TABUNG KAWEN LAGI

Wednesday, May 11, 2011

Kini, Penantian Ku Berakhir Sudahhh... Wiiwittt, Dalam Hati Ada Taman Bunga-lahhh... (^___^)

Assalamualaikum dan hai semua!

.

.

.


Mode : Hati sedang berbunga-bunga... (^____^)

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .



Hari ni kalau ikutkan genap 6 bulan MyAlif onboard.
Tapi, sebenarnya dah 4 hari dia off. :)
inn tak sempat nak berkongsi kegembiraan kat blog.
Disebabkan inn tengah bz siapkan tesis sekarang ni.
Final exam inn dah habis dah minggu lepas lagi.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

MyAlif macam biasa la suka sangat buat surprise kat inn bila dia off.
Dia takkan btau kat inn selagi dia tak betul-betul dah ada kat rumah tu.
Kiranya tak tercapai la impian inn nak ambil dia kat airport.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

inn kena up sket speed untuk siapkan tesis.
MyAlif asyik tanya inn je bila inn nak balik KL ni.
Tu laa... Masa dia kat atas tu, inn selalu je tanya dia bila dia off.
Sekarang ni dah terbalik pulak. Hehe! :)

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Sabtu minggu lepas (7 Mei), inn sempat menghadiri kenduri kawen Nina.
inn datang sekali dengan Zura dan mak dia.


I'm with Nina & Shahril's banner...


Nanti inn update pasal kenduri kawen Nina ea.
Buat tatapan geng kapal yang tak dapat datang kenduri kawen Nina hari tu.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Ok laa... inn nak sambung siapkan tesis ni.
Tinggal lagi 40% je tesis inn tu dah nak siap.
Nak kena minum nescafe banyak-banyak ni. Hehe!
Mata panda lagi laa pasni. :(



Kini, penantian ku berakhir sudahhhh..... (^____^)



p.s: Esok dah birthday MyAlif... Nanti kita celebrate sama-sama ye, sayang!

Monday, May 2, 2011

Menghitung Hari... Saat Dua Insan Yang Terpisah Akan Bertemu Semula...

Assalamualaikum dan hai semua!

.

.

.

Fuhhh... Fuhhhh... Fuhhhhh... Mula-mula kita tiup dulu habuk kat belog ni.
Wahhh!!! Dah bersawang labah-labah kat blog ni sebab dah 5 minggu inn tak update blog.
Walaupun inn tak update blog, inn selalu je singgah kat blog u'olls sebagai silent reader.
Ni pun inn curi-curi masa study untuk update blog kesayangan.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Pejam celik, pejam celik.
Tinggal seminggu sehari je lagi MyAlif nak sign off.
Itupun kalau si dia ada pengganti laa.
Kalau takde pengganti, duduk la kat atas kapal tu.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Dah hampir 6 bulan si dia mencari rezeki di tengah lautan tu.
Cepat betul masa tu berlalu pergi. Sungguh tak terasa!
MyAlif naik kapal hari tu pada 10 November 2010.
Kalau ikutkan, dia dah boleh off 10 Mei 2011.
Tapi, sampai sekarang ni tak tahu lagi bila dia akan off.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Harap-harap la dia off sebelum inn mula praktikal pada 23 Mei nanti.
inn teringin sangat nak ambil dia kat airport nanti untuk pertama kali.
Tak sangka kan dah setengah tahun inn tak jumpa dengan dia.
Cuma calling, mesej dan MMS je sebagai pengubat rindu.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Rasa bersyukur sangat-sangat walaupun dia onboard 6 bulan;
Tapi hari-hari inn boleh dengar suara dia, mesej dia, gayut lama-lama.
Berbanding dengan kapal yang sebelum ni, walaupun dia onboard dalam 2-3 bulan;
Tapi, kapal dia jarang sangat masuk port sebab tu kapal offshore.
Kalau seminggu sekali dapat contact dia pun dah kira baik.
Paling lama inn tak dapat nak contact dengan dia pun 2 bulan.
Hanya Allah saja yang tahu apa yang inn rasa masa tu.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

inn tak sabar nak habiskan last paper jumaat ni.
Dah la minggu ni 3 paper sederet.
Semua paper tu subjek elektrik.
Rabu, Khamis, Jumaat. Memang mantoppp!!!
Lepas tu bertungkus-lumus pulak untuk siapkan tesis.
Siap je tesis, boleh la inn cuti kejap sebelum memulakan praktikal nanti.

* . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Dup dap, dup dap... Dup dap, dup dap...
Rasa berdebar nak jumpa MyAlif untuk pertama kali di tahun 2011 ni.
12 Mei ni birthday dia yang ke-24. 2 Jun nanti, 3rd anniversary kami.
inn dah rancang sesuatu untuk si dia sebagai kejutan. Surprise!!! :)



I really miss you!!!





p.s: Tak sabar menanti saat "indah" itu kan tiba. (^___^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...