TABUNG KAWEN LAGI

Wednesday, August 4, 2010

Debaran Kian Terasa.....

Salam dan hai semua.
Dah lama kan inn tak update blog.
inn nak minta maaf sekiranya ada yang ternanti-nanti entri yang terbaru daripada inn.
Buat masa ni, inn tersangat la sibuk dengan Projek Sarjana Muda.
Almaklum la sekarang ni inn dah tahun akhir.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Berbalik kepada tajuk di atas.

"Debaran Kian Terasa..."

Ceh! Tajuk cam inn dah nak kawen je kan? Hehe! :)
Apakah yang menyebabkan inn berasa berdebar-debar ketika ini?

.

.

.

.

.

1. inn dapat berita yang MyAlif akan sign off dalam masa yang terdekat ni. Bila-bila masa saja dia akan pulang ke rumah.

2. 20hb ni, inn akan memasuki umur 23 tahun. Adakah sesuatu kejutan yang akan berlaku?

3. 4 minggu daripada sekarang, inn dikehendaki untuk membentangkan projek di hadapan panel. Adakah projek inn akan diterima untuk diteruskan?

4. Adakah inn ataupun MyAlif akan membawa pasangan masing-masing berbuka puasa bersama keluarga mereka di rumah dan kemudiannya solat terawih bersama-sama?


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Sejak kebelakangan ni, kapal Setia Azam seringkali pulang ke KSB.
Oleh itu, dapat la inn dengar suara si arjuna chenta hati.
Terubat rasa rindu di hati ini.

.

.

.

Biarpun orang selalu mengatakan bahawa...

"Penantian itu satu penyeksaan..."

Akan tetapi, bagi inn.......

.

.

.

PENANTIAN itu banyak mengajar kita erti KERINDUAN + PENGORBANAN + KESETIAAN + KEJUJURAN + KEIKHLASAN dalam sebuah perhubungan.

Pabila kita berjauhan dengan seseorang, baru kita mengetahui betapa penting dirinya dalam kehidupan kita.


Dan, kita akan lebih menghargai dirinya saat kita bersamanya.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat.
Kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari,
Rupa-rupanya Allah memberikan kita pelangi.




p/s: Alif, saya akan setia menanti KEPULANGAN awak!!!

2 comments:

Thanks for leaving a comment...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...