TABUNG KAWEN LAGI

Sunday, October 7, 2012

Happy Sunday!!!

Happy Sunday!!!

Happy convocation to my cousin, Syazwani.

P.s: Testing update blog guna fon.


Thursday, October 4, 2012

Yey! Happy Homecoming~ (^___^)





Happy Homecoming, my dear~

(^___________^)


p.s: Yey!!! incik alif dah sign off. :)

Wednesday, September 26, 2012

Quotes of the Day: Usah Bersedih Seandainya...


++ Quotes of the day ++


Usah bersedih seandainya si dia masih lagi berlayar di tengah lautan untuk mencari rezeki, meskipun tempoh pelayarannya telah tamat. Itu bermakna, Allah mengurniakan rezeki yang lebih buat dirinya.


Bersangka baiklah kepada Allah...


Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.


p.s: Tarikh konvo pada 3 & 4 November nanti, bukannya 20 & 21 Oktober.

Friday, September 21, 2012

Terima Kasih Ya Allah... Walaupun Kesempatan Itu Hanya Seketika...






Alhamdulillah.......

Yey!!! Dah boleh call.
Msg pun dah delivered. (^___^)

Terima kasih Ya Allah...
Walaupun kesempatan itu hanya seketika...


p.s: Si dia masih lagi berada di atas besi terapung.

Wednesday, September 19, 2012

Ku Setia Menanti Kepulanganmu.....


Bila inn buka blog hari ni, inn rasa excited bila tengok tickers kat header blog ni...



Tapi, sayangnya.......
Sampai ke hari ni, si dia masih tak dapat line nak contact.
Duhai HATI, sila la KUAT + TABAH walaupun dah 16 hari tak dapat nak call or msg.


Saya tahu yang "awak" makin KUAT + TABAH, duhai hatiku.
Sebab sebelum ni, "awak" KUAT + TABAH walaupun hampir 2 bulan tak dapat nak contact.


Divider Graphics


Pejam celik, pejam celik...
Tau-tau je nanti si dia dah sign off dan dah ada kat rumah. Yey!
Dah 8 bulan kita tak bertemu dan moga ada "berita baik" selepas ini.
Insya-Allah, moga Allah mempermudahkan segala urusan kita.
Amin Ya Rabbal Alamin~~~


p.s: Tak sabar nak konvo bulan depan. Yey! :))

Sunday, September 16, 2012

Pengalamanku..... PAC PTD 8-9 September 2012, INTURA.


Hai kepada semua pembaca blog cik inn.
Dah lama rasanya inn tak update blog ni kan?
Semenjak dua menjak ni, inn memang terlalu sibuk.
Hari ni inn nak berkongsi pengalaman tentang PAC PTD yang inn ikuti pada minggu lepas.

Divider Graphics

Apa itu PAC?
PAC tu Pre-Accessment Centre.
PAC ni 2nd stage selepas kita berjaya Ujian Bertulis PTD dan stage sebelum termuduga.
inn pergi PAC pada 8-9 September 2012 yang lepas kat INTURA, Sungai Petani.
INTURA tu nama singkatan bagi INTAN Kampus Wilayah Utara.


Bertolak ke Sungai Petani bersama ayahanda tercinta pada hari Jumaat.
Terima kasih tak terhingga buatmu ayahanda kerna sanggup mengambil cuti demi menghantar anakandamu ini semata-mata untuk menghadiri PAC.


Malam tu bermalam di rumah sepupu di Bandar Puteri Jaya.
Tak sangka pulak rumah diaorang dekat sangat dengan INTURA tu.
Terima kasih buat Mat Nan dan Kak Ana sekeluarga. :)

Divider Graphics

Hari Pertama (8 September 2012)

1. Pendaftaran
  • Sebaik saja sampai, urusetia akan berikan kita nombor. So, kita kena pakai nombor tu sepanjang PAC berlangsung. inn dapat nombor 102.
  • Pastu urusetia akan ukur tinggi dan ambil berat. Berikan salinan skrol dan transkrip.
  • Pendaftaran untuk asrama.
  • Masuk je ke dalam dewan, pegawai yang bertugas akan panggil kita dan ambil gambar  memakai nombor bersama lagi 4 orang.

2. Taklimat 
  • Taklimat daripada pegawai SPA dan pegawai INTURA.
  • Lepas habis taklimat tu, kteorang hantar barang-barang kat bilik asrama.
  • Asrama kat INTURA, seriously BEST!!! (^____^) sebab sebilik hanya untuk 2 orang + ada bilik air + ada air-cond + ada TV + ada boiler + ada iron board. Iron boleh pinjam daripada pejabat asrama. Kalau nak senang, sila bawa iron sendiri.
  • Dah habis letak barang-barang kat dalam bilik, tengok nama kumpulan.

3. Modul 1
  • Untuk Modul 1-3, inn dapat kumpulan 3. Kami dibahagikan kepada 10 orang dalam 1 kumpulan.
  • Aktiviti 1 (Bilik Zaaba): Perbincangan dalam BM. Ada case study pasal "Integriti".
  • Aktiviti 2 (Bilik Arif Jauhari): Group discussion in English. An article about HR.

4. Modul 2
  • Aktiviti 3 (Bilik Munsyi Abdullah): Perbincangan dalam BM. Perancangan projek. Dikehendaki untuk membuat tentatif program selama 2 hari 1 malam bagi mempromosikan Melaka sebagai Bandaraya Warisan UNESCO + diberikan peta negeri Melaka.

5. Modul 3
  • Aktiviti 4 (Bilik Aktiviti 1):  Group discussion in English. We need to choose 6 items from 12 items. Dah habis Modul 3, kena semak nama untuk kumpulan yang baru. Kali ni, inn dapat kumpulan 9. Sama dengan rumate.

6. Modul 4
  • Aktiviti 1 (Padang INTURA): Senamrobik + Sretching. Ikut kreativiti kumpulan masing-masing nak buat senamrobik macamana sekalipun. Jangan sampai cramp kaki dah la ye!
  • Aktiviti 2 (Sekeliling INTURA): Larian 2.4km. Masa lari aritu, hujan renyai-renyai. Alhamdulillah, inn berjaya lari bawah 15 minit walaupun terdapat kecederaan pada lutut. Sampai je finishing line, memang rasa nak pengsan.

5. Modul 5
  • Jawab Ujian Sahsiah sebanyak 185 soalan dalam masa 1 jam. Jangan lupa bawa sekali IC, surat panggilan daripada SPA dan pensel 2B + pemadam.

6. Modul 6
  • Public Speaking in English. Kena cabut undi. inn dapat tajuk: "Small and Medium Industry". Jangan risau, malam tu kita just prepare for 1 SLIDE in PowerPoint only. Kena hantar slide malam tu juga kepada fasilitator.

Divider Graphics

Hari Kedua (9 September 2012)

1. Modul 7
  • Perbincangan dalam BM. Tentang golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Kaitankan dengan NKRA dan kerajaan.

2. Modul 6
  • Public Speaking. Masa yang diberikan adalah 7 minit. Dalam banyak-banyak aktiviti, inn rasa PS ni la rasa macam nak tercabut jantung berbanding nak kena lari 2.4km tu. Sebabnya kita tak boleh bawa langsung sebarang short notes ataupun nak conteng-conteng kat tangan.
  • inn merupakan 2nd last candidate yang present. Masa yang tengok kengkawan lain present, rasa 7 minit tu lamanya. Tapi, bila dah present rasa 7 minit tu sekejap je! Tau-tau je fasilitator dah tekan loceng untuk seminit yang terakhir. Lega sangattt!!! Baca Surah Al-Insyirah + Ayat Kursi untuk kurangkan perasaan gementar.


Sebelum berangkat pulang, pihak SPA adakan taklimat mengenai Panduan Temuduga.
Tips yang sangat berguna terutamanya bagi mereka yang berjaya melepasi stage PAC.



Bagi mereka yang dapat PAC kat INTURA, makanan sangat sedapppp!!! :)
Di sini, inn ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan...

GOOD LUCK and ALL THE BEST to all candidates~

Divider Graphics

Keputusan PAC mungkin akan diketahui dalam tempoh 1-3 bulan lagi.
Insya-Allah, bersama-sama kita mendoakan kejayaan untuk menjadi seorang PTD.
Amin Ya Rabbal Alamin.


p.s: Sorry takde gambar sepanjang aktiviti.

Wednesday, September 5, 2012

Friday, August 17, 2012

Salam Aidilfitri...


Di kesempatan ini, inn ingin memohon jutaan kemaafan sekiranya inn ada menyakiti hati, menyinggung perasaan sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja selama ini.


Divider Graphics


Ampun maaf dipinta daripada hujung rambut sampai ke hujung kaki...


Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
Divider Graphics
p.s: Mungkinkah raya kali ini merupakan raya yang terakhir bergelar sebagai "CIK" sebelum bergelar sebagai "PUAN"...???  (^___^)
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...