TABUNG KAWEN LAGI

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Thursday, February 24, 2011

Meet with Aliff Junior... (^___^)

Assalamualaikum and hi everybody!!! (^___^)

.

.

.

i know that this entry may be a little bit late to welcome my new nephew.
But, i still want to share with all of you for this happiness.
Better late than never. ahaks! :D





First of all, welcome to the world...........




MUHAMAD ALIFF RAYYAN


He was born on December 24, 2010 at Hospital Bersalin Kuala Lumpur.
By the way, Rayyan supposed to be born on earlier of January, 2011.
But, may be he so excited want to see the world;
So that, he was born earlier. (^____^)



Hey! Your name also has "Aliff", same with mine... :)





I'm practicing to be a momma... hehe! (^___^)





She is Rayyan's sister. She's so adorable!







p/s: Maaf la kalau English cik inn ni ada salah grammar dan agak berterabur. But, i try!


Practice makes perfect!!!


Saturday, January 15, 2011

Dan... Apabila Si Emak Mengizinkan Anaknya Untuk Berkahwin...

Salam dan hai semua. http://www.cute-smiley.com

.

.

.

Apakah perasaan anda sekiranya ibu bapa anda memberikan "GREEN LIGHT" kepada anda untuk mendirikan rumah tangga?


Dan, apabila lampu HIJAU sudah dinyalakan. Maka, dengan ini.......


Pastinya perasaan gembira + excited + berdebar-debar muncul di dalam hati. :)
Aiiiikkkk, cik inn dah nak kawen ke ni.....??? http://www.cute-smiley.com

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Di suatu pagi 1 Januari 2011 yang indah, bertempat di meja makan di rumahku.
Ketika itu inn dan emak sedang bersarapan pagi.
Tiba-tiba emak bertanyakan azam baru bagi tahun 2011.

.

.

.

Emak: Apa azam bagi tahun 2011 ni?

inn: Hurmmm... Ntah la. Nak habiskan buat degree je kot. http://www.cute-smiley.com

Emak: Ke inn nak kawen...???


Berdebar menanti saat Ijab dan Kabul dilafazkan.


inn: http://www.cute-smiley.com * blushing... terus rasa nak tersembur makanan. OMG!!! (sambil tengok besar kecik, besar kecik kat emak. hehe!)

.

.

.

inn cakap kat dalam hati.......


"Mak aku ni dah tak sabar nak dapat menantu ke ni?"


"Oh ye, tahun ni umur aku dah 24 tahun. Mungkin dah boleh untuk mendirikan rumah tangga."


Mak inn sedang mendukung Ami Hani Adriana. Cute kan baby ni?


"Ke mak aku dah tak sabar nak timang cucu? Yelah, aku ni anak yang sulung. Dapat menantu pun yang sulung. Nanti boleh la dapat cucu yang sulung. hehe! :D"


* Gatai nya kamu ni cik inn. Belajar pun tak habis lagi. Kena piat telinga baru tau!

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Insya-Allah, kalau tiada halangan hujung tahun ni inn akan menamatkan pengajian.
Boleh la mencari kerja untuk mengumpulkan kewangan untuk "membina masjid".
Moga dipermudahkan segala urusan ketika mencari peluang pekerjaan kelak.


Terliur pulak inn tengok nasi minyak ni.
Yang pastinya, tahun ni ramai kawan inn yang akan mendirikan rumah tangga.



Dan, MyAlif pun dah bagi hint untuk kami membina keluarga di masa hadapan.
Berkemungkinan 2 tahun daripada sekarang dan kami tidak menolak sebarang kemungkinan sekiranya majlis itu dipercepatkan kepada suatu tempoh yang kurang daripada 2 tahun.





p/s: Tiba-tiba rasa bersemangat nak habiskan degree ni. http://www.cute-smiley.com

Friday, December 10, 2010

Ku Rasakan Terlalu Lama Masa Itu Berlalu Pergi... Walau Apapun, Ku Tetap Setia Menanti Kepulanganmu...

Salam dan hai semua.

.

.

.

- 10 Disember 2010 -

Tadi masa inn tengok tickers kat blog ni.
inn baru perasan yang h
ari ni genap SEBULAN MyAlif onboard.
Ini bermakna masih ada 5 BULAN lagi untuk MyAlif sign off.
Itupun kalau MyAlif dapat sign off on time @ tak delay laa.

I will WAIT for you, sayang!!!

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Duhai hati, silakan terus KUAT dan TABAH menempuhi dugaan ini.
Kalau previous ship, MyAlif onboard dalam 2 ke 3 bulan camtu je.
Sekarang ni, MyAlif dah onboard selama 6 bulan kat tengah lautan tu.
Kalau takde aral melintang, mungkin bulan 5 tahun depan baru dia sign off.
Kiranya masa tu inn dah habis blaja untuk semester depan dan dah cuti.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Masa bulan 5 tu nanti, birthday MyAlif.
Insya-Allah, boleh la celebrate birthday dia sama-sama nanti.
Tapi, untuk birthday MyAlif kali ni; dia dah siap-siap request nak inn masakkan his fevret dishes.

* ayam masak merah (memang wajib!)

Nampak gayanya inn kena la praktis daripada sekarang.
inn masih ada masa lagi ni. Practice makes perfect! :D :D :D
Kepada mereka yang expert bab masak memasak ni, boleh la bantu inn ye!





p/s: Bestnye dah cuti sekarang ni. Tak sabar nak tunggu vacation dengan keluarga terchenta ke Pulau Langkawi pada 24-26 Disember nanti. Moga kami selamat pergi dan selamat pulang!

Monday, November 29, 2010

Happy 24th Anniversary!!!










- Happy 24th Anniversary to Mak and Ayah -



Thanks for everything!!!



I love both of you so much.....





p/s: Moga jodoh Mak dan Ayah berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin!

Monday, November 22, 2010

Selamat Ulangtahun Hari Lahir Yang Ke-51, AYAH...

Teristimewa buat AYAHANDA tercinta,
Tuan Haji Wahab bin Haji Jusoh.


.

.

.




Selamat Ulangtahun Hari Lahir Yang Ke-51.



Moga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.
Moga segala apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan.
Moga mendapat kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat kelak.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

KASIHNYA AYAH
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa


Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia



Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Terlalu banyak pengorbanan dan jasamu untuk membesarkan anakandamu ini.
Terima kasih atas segala-galanya!!!



NUR FARIHIN SAYANG SANGAT-SANGAT KAT AYAH....!!!!



p/s: Hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalas segala pengorbanan dan jasamu, ayah!!!
Hari ni juga merupakan ulangtahun hari lahir yang ke-49 buat mak MyAlif (Auntie Ramlah).
Tak sangka pula hari jadi mak MyAlif sama dengan ayah inn. (^___^)

Tuesday, October 5, 2010

Dup dap, dup dap~ Akhirnya... Impian untuk bertemu dengan mak dan ayah MyAlif menjadi kenyataan!!! (^___^)

. 2 Oktober 2010 @ TTDI Jaya, Shah Alam .

.

.

.

Dup dap, dup dap.......
Tersangatlah berdebarnya rasa hati.
Nak tahu kenapa...???
Sebab...........
Inilah pertama kali inn akan bertemu dengan mak dan ayah MyAlif.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Sebenarnya, MyAlif ajak inn sekeluarga untuk datang beraya kat rumah dia.
Tapi, mak dan ayah inn tak dapat nak datang la sebab ada jamuan raya kat tempat lain dan kenduri kawen sepupu mak kat Bukit Damansara.
Jadi, inn ajak la adik laki inn (udin) untuk temankan inn pergi rumah MyAlif kat Shah Alam.
inn main redah je masa cari rumah MyAlif tu.
Dah la tak de GPS. Hanya ikut gerak hati je!
Alhamdulillah, kami selamat sampai ke destinasi yang dituju.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Bila kereta dah sampai kat depan rumah MyAlif, inn dah mula rasa berdebar.
inn dok pikir nak turun kereta ke tak ni?
inn rasa segan sangat-sangat masa tu.
Akhirnya, inn memberanikan diri melangkahkan kaki menuju ke rumahnya.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Kedatangan inn dan adik disambut mesra oleh emaknya.
inn siap bawak kerepek pedas lagi yang dibeli di Parit Raja.
i know his family favourite "kerepek". :D
Kira inn nak ambil hati dorang la ni. Hehe! :)

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Sesudah inn bersalaman dengan mak dan ayah serta adik-adik MyAlif, sesi beramah mesra pun bermula.


"Selalu dengar nama Farihin je! Sekarang ni, baru dapat jumpa dengan orangnya."


Pelbagai persoalan diajukan kepada inn.......

.

.

.

inn blaja katne?
inn ambil kos apa?
Bila inn habis blaja?
Ayah dan mak inn keje katne?
Bla... Bla... Bla...

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Usai beramah mesra, mak dia jemput inn dan adik inn makan.
Wow! Macam-macam juadah disediakan. i lioke! (^___^)
Ada nasi briyani, lontong, roti jala, kuih muih, air bandung soda.
Kemudiannya, ada jiran dan sedara MyAlif yang datang ke rumah.
Oleh itu, sesi beramah mesra antara kami terpaksa diberhentikan.


MyAlif and his beloved dad...



MyAlif and his beloved mom...



MyAlif and his siblings... From left: Alia, Alif, Amir and Amira.



Adik-adik MyAlif called me "Kak Fain".
Nama baru untuk inn. (^___^)

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Sekarang ni, hampir 2 bulan MyAlif dah bercuti.
Cuti yang paling lama sepanjang kariernya sehingga hari ini.
Mungkin bila-bila masa saja dari sekarang, MyAlif akan kembali semula ke lautan.
Cuti kali ini, MyAlif sangat-sangat memanfaatkan masa berkualitinya bersama keluarga tersayang dan tidak dilupakan juga insan tercinta.


i will MISS him! :(



Terima kasih, sayang! (^_______^)
Akhirnya, impian ayg untuk bertemu dengan mak dan ayah B menjadi kenyataan.
Moga suatu hari nanti, keluarga ayg akan bertemu dengan keluarga B.
Dan, jika diizinkan kita merancang untuk ke peringkat seterusnya...
Ameen! :)





p/s: Bersedia untuk belajar memasak! :D

Friday, October 1, 2010

Nilai Kasihmu, Ayah...

Khas buat AYAHANDA yang tercinta,
Tuan Haji Wahab bin Haji Jusoh.


.

.

.

AYAH,
Titisan keringatmu menyubur kehidupan
Berhujan berpanas tak kau endahkan
Dirimu tetap gigih menuai rezeki
Menjadikan mimpi satu realiti


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

AYAH,
Biarpun ku tawar wang yang berjuta
Biarpun ku hampar selaut mutiara
Tak mungkin dapat ku balas segala jasa
Yang tidak ternilai harganya


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

AYAH,
Hari-hari makin mendewasakan
Hidupmu tabah penuh cabaran
Dalam mendidik amanah TuhanMu
Sabar melayan kerenah ku yang seribu



. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

AYAH,
Akan ku bukti padamu
Curahan kasih tidak ku siakan
Mencapai cita jua kejayaan
Kan ku bela nasibmu di hari tua






p/s: Sayangilah dan hargailah ibu bapa anda sebelum mereka menyahut seruan Illahi...

Friday, April 9, 2010

Bila aku dah mula merepek meraban dalam bahasa Perancis~

Bonjour!!!

Comment allez-vous?


.

.

.



Je m'appelle Nur Farihin.



Je suis étudiante de Français à UTHM.


Je suis Malaisienne.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Voici ma famille.


.

.

.



Mon père et ma mère.



Mon petit frère.



Ma petite sœur.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

J'adore ma famille!!!



. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Je t'aime et vous me manquez!!!





p/s: Apa yang saya merepek meraban ni? Sebenarnya saya buat ayat dalam bahasa Perancis. Kalau nak tahu maksudnya, sila cari sendiri ye! Saya malas nak translate maksud ayat tu. Waa... Rindunya kat family saya dan MyAlif yang berada kat atas kapal tu. Mak, Ayah, Udin dan Ana, nanti minggu depan Kak Long balik rumah ye. 11 days to go until MyAlif has been sign off~

Thursday, April 1, 2010

Oh, Tuhan!!! Aku terlalu rindukan kenangan bersama dengannya. Andai dapat ku undur masa.

Salam dan hai semua~

Mood: Hati ku sayu dan sedih.

Entry ni khas untuk arwah atuk kesayangan saya.
* Tuan Haji Zamzuri bin Mohd Nor *
(9 Ogos 1931 - 11 Ogos 2004)

Maaf sekiranya entry kali ini agak panjang.

.

.

.

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari
Kau pergi... pergi...
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Semalam.
Entah mengapa hati ini tiba-tiba terasa sayu;
Selepas menonton video klip lagu "PERGI" nyanyian Aizat.

Tanpa diduga, tiba-tiba saja air mata ini membasahi pipi.
Terus saya teringatkan arwah atuk kesayangan saya.
Saya dengan atuk memang sangat rapat.
Kiranya saya ni cucu kesayangan dia la.
Apa yang saya pinta, pasti atuk akan tunaikan.
Kini, dia telah tiada.
Dia telah PERGI meninggalkan saya.
Kerna saya tahu bahawa Allah lebih menyayangi dirinya.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Terlebih dulu, saya ingin kongsikan momen-momen terindah bersama dengan arwah atuk.


Saya ni macam faham je apa yang atuk katakan. Hihi~


Inn pun sayang sangat-sangat kat atuk!


Tembam kan pipi saya?


Bergambar di halaman rumah atuk.


Wah!!! Dah macam opera cina je saya ni kan?


Yey! Rambut saya ada tocang pokok kelapa.


Bergambar bersama abang long dan abang ngah.


Nur Farihin, tengok kamera la.


Semua ini kini hanya tinggal kenangan.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Saya masih ingat lagi.
Masa tu bulan 12 tahun 2002.
Atuk admit Hospital Pulau Pinang selama 2 minggu.
Kebetulan masa tu cuti sekolah.
Saya teman opah menjaga atuk.
Saya ingatkan atuk admit hospital kerana sakit-sakit biasa saja.

Tapi, rupa-rupanya...
Atuk kena buat rawatan kemoterapi.
Baru saya tau yang atuk diserang kanser tulang.
Oh, Tuhan! Seakan terhenti seketika degupan jantung saya;
Setelah saya terdengar perbualan antara pak cik saya dengan salah seorang doktor di situ.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Sebelum atuk dibenarkan pulang ke rumah,
dia ada menyatakan sesuatu kepada saya.

Atuk: Atuk rasa gembira sangat!!!

Saya: Kenapa, atuk?

Atuk: Sebab ein ada menemani atuk siang dan malam kat hospital ni selain daripada opah. Kalau ein takde, atuk tak rasa sekuat seperti ni nak lawan kanser yang berada kat dalam tubuh badan atuk. (sambil menggenggam erat kedua-dua belah tangan saya)

Saya: Atuk!!! (air mata saya mula membasahi pipi)

Atuk: Sebab ein juga la, atuk tak terasa sakit sangat ketika buat rawatan kemoterapi tu.

Saya: Ein sayaaaaaaaaaaangggg atuk!!! (terus saya peluk atuk kuat-kuat)

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Bulan 8 tahun 2004.
Ketika itu, saya berada di tingkatan 5.
Saya bersekolah di MRSM Lenggong, Perak.

Saya masih ingat lagi.
Saya tak tahu kenapa cuti bermalam pada bulan tu;
Saya teringin sangat nak balik ke rumah atuk yang terletak di Parit.
Bukan pulang ke rumah family di Bandar Baru Selayang.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

6 Ogos 2004 (Jumaat)

Hari ini saya bertekad untuk pulang ke rumah atuk.
Saya siap tempah kek coklat daripada Malvin untuk dibawa pulang.
Sebagai meraikan ulangtahun hari lahir atuk yang ke-73 pada 9 Ogos.
Apabila tiba di rumah atuk seperti biasa saya akan bersalaman sambil mencium tangan serta berpelukan dengan atuk dan opah.
Wah!!! Malam tu, opah masakkan lauk kegemaran saya.
Ikan keli masak sambal + ikan patin masak gulai tempoyak.
Saya makan dengan penuh berselera sekali.
Selepas makan, saya sempat berbual-bual dengan atuk.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

7 Ogos 2004 (Sabtu)

Atuk meminta saya untuk mengurut bahunya.
Lenguh katanya.
Saya pun terus mengurut bahu atuk tanpa banyak soal.
Sambil itu, atuk rancak berceritakan pengalamannya ketika menjadi seorang guru.
Banyak juga nasihat daripada atuk untuk saya.
Malam itu, sebelum saya masuk tidur;
Opah ada menyatakan sesuatu kepada saya.

Opah: Ein, opah rasa atuk kamu tu macam dah tak lama lagi je...

Saya: Opah... Kenapa cakap camtu? Tak elok!

Opah: Opah dapat rasakan yang dia akan PERGI tinggalkan opah tak lama lagi. (air mata opah mula membasahi pipi)

Saya: Opah... Jangan la cakap macam tu. Ein sayangkan atuk! Ein sayangkan opah! (terus saya peluk opah seerat-eratnya dan saya menangis)

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

8 Ogos 2004 (Ahad)

Hari ni saya dah nak balik semula ke MRSM Lenggong.
Achik yang hantarkan saya ke sana.
Sebelum saya pulang, saya keluarkan kek coklat yang saya simpan di dalam peti sejuk.

Saya: Atuk!!! Selamat hari jadi yang ke-73. Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki. (saya suapkan kek coklat itu ke mulut atuk)

Atuk:
*Speechless. (tiba-tiba air mata atuk berlinangan.)

Saya: Atuk, ein ucap sehari awal dari tarikh hari jadi atuk. Yelah, ein dah nak balik Lenggong hari ni. Nanti takut tak sempat nak wish birthday atuk esok dan suapkan kek camni.
(sambil saya lapkan air mata atuk.)

Atuk:
Atuk sayangkan ein!!! Jaga diri baik-baik tau!!! (terus atuk peluk saya kuat-kuat)

Saya: Ein pun sayang sangat-sangat kat atuk!!!
(sambil menangis)

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

9 Ogos 2004 (Isnin)

Saya menelefon rumah atuk.
Tetapi, tidak berjawab.
Kemudiannya, saya menghubungi telefon bimbit opah.

Saya: Assalamualaikum.

Opah: Waalaikumussalam.


Saya: Opah, atuk ada tak? Ein nak ucap selamat hari jadi kat dia.


Opah:
(Tiba-tiba terdiam di hujung talian.)

Saya: Opah... Opah...


Opah: Atuk kamu ada kat HKL sekarang ni. Tiba-tiba dia sesak nafas. Terus Pak Su dan Cik Wan kamu datang ambil kat Parit tadi. Sekarang ni kat hospital.
(suara opah sebak)

Saya:
Camne dengan keadaan atuk sekarang ni? (saya dah mula mengangis)

Opah: Doktor tengah merawat dia.


Saya: Nanti ein call lagi. Syiling dah habis ni. Assalamualaikum.
(masih tu guna public phone je!)

Opah: Waalaikumussalam.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

11 Ogos 2004 (Rabu)

Hari ni saya ada ujian gerak gempur untuk subjek Matematik Moden.
Ujian itu diadakan masa kelas prep petang.
Petang tu, saya keluar dari kelas agak lewat dalam pukul 5.30 petang.
Niat nak telefon mak untuk bertanyakan khabar atuk.
Semalam telefon, mak cakap atuk dah stabil sikit.
Mak aiii... Punya la panjang orang beratur nak guna public phone tu.
Saya dah spare ring-ring card.
Tak perlu lagi nak guna duit syiling.

Saya mendail nombor hp ayah.
Tiada berjawab.
Kemudiannya, saya mendail nombor hp mak.
Takde orang angkat jugak.
Saya dah rasa tak sedap hati.
Berkali-kali saya call mereka.
Kemudiaan, saya mendail nombor hp Cik Wan pula.
Akhirnya, berjawab!

Saya: Assalamualaikum. Cik Wan, kat ne tu?

Cik Wan: Waalaikumussalam. Cik Wan ada kat rumah Tok Din ni.


Saya: Wat pe Cik Wan kat rumah Tok Din tu? Camne dengan kesihatan atuk?


Cik Wan: Takde siapa ke yang btau ein pasal ni?


Saya: Btau pasal apa pulak ni, Cik Wan?


Cik Wan: Atuk dah takde!


Saya: Takde?
(masa ni saya cam blur sikit)

Cik Wan: Atuk dah meninggal dunia tadi. Dalam pukul 3.30 petang.


Saya: Hah? Atuk dah meninggal? Innalillah.
(masa ni air mata saya dah mula mencurah-curah)

Cik Wan: Ein balik KL tak ni?


Saya: Ein balik KL malam ni.
(dengan confident dan comfirmnya saya jawab, padahal tak minta izin dengan GPK HEP lagi yang saya nak balik KL)

Letak je telefon.
Uwaaaaa!!! Uwaaaaaa!!! Uwaaaaaa!!!
Saya dengan tak malunya nanges kat depan budak-budak junior.
Saya terus menuju ke bilik Haiza kat bilik 302.
Haiza temankan saya jumpa dengan felo dan GPK HEP.
Alhamdulillah, urusan saya untuk pulang KL diluluskan dan dipermudahkan.
Felo hantar saya ke stesen bas di Kuala Kangsar.
Thanks to Miss Jahan and Miss Faye!
Alhamdulillah, ada tiket bas ke KL pada malam itu.
Saya balik KL menaiki bas Transnasional.
Tiket bas pukul 8 malam.
Penumpang hanya ada 5 orang saja.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Kisah ini bersambung pada entry seterusnya....

.

.

.

p/s: Please stay tune... Saya nak berehat dulu. Petang esok saya ada test Microprocessor and Microcontroller. Wish me best of luck! Nantikan sambungan kisah ini.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...