TABUNG KAWEN LAGI

Friday, October 22, 2010

Jika Website Adalah Pelajar Universiti...



1. Facebook = Facebook seorang yang macho dan cool serta mempunyai ramai peminat. Dia juga selalu merasa rendah diri walaupun dirinya sangat hebat.



2. Twitter = Twitter pulak orangnya cute dan kecik-kecik je! Dia juga peramah dengan kebanyakan orang menyebabkan dia disenangi ramai walaupun dia tidak sehebat Facebook dan Myspace.



3. Myspace = Myspace juga seperti Facebook. Dia macho dan cool, mungkin lebih stylo sedikit daripada Facebook. Tetapi akibat sikapnya yang sombong, peminatnya telah beralih arah kepada Facebook yang lebih mesra dan tidak sombong.



4. Wikipedia = Wikipedia adalah seorang yang nerdy. Walaupun dia tidak cukup hensem, tapi pelbagai maklumat berinformasi di"save"kan di dalam kepalanya. Dia merupakan sumber rujukan pelbagai info kepada rakan-rakannya yang lain.



5. DeviantART = DevianART pula adalah seorang yang low-profile. Tapi, sangat berbakat dalam bab-bab art ni. Kebanyakan karyanya dikagumi ramai.



6. YouTube = YouTube pulak lebih ramai peminat berbanding dengan Facebook walaupun dia tidak hensem. Kerana dia mempunyai pelbagai koleksi video untuk tontonan umum. Bertambah ramai peminat apabila video hampir 18SX, 18PL dan 18SG juga turut disajikan jika ada permintaan.



7. Google = Beliau lebih dikenali sebagai Profesor Google. Beliau paling famous kerana beliau adalah sumber rujukan masyarakat dunia. Semua orang mengenali beliau. Tanya apa saja kepada beliau, pasti akan ada jawapannya.






Sumber: [Klik Sini]


12 comments:

Thanks for leaving a comment...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...