Salam Ramadhan.
.
.
.
Terlebih dulu inn nak minta maaf la sebab dah jarang update blog.
Nak dijadikan cerita, tadi inn terjumpa 1 video ni kat fb kawan inn.
Video tu bertajuk "Bila Zikir Dipersendakan".
inn cuba cari kat Youtube, dan terjumpa la dengan video tersebut.
. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .
GADIS BERTUDUNG PERSENDA ZIKIR
Astafirullah-alazim. Mengucap banyak-banyak bila inn tengok video ni.
Dah la pakai tudung. Pastu, mempersendakan zikir pula.
Mungkin, bagi mereka ini sekadar suka-suka dan ingin menarik perhatian umum.
Moga mereka yang terlibat ini menyesal dengan perbuatan yang telah mereka lakukan.
. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .
Firman Allah swt dalam Surah Al-An'am, ayat 70:
Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang dia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah dan jika dia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).
. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .
:: Harapan Ramadhan ::
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua
p/s: Selamat menjalani ibadah berpuasa. Moga setiap amalan kita diterima oleh Allah dan kehidupan kita sentiasa diberkati dan dirahmati olehNya. Ameen!
buat malu je!
ReplyDeletenak kate tak belajar, masuk u!
haish!!
taktau la ape yg diorang fikir
ReplyDeletemoga dia insaf...
ReplyDeleteinn, nana kenal dak2 nh..junior nana kat poli...skang dorg sem 1...seyes nana sendiri malu tgk dorg wat cmnh walau nana da abes study...smuger ALLAH buke pintu ati dorg nh tuk bertaubat...
ReplyDeleteAstagfirulah... apa nak jd la....
ReplyDeleteSis ada tgk video ni...
ReplyDeleteMmg tak paham apa sebenarnya yg dorang cuba nk tunjukkan...
Otak letak kat mana tah!
Salam awak..
ReplyDeletebelajar sahaja tinggi ..Tapi tak guna otak ...Buat malu ibu bapa jer...
`Anak sapa la tu'
semoga dia cepat tersedar dari kealpaan duniawi...
ReplyDeletemy latest entry:
http://aidyshahiezad.blogspot.com/2010/08/mini-novel-sebelum-terlewat-chapter-1.html
tembume:
ReplyDeletememang memalukan!
dah la pompuan pulak tu...
ery:
ReplyDeletedorg fikir dgn cara ni,dorg dpt femes...
kak ikin:
ReplyDeletemudah-mudahan mereka insaflah!
nana:
ReplyDeletelaa...
budak poli nana ke tu...
x sangka la pulak...
faiz:
ReplyDeleteminta2 kita dijauhkan drp melakukan perkara sebegini...
nauzubillah min zalik...
kak pora:
ReplyDeleteakak dah tengok ea video ni...
dorg xde otak masa dok wat benda ni,kak...
liza:
ReplyDeletealangkah sedihnya kalo ibu bapa mereka mengetahui sekiranya anak mereka mempersendakan zikir...
aidy:
ReplyDeletemoga mereka bertaubat!