TABUNG KAWEN LAGI

Wednesday, June 16, 2010

5 sebab kenapa saya jarang update blog sejak dua menjak tiga menjak ni...

Salam dan hai semua.

.

.

.

Sejak dua menjak tiga menjak ni, inn dah jarang update blog.
inn nak minta maaf kepada mereka yang ternanti-nantikan entry terbaru blog inn.
Di sini inn nyatakan 5 sebab kenapa inn jarang update blog.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

1) Tiada kemudahan internet secara peribadi.

Ini bermaksudnya:

inn hanya akan update blog sekiranya berada di UTHM sahaja. Sebab ada kemudahan wi-fi.



Di rumah inn tiada kemudahan internet seperti wi-fi, wimax ataupun broadband.
Kalau betul-betul rasa nak update blog tu, terpaksa la pergi ke cybercafe.
Maka, akan berlakulah pembaziran wang.
Sebab inn suka online lama-lama. Hehe! :D




Ada sesiapa tak yang baik hati nak bagi broadband secara percuma kat inn?

[sumber: pakcik Google]

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

2) Asal hari Khamis je balik rumah. Hari Isnin baru balik UTHM semula.

Ini bermaksudnya:

Sekarang ni inn sedang mengambil semester pendek di UTHM.
Kelas inn hanya pada hari Selasa, Rabu dan Khamis saja.
3 hari ada kelas, 4 hari cuti. I liokeeeee. Hehe! :D :D :D
Setiap kali lepas habis kelas pada hari Khamis, inn akan pulang ke rumah.
Kemudian, pada hari Isnin baru inn pulang semula ke UTHM.




Lihat la betapa banyaknya tiket bas yang inn beli.



Bila dah balik rumah tu, maka tiada la kemudahan internet.
Banyak menghabiskan masa bersama dengan insan yang tersayang saja.
Takkan la nak 24/7 asyik nak menghadap laptop je kan.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

3) Menghadiri jemputan undangan majlis perkahwinan.

Ini bermaksudnya:

Musim cuti sekolah ni, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis perkahwinan.
Memang terlalu banyak jemputan undangan majlis perkahwinan yang inn terima.
Sila lihat entry Jom makan nasi minyak untuk mengetahui betapa banyaknya undangan yang diterima.



inn sempat menghadiri majlis perkahwinan:

1) Zaza & Hafez @ Gombak - 30 Mei 2010
2) Ain Husna & Syahril @ Ipoh - 5 Jun 2010
3) Maryitah & Firdaus @ Alor Star - 12 Jun 2010
4) Herman & Shafidah @ Sg. Petani - 13 Jun 2010



Dan, inn masih ada 3 lagi jemputan kenduri kawen yang perlu dihadiri:

1) Leen & Hasli @ Kluang - 27 Jun 2010
2) Gee & Shafie @ Melaka - 27 Jun 2010
3) Thalha & Hazlin @ Johor Bahru - 25 Julai 2010



inn ingin memohon maaf kepada mereka yang ada menjemput inn ke majlis perkahwinan;
Tetapi inn tak dapat nak menghadirkan diri ke majlis tersebut.
Di kesempatan ini, inn ingin ucapkan "Selamat pengantin baru!!!".
inn doakan moga jodoh kalian berkekalan hingga ke akhir hayat.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

4) Memanfaatkan masa bersama dengan insan yang tersayang.

Ini bermaksudnya:

Insan yang tersayang merujuk kepada keluarga tersayang, MyAlif dan my BFF.


.

.

.

i. Bersama keluarga tersayang

Memang sangat seronok bila dapat balik rumah. Heaven! :D




ii. Bersama MyAlif

Keluar bersama MyAlif ketika dia masih bercuti hari tu.




iii. Bersama my BFF.

Sempat bertemu dengan Fatin Filzah dan Aimi Farhana. Shokshek! =P

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

5) Banyak cerita yang ingin dikongsikan bersama tetapi.....

Ini bermaksudnya:

Apabila virus M**** datang menyerang, inn lebih suka blogwalking saja.
Masih sempat membaca entry terbaru daripada rakan-rakan yang lain.
Kalau ikutkan macam-macam cerita yang ingin inn kongsikan bersama.


[sumber: pakcik Google]


Moga jari jemari ini kembali aktif untuk menaip entry yang terbaru selepas ini.
inn nak ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi singgah ke blog inn walaupun sejak kebelakangan ni inn dah jarang update blog.





p/s: Dah seminggu MyAlif belayar untuk mencari rezeki di tengah lautan. Sehingga kini, MyAlif masih belum dapat dihubungi. :(


6 comments:

  1. adakah pipi encik aliff anda semakin kembang sejajar dgn perkembangan bahagianya bersama kekasih?...

    bagus la family is ur priority.

    ReplyDelete
  2. amboi2.. padatnye jadual die... dah mcm pm dah ni.. hehe

    ReplyDelete
  3. zura:

    best la kamu anai dah balik.

    hehe.

    happy for u...

    ReplyDelete
  4. i_hate_lolipop:

    kami berdua memang bertambah chubby la,dear.

    x macam 1st date dulu2.

    dua2 masih kurus lagi. ngee~

    ReplyDelete

Thanks for leaving a comment...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...