TABUNG KAWEN LAGI

Wednesday, October 26, 2011

Biarpun Hanya Seketika... Hati Ini Rasa Sungguh Bahagia...




[Sumber: Pakcik Google]


Wahhh... Hari ni pagi-pagi lagi saya dah tersenyum sampai ke telinga.

(^____________________________^)


Nak tahu sebab apa.......???

.

.

.

.

.

.

.

Date: 26 October 2011
Time: 07:38
Type: Received Call
Duration: 7:08

♥ Mr. Right ♥


Terima kasih, Ya Allah.......
Biarpun hanya seketika, tetapi hati ini rasa sungguh bahagia.


Divider Graphics


p.s: Saya rasa lega sangat sebab dah sharing pasal "benda" tu tadi kat awak. :)


Tuesday, October 25, 2011

Ku Relakan Pemergianmu Ke Tengah Lautan Demi Masa Depan Kita Bersama...




Awak...
Hari ni genap 10 hari awak belayar ke tengah lautan.
Dan, hari ni jugalah genap 10 hari saya tak mendengar sebarang khabar berita daripada awak.
Tiada panggilan telefon, tiada email, tiada mesej.
Saya sentiasa doakan agar awak sentiasa sihat slalu di atas kapal tu.



Awak...
Saya rasa, saya semakin tabah menempuhi dugaan hidup ini.
Walaupun awak jauh di mata saya, tetap percayalah awak senantiasa di hati saya.
Mungkin saat kita tidak dapat berhubung selama 2 bulan dulu menjadikan saya semakin tabah.
Sebab itulah saya lebih suka mendiamkan diri pabila orang lain bertanyakan tentang diri awak.



Awak...
Saya rasa bersyukur sangat yang awak dapat naik kapal pada bulan ni.
Dah lama sangat awak bercuti di rumah.
5 bulan seminggu!
Ini la rekod paling lama awak bercuti.
Gigih kan saya slalu kira-kira dah berapa lama awak onboard, awak sign off.
Walaupun 5 bulan awak cuti, rasanya boleh dibilang dengan jari saja berapa kali kita jumpa.



Awak...
Saya nak awak tahu yang saya merelakan setiap kali pemergian awak ke tengah lautan demi mencari rezeki untuk keluarga tersayang. Awak kan anak yang sulung.
Hati mana yang tak sedih tatkala orang yang kita sayang itu berjauhan dengan kita.
Saya masih ingat lagi yang pagi tu (15/10/2011) hari yang awak dah nak onboard.
Saya tak tido sebab nak kejutkan awak bangun daripada tido.

Saya takut awak ditinggalkan oleh ejen nanti. Yelah, ejen kan nak datang ambil awak pada pukul 5 pagi.
Sebab tu la saya sanggup tak tido malam tu walaupun ada rasa mengantuk.
Lepas awak btau yang awak dah siap-siap nak tunggu ejen, baru la saya tido.



Awak...
Malam tu saya cuba call awak.
Tapi, hanya suara operator je yang jawap.
Mulai saat itu, saya btau hati saya yang saya perlu tabahkan hati.
Mungkin peristiwa 2 bulan tak dapat berhubung dengan awak bakal terjadi lagi.



Awak...
Kadangkala saya rasa, saya lebih suka awak naik kapal tanker walaupun awak terpaksa belayar selama 6-7 bulan. Tapi, kita hari-hari dapat contact. Boleh call, boleh mesej.
Sekarang ni, awak dah naik kapal offshore. Awak belayar kejap je. Dalam 2-3 bulan camtu.
Tapi, kita susah sangat nak berhubung. Tak boleh nak call, tak boleh nak mesej. :(
Saya anggap ini semua dugaan yang perlu saya tempuhi jika saya inginkan awak menjadi teman hidup saya.



Awak...
Saya rasa, awak lagi tabah daripada saya.
Kalau saya sedih, saya masih lagi ada family saya, BFF saya untuk hiburkan kembali hati saya ni.
Sedangkan awak, takde sesape kat atas kapal tu. Melainkan crew kapal yang lain je!
Dah la awak tak dapat nak contact dengan family awak, tak dapat nak contact dengan saya.
So, kalau awak ada masalah... Awak, terpaksa simpan sorang-sorang je kat dalam hati tu.
Awak pun kena tabahkan hati juga tau!



Awak...
Walaupun jarak memisahkan kita, tapi awak slalu dekat di hati saya.
Saya akan setia menanti kepulangan awak! Itu janji saya.





" Kini kau bersayap, pergilah terbang.
Rentaslah langit cita-cita mu.
Harap nanti kita 'kan bertemu.
Janganlah engkau tak terbang pulang.
Ku nanti penuh kerinduan.
Selamat tinggal, selamat jalan. "



Divider Graphics

p.s: Banyaknya stori-mori yang saya nak cerita kat awak ni. :)

Saturday, October 1, 2011

Saat Memilih Antara Cita-cita dan Pengorbanan...



Divider Graphics


Setelah sekian lama aku mendiamkan diri daripada kancah penulisan blog,
Kini daku muncul kembali di sini.
Mencoretkan apa yang terbuku di hati.


Entah mengapa jari jemari ku ini seperti malas untuk menaip apa yang ingin ku ungkapkan.
Biarlah segala memori ku itu menjadi kenangan di sanubari.


Divider Graphics


Mungkin ada yang merindui celoteh aku di sini.
Mungkin juga tidak ada yang merindui aku.


Alhamdulillah...
Kini, aku berada di semester akhir.
Jikalau mengikut perkiraan, pada bulan Januari tahun 2012 aku akan menamatkan pengajian.


[sumber: Google]


Selepas itu, maka bermulalah episod mencari pekerjaan.
Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan olehNYA.


Divider Graphics


Aku akui bahawa tatkala ini aku masih lagi mempunyai semangat untuk belajar.
Semangat untuk meneruskan pengajian ke peringkat Master.
Akan tetapi... Aku harus berkorban demi adik-adikku.


[sumber: Google]


Memandangkan aku ni anak yang sulung,
Aku perlu mencari pekerjaan terlebih dahulu.
Biarlah ku simpan cita-citaku itu.
Moga impian aku untuk memiliki Master akan tercapai sebelum umurku 30-an.
Amin.....


Divider Graphics


[sumber : Google]


Sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA.
Setiap apa yang berlaku itu, pasti ada hikmahNYA yang kita sendiri tidak tahu.



Divider Graphics

p.s: Entah mengapa hati ini mudah tersentuh pabila melihat semakin ramai sahabat yang melangsungkan majlis pertunangan, majlis pernikahan dan menimang cahaya anak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...