih mesra dan tidak sombong.



4. Wikipedia = Wikipedia adalah seorang yang nerdy. Walaupun dia tidak cukup hensem, tapi pelbagai maklumat berinformasi di"save"kan di dalam kepalanya. Dia merupakan sumber rujukan pelbagai info kepada rakan-rakannya yang lain.



5. DeviantART = DevianART pula adalah seorang yang low-profile. Tapi, sangat berbakat dalam bab-bab art ni. Kebanyakan karyanya dikagumi ramai.



6. YouTube = YouTube pulak lebih ramai peminat berbanding dengan Facebook walaupun dia tidak hensem. Kerana dia mempunyai pelbagai koleksi video untuk tontonan umum. Bertambah ramai peminat apabila video hampir 18SX, 18PL dan 18SG juga turut disajikan jika ada permintaan.



7. Google = Beliau lebih dikenali sebagai Profesor Google. Beliau paling famous kerana beliau adalah sumber rujukan masyarakat dunia. Semua orang mengenali beliau. Tanya apa saja kepada beliau, pasti akan ada jawapannya.






Sumber: [Klik Sini]


Thursday, October 21, 2010

Masih lagi bukan rezeki buatku... Sabar la wahai hati~

Salam dan hai semua.

.

.

.

Petang tadi, inn ada test untuk subjek "Power Electronics".
Soklan yang kuar tu sama sebijik sejibon macam soklan latihan yang inn buat semalam.
Masa inn kira-kira tadi tu, inn rasa macam jawapan inn wat tu ada salah sket la.
Tapi, inn tak sempat la nak semak balik sebab masa dah tamat.
Sedihhhhhh nya!!! :( :( :(

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Rasa frust pun ada jugak! *tskkkk* :(
Tapi, inn dah buat yang terbaik tadi.
Sekurang-kurangnya, inn JUJUR ketika menjawab soklan.
Mungkin takde rezeki lagi untuk inn nak score high marks untuk subjek ni.
Takpe, masih ada peluang lagi untuk score masa final exam.



. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Bagi inn, setiap berlaku itu pasti ada hikmahnya!
Yang kita sendiri tak tahu.
Allah itu Maha Mengetahui apa yang TERBAIK buat hambaNya.




Namun begitu, inn tetap bersyukur kerna inn boleh buat dan jawab test tadi.


Monday, October 18, 2010

♥ RESEPI C.I.N.T.A ♥


BAHAN-BAHAN :

.

.

.

1 tin CERITA

2 keping HATI yang masih muda

1 mangkuk besar PENGERTIAN

2 tin KEIMANAN kepada Tuhan

2 biji tomato PENGHARAPAN

1 mangkuk KEYAKINAN

1/2 sudu CEMBURU

1 mangkuk PERJODOHAN, CUBITAN MESRA serta GURAUAN sepatutnya (secukup rasa!)

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

CARA-CARA MEMBUATNYA :

.

.

.

Mula-mula bukakan tin CERITA dan keluarkan isinya.

Potong kedua-dua keping HATI dan letakkan ke dalam mangkuk PENGERTIAN untuk mencegah daripada pertukaran perasaan.

Tuangkan KEPERCAYAAN dan PENGERTIAN.

Kemudian, letakkan ke dalam mangkuk PERJODOHAN.

Hiaskan dengan potongan CEMBURU dan CUBITAN sesuka hati masing-masing.

Campurkan tomato PENGHARAPAN dan disusun untuk hiasan.

Letakkan ia ke dalam mahligai yang indah supaya ianya tercegah dari PENGGODAAN.

Campuran ini lebih manis rasanya jika masa itu dilalui dengan SEFAHAMAN kedua-dua belah pihak keluarga.



Jumlah perbelanjaan : Mengikut kemampuan kedua-dua keping HATI.


Masanya : Darah muda resepi ini boleh dicuba bila-bila masa sahaja asalkan cukup bahan-bahannya.




Tuesday, October 12, 2010

Rindunya Aksi Manja My Lalings~

Salam dan hai semua.

.

.

.

inn rindu sangat-sangat my lalings kat rumah tu.
My lalings yang dimaksudkan tu ialah kucing-kucing kesayangan inn.
Aksi mereka selalu mencuit hati inn.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


. ATEH .

Ateh ni anak bongsu kepada Tok Teh.
Ada 2 abang iaitu Debab @ Bab dan Tompok dan 1 kakak iaitu Gebu.
Tapi, yang sedihnya Gebu dah hilang sekarang ni.
Hilang entah ke mana. Tak dapat dijejaki.
Yang special tentang Ateh ni, dia reti mengurut orang.
















. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


. TOK TEH .


Tok Teh ni merupakan mak kepada Ateh dan Bab.
Siap dah ada cucu lagi (anak kepada Gebu). Hehe! :D
Kini, dia ada 1 cucu je yang tinggal iaitu Ucu.
Cucu yang lain dah mati disebabkan sakit cirit birit.








. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


. PUTEH @ DEBAB @ BAB .


Dulu-dulu nama kucing ni Puteh.
Disebabkan dia semakin debab, kteorang panggil dia dengan nama Debab @ Bab.
Mata Debab ni kaler biru tau.
Hobi dia memang suka tido macam tuan dia.
Kalo nak tahu, berat Debab ni dalam 5 kilo lebih.
Memang sungguh DEBAB... (^___^)









































. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

My lalings ni memang suka sangat tido dengan aksi freestyle.
Anak beranak dorang sama je gaya tidonya. Hehe! :D
Tak sabar nak tunggu hari Jumaat ni.
inn nak balik rumah kat Selayang ku sayang.
Home sweet home!






p/s: Doakan moga inn selamat sampai ke rumah ye! Sekarang ni, takut pulak rasanya nak naik bas.

Wednesday, October 6, 2010

Kenapa ALLAH Pertemukan Kita Dengan Orang Yang SALAH...???

Salam dan hai semua.

.

.

.


Memang sakit bila cinta yang kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yang bernama kekasih.
Apatah lagi kita dibuang begitu saja.
Tapi, itulah juga petanda TERBAIK untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


#1 Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang SALAH -> supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar masih ada rasa SYUKUR kita pada ketentuanNya.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


#2
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang SALAH -> supaya kita dapat menjadi PENILAI YANG BAIK.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


#3
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang SALAH -> supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang SENTIASA MENGHARAPKAN PERTOLONGAN ALLAH.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


#4
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang SALAH -> supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK khas untuk diri kita.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


#5
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang SALAH -> supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH dan PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


#6
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang SALAH -> supaya kita dapat mengutip PENGALAMAN YANG TAK SEMUA ORANG BERPELUANG untuk mengalaminya.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


#7
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang SALAH -> supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


#8
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang SALAH -> supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


#9
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang SALAH -> supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana CINTA;
Fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti sama ada menjadi milik kita.
Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
Percayalah, sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNya.

Tuesday, October 5, 2010

Dup dap, dup dap~ Akhirnya... Impian untuk bertemu dengan mak dan ayah MyAlif menjadi kenyataan!!! (^___^)

. 2 Oktober 2010 @ TTDI Jaya, Shah Alam .

.

.

.

Dup dap, dup dap.......
Tersangatlah berdebarnya rasa hati.
Nak tahu kenapa...???
Sebab...........
Inilah pertama kali inn akan bertemu dengan mak dan ayah MyAlif.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Sebenarnya, MyAlif ajak inn sekeluarga untuk datang beraya kat rumah dia.
Tapi, mak dan ayah inn tak dapat nak datang la sebab ada jamuan raya kat tempat lain dan kenduri kawen sepupu mak kat Bukit Damansara.
Jadi, inn ajak la adik laki inn (udin) untuk temankan inn pergi rumah MyAlif kat Shah Alam.
inn main redah je masa cari rumah MyAlif tu.
Dah la tak de GPS. Hanya ikut gerak hati je!
Alhamdulillah, kami selamat sampai ke destinasi yang dituju.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Bila kereta dah sampai kat depan rumah MyAlif, inn dah mula rasa berdebar.
inn dok pikir nak turun kereta ke tak ni?
inn rasa segan sangat-sangat masa tu.
Akhirnya, inn memberanikan diri melangkahkan kaki menuju ke rumahnya.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Kedatangan inn dan adik disambut mesra oleh emaknya.
inn siap bawak kerepek pedas lagi yang dibeli di Parit Raja.
i know his family favourite "kerepek". :D
Kira inn nak ambil hati dorang la ni. Hehe! :)

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Sesudah inn bersalaman dengan mak dan ayah serta adik-adik MyAlif, sesi beramah mesra pun bermula.


"Selalu dengar nama Farihin je! Sekarang ni, baru dapat jumpa dengan orangnya."


Pelbagai persoalan diajukan kepada inn.......

.

.

.

inn blaja katne?
inn ambil kos apa?
Bila inn habis blaja?
Ayah dan mak inn keje katne?
Bla... Bla... Bla...

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Usai beramah mesra, mak dia jemput inn dan adik inn makan.
Wow! Macam-macam juadah disediakan. i lioke! (^___^)
Ada nasi briyani, lontong, roti jala, kuih muih, air bandung soda.
Kemudiannya, ada jiran dan sedara MyAlif yang datang ke rumah.
Oleh itu, sesi beramah mesra antara kami terpaksa diberhentikan.


MyAlif and his beloved dad...



MyAlif and his beloved mom...



MyAlif and his siblings... From left: Alia, Alif, Amir and Amira.



Adik-adik MyAlif called me "Kak Fain".
Nama baru untuk inn. (^___^)

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Sekarang ni, hampir 2 bulan MyAlif dah bercuti.
Cuti yang paling lama sepanjang kariernya sehingga hari ini.
Mungkin bila-bila masa saja dari sekarang, MyAlif akan kembali semula ke lautan.
Cuti kali ini, MyAlif sangat-sangat memanfaatkan masa berkualitinya bersama keluarga tersayang dan tidak dilupakan juga insan tercinta.


i will MISS him! :(



Terima kasih, sayang! (^_______^)
Akhirnya, impian ayg untuk bertemu dengan mak dan ayah B menjadi kenyataan.
Moga suatu hari nanti, keluarga ayg akan bertemu dengan keluarga B.
Dan, jika diizinkan kita merancang untuk ke peringkat seterusnya...
Ameen! :)





p/s: Bersedia untuk belajar memasak! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...