TABUNG KAWEN LAGI

Friday, February 19, 2010

Alhamdulillah~ Mereka telah selamat diijabkabulkan. Saya datang untuk ambil berkat pengantin baru. Bilakah pula giliran saya?

Salam dan hai semua~
Seperti yang dijanjikan...
Entry kali ni khas sempena perkahwinan Zatil.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Pada 13 Feb 2010 yang lepas;
Saya telah menghadiri majlis perkahwinan Zatil.
Yang bertempat di Kubang Kerian, Kelantan.
Saya pergi ke sana dengan menumpang bas UPM.
Kami bertolak dari UPM pada pukul 11 malam.
Dalam pukul 6.15 pagi, kami tiba di Gua Musang.
Berhenti sebentar untuk menunaikan solat Subuh.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Kemudian, meneruskan perjalanan ke Rantau Panjang.
Bershopping sakan sebelum mengisi perut di rumah Zatil. Hehe! =D
Pertama kali saya menjejakkan kaki kat Rantau Panjang ni.
Barang-barang memang sangat murah okeh!
Pastu, singgah kat Masjid Beijing.
Berhenti untuk menunaikan solat jamak Zohor & Asar.
Dan juga membersihkan diri dan menukarkan pakaian.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Dalam pukul 3.30 petang, kami bertolak menuju ke rumah Zatil.
Pada pukul 4 petang, kami selamat tiba di rumah pengantin.
Saya sangat-sangat excited nak jumpa dengan Zatil.
Sebab...
Ini merupakan kali pertama kami berjumpa.
Selalu jumpa kat dalam blog atau facebook je.

Lihatlah wajah yang tak sabar nak bertemu dengan pengantin.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Sampai di rumah Zatil;
Bersalam dengan mak Zatil dan memberikan hadiah.
Seterusnya menjamu selera.
Lepas tu, masuk ke dalam rumah pengantin.
Sesi bergambar bersama.
Taraa.... Ini lah dia wajah pengantin baru.


.

.

.



Selamat pengantin baru, Zatil & Zuhdi.


Sama cantik, sama padan.


Moga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.


Hantaran daripada Zuhdi untuk Zatil.


Hantaran daripada Zuhdi untuk Zatil.


Banyaknya hadiah yang Zatil dapat.

.

.

.

Last but not least, sudah semestinya gambar saya dengan Zatil.

Inn datang untuk ambil berkat pengantin baru. (^_^)

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Pada pukul 5 petang, kami bertolak pulang.
Hantar kawan-kawan Zatil yang tinggal di sekitar Kelantan dan Terengganu.
Dah macam jalan-jalan di Pantai Timur je.
Seharian saya berada di dalam bas.
Singgah di salah sebuah masjid di Kuala Terengganu.
Berhenti untuk menunaikan solat jamak Maghrib dan Isyak.
Kemudian, singgah di Kilang Keropok Sukaramai di Kuala Terengganu.
Memborong keropok lekor untuk dibawa pulang.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Kami menyambung perjalanan untuk menuju ke UPM semula.
Bas ni lalu jalan kat tepi pantai la pulak.
Tetibe fikiran melayang teringatkan MyAlif.
Apa khabar dia di sana agaknya?
Semasa dalam perjalanan pulang;
Saya terlihat papan tanda yang tertulis "KEMAMAN".
Oh tidak! Lagi la perasaan hati ini bertambah-tambah rindu kepadanya.
Tanpa saya sedari...
Air mata saya mula jatuh ke pipi.



Ya Allah, Ya Tuhanku!
Kau berikanlah aku kekuatan.
Kau tabahkanlah hati ku ini.
Agar aku bisa tempuhi segala dugaanMu.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Alhamdulillah. Kami selamat tiba di UPM pada pukul 5 pagi.
Ayah saya tiba menjemput saya di UPM pada pukul 6 pagi.
Saya duduk keseorangan dalam kedinginan embun pagi.
Tatkala itu, saya memang terasa sangat sepi.
Tiada berteman. Keseorangan.
Tambahan pula dengan bateri telefon bimbit yang sudah kehabisan.


p/s: Hikmah di sebalik perjalanan, saya dapat mengubati perasaan RINDU di hati ini walaupun dengan hanya melihat papan tanda yang tertulis "KEMAMAN". Terima kasih, Ya Allah!

6 comments:

  1. xlame lagi giliran kak inn lah tu :DD
    tggu 3 4 kali lagi abg alif nek turun kapal,pas 2 hani dpt la mamam nasi minyak kak inn n abg alif :DD

    ReplyDelete
  2. wah
    cik zatil dah kahwin
    ayunya beliau

    ReplyDelete
  3. Hans:

    Cik Zatil telah bertukar status kepada "Puan Zatil"...

    Dia sungguh ayu skali...

    ReplyDelete
  4. Inn just be strong ok dear! Nanti dah grad, kalo kawen jemput teha tau! Hihi. Btw,tag yg Inn bg tu nanti teha wat k. Hee~

    ReplyDelete
  5. Teha:

    Thanks for giving me support,dear!

    Insya-Allah...

    Nanti kalo Inn wat kenduri kawen, inn jemput Teha skali..

    Jgn lupe ajak Amal skali tau!

    ReplyDelete

Thanks for leaving a comment...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...