TABUNG KAWEN LAGI

Wednesday, April 28, 2010

Manusia sentiasa diuji. Hari ini, hari dia. Esok mungkin hari kita pula.

Salam dan hai semua.

.

.

.

Hari ni, inn nak share sesuatu yang agak sedih dan menyayat hati dengan anda semua.
Cerita ni inn terima daripada email yang telah di"forward"kan oleh rakan sekelas.

* Sila sediakan tisu untuk mengelap air mata anda!


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Kisah ini pun bermula.......
(Ini bukan kisah tentang diri inn. Sebab ada readers yang sebelum ni ingat ni kisah inn.)

.

.

.

Saya, Rohaiza bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan daripada pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah bte Mohamed Helmi yang berusia 3 bulan tidak sihat.


Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen disebabkan tali pusat sudah terkeluar.


Apabila doktor scan (MRI) otak anak saya, doktor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.


Kaki ini bagaikan tidak jejak ke Bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk menerima hakikat apa yang doktor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.


Selepas 3 minggu, saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi, kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.


Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca Yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak saya masih tidak boleh menelan.


2 minggu lepas, anak saya dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Ketika itu, keadaan anak saya terlalu lemah hingga menyebabkan doktor sukar untuk mencari urat anak saya. Pilihan kedua ialah memasukkan line hingga ke tulang.


Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari, kaki anak saya bengkak. Apabila doktor membuat x-ray, rupa-rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line. Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi lain kerana kesan kurangnya oksigen di otak. Tambahan pula, kaki kanan anak saya bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu. Bukan anak saya yang berusia 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan. Kaki pula bersimen.


Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas melahirkan anak, begitu besar ujiaan untuk anak saya. Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujiaan yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana DIA sayangkan saya dan anak saya.


Di kesempatan ini, saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan SOLAT HAJAT agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.


Andainya terlalu berat permintaan saya inin, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYA-ALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatan dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.


Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepada rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kasihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu; emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini, saya sertakan panduan solat hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah itu Maha Mendengar doa daripada hambaNya.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Solat Hajat


1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. Teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk. Insya-Allah, Allah akan makbulkan.





Ayat Kursi


Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum,

la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um,

lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi,

man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii,

ya’-lamu maa bayna aydiihim wamaa khal-fahum,

walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a,

wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha,

walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa,

wahuwal ‘aliy-yul azhim
.



. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Lihatlah gambar baby Hana yang sungguh menyayat hati ini.
Bagi sesiapa yang sudah bergelar ibu, pasti anda lebih merasakan kesedihan.



Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini, Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah!



Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad kanak-kanak. Tiba-tiba pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar dimasukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah, tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.



Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.



Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.

.

.

.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.


Mudah-mudahan, Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali selepas solat fardu dan solat hajat.


Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakkal. Amin.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Buat baby Hana...
Moga dirimu cepat sembuh dan sihat seperti baby yang lain.
Mudah-mudahan.


Buat Kak Rohaiza...
Moga akak tabah menempuhi segala ujian yang diberikan oleh Allah.
Percayalah,kak! Setiap ujian yang berlaku ke atas diri kita ini pasti ada hikmahnya.
Moga akak terus "KUAT" menempuhi dugaan ini. Insya-Allah.

.

.

.

Di kesempatan ini, inn sedekahkan Al-Fatihah buat baby Hana.



p/s: Kepada mereka yang ingin memberikan nasihat, pengalaman dan ilmu untuk dikongsikan bersama Kak Rohaiza (ibu kepada Baby Hana) ini, bolehlah emailkan di:

rozex_3056@yahoo.com.my

6 comments:

  1. TQ atas perkongsian.

    aku juga telah berkongsi mengenai ini!

    ReplyDelete
  2. adoi...sangat sedih tgk baby comel camtu..adess...

    hope saba..T______T

    ReplyDelete
  3. Faiz:

    Betul tu...

    Kesian sgt kat baby tu~

    ReplyDelete
  4. Si Tedi:

    Kamu pun dpt jugak ea email ni?

    ReplyDelete
  5. Cik Violet:

    Sedih sgt bila tgk baby camni~

    ReplyDelete

Thanks for leaving a comment...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...