.
.
.
Berita ini sangat mengejutkan saya.
Tadi, ketika saya sedang blogwalking;
Terdapat beberapa bloggers yang mengucapkan takziah buat Din Beramboi.
Dalam hati saya terdetik, "Din Beramboi ni dah meninggal ke?"
Kemudian, untuk nak tahu berita ni sahih ke tak;
Saya search info pasal ni kat suratkhabar secara online.
. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .
Din Beramboi meninggal dunia
|
|
KUALA LUMPUR 2 April - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.
Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.
Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.
Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.
‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan
. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .
Berita ini disahkan lagi melalui facebook milik Afdlin Shauki.
Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah.
Doakanlah kesejahteraan buat allahyarham Din Beramboi.
Moga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.
Amin!!!
.
.
.
p/s: Saya pasti akan merindui lawak jenaka Din Beramboi. Saya tak jemu-jemu melihat aksi beliau di dalam Spontan. Kini, kita telah kehilangan pelawak yang berbakat besar. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi dirimu, Pakcik Din.
Al-Fatihah buat Din Beramboi.
ReplyDeletepagi2 di Era? sunyi ~ hurm..
ReplyDeleteAl-Fatihah...sedey
ReplyDeleteAl-Fatihah...semoga roh nya dcucuri rahmat dan ditempatkan dengan org beriman...
ReplyDeleteAl fatihah
ReplyDeletetakziah buat keluarga din beramboi. Al-fatihah
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesemoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
Al-Fatihah..
Al-Fatihah buat beliau dan Takziah buat seluruh ahlikeluarganya...
ReplyDeleteafiqah93al fatihah buat din beramboi.
ReplyDelete&&
sy juga mnat lawak jenaka din beramboi =)