TABUNG KAWEN LAGI

Monday, February 15, 2010

Contest Gambar RINDU Paling Kelakar atau Sengal~



Salam dan hai semua~


Hari ni dah 15 Feb 2010. Hari ni last day untuk join Contest Gambar Rindu Paling Kelakar atau Sengal. Maaf ye, Ryna. Sebab dah last minit baru Inn berkesempatan nak join contest ni. Sebelum ni, Inn sangat bizi dengan test.

.

.

.

Berikut merupakan syarat-syarat penyertaan:-

A) SYARAT-SYARAT UTAMA:

1) Buat entry khas dengan tajuk CoNteSt GamBAr rINDu pALinG kELakAR aTAu SeNGaL.

2) Sertakan sekeping gambar yang paling kelakar atau sengal yang tunjukkan korang amat merindui pasangan korang. Tak kisah la rindu pada hubby, wifey, tunang, boifren atau girlfren. Sekeping jer! Lebih pada sekeping kira batal. Wajib gambar sendiri tak kisah la edit atau ada aksesori tambahan. Yang penting ada muka korang sendiri tau.

3) Buat la ayat-ayat rindu sket. Ayat-ayat yang paling rindu, akan dapat markah tambahan untuk sokong gambar korang.

4) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Feb 2010 @ tengah malam.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

B) SYARAT-SYARAT TAMBAHAN:

1) Jadi follower blog Ryna untuk menambah kenalan Ryna yang hobinya suka berkenalan.

2) Korang mesti ada blog. Kalau tak, susah la nak jejak kan.

3) Tag sekurang-kurangnya 3 orang utk join contest ni. Lagi ramai lagi bagus. Pasangan yang dirindui pun boleh join untuk tambah peluang untuk menang.

4) Lepas entry siap, tinggal jejak kat ruangan komen entry atau shout box blog Ryna. Supaya senang nak list senarai peserta yang join.

5) Mesti letak banner contest (gambar Ryna) di side bar atau di atas blog anda dan juga dalam entry pertandingan. Dan jangan lupa link balik entry korang kepada blog Ryna.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

HADIAH-HADIAH YANG BAKAL DIMENANGI:

TEMPAT PERTAMA: 2 tiket Genting Outdoor Theme Park ikut masa dan kelapangan anda.
TEMPAT KEDUA: 2 tiket masuk Snow House kat genting highlands ikut kelapangan anda.
TEMPAT KETIGA: 2 tiket masuk Zoo Taiping ikut kelapangan anda.
SAGUHATI: Ryna akan pos kek coklat atau brownies ikut pilihan anda.


Menarik kan hadiah yang akan diberikan oleh pihak penganjur. Mana la tau kot-kot Inn dapat tiket gi Genting Highlands tu ke. Boleh la ajak MyAlif nanti bila dia dah sign off nanti.

.

.

.

Oleh itu, gambar yang saya pertaruhkan adalah...
Jeng, jeng, jeng...


.

.

.

.

.


Ryna, lalink~

For your information, ni gambar Inn dan Alif masa waktu kecik-kecik dulu. 20 Feb ni, genap la sebulan Alif berada di tengah lautan. Membanting tenaga empat kerat untuk mencari rezeki. Dan... Dah 3 minggu lebih, Inn masih tak dengar khabar berita daripadanya. Tak tau la bila kapal dia akan masuk port. Sekarang ni, Inn kena kuatkan semangat. Kena tabahkan hati. Masih ada 2 bulan lagi untuk menanti kepulangannya ke daratan. Benarlah kata orang,

"PENANTIAN ITU SATU PENYEKSAAN"


Ryna, cayang~
Izinkan Inn untuk berjiwang seketika. Meluahkan perasaan yang terbuku di hati.


.

.

.

B sayang~
Mungkin ini ujian daripada Yang Maha Esa.
Untuk menguji kekuatan cinta kita.
Walaupun dirimu jauh di mata;
Tetapi dirimu tetap di hatiku selamanya.

B sayang~
Ku setia menanti kepulanganmu.
Ku tunggu tak jemu-jemu.
Pasti, kita akan bertemu.
Pada saat itu.
Aku terkelu.
Tatkala ku menatap wajahmu.
Yang selama ini ku RINDU.


B sayang~
Moga Allah merahmati dan memberkati cinta kita.
Mudah-mudahan, impian kita akan terlaksana.
Untuk menjadi pasangan suami isteri yang SAH di sisi agama.
Dikurniakan "benih-benih cinta".
Moga bahagia buat selama-lamanya.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Dengan segala hormatnya, saya nak tagged 3 orang kawan saya:
Insan yang terpilih adalah...




p/s: Saya tak tau la mereka ni sempat lagi ke tak nak join contest ni. Sesiapa yang namanya tak di"tag" oleh saya, tetapi nak join contest ni pun boleh juga. Asalkan sebelum tamatnya tarikh penyertaan ye! Good luck and all the best to you~ (^_^)

8 comments:

  1. yey!

    inn sempat join contest yg ryna anjurkan tu...

    ReplyDelete
  2. kak inn bole masuk pertandingan wat puisi ni.
    hehehe :P

    ReplyDelete
  3. Hani:

    Hehe...

    Ayat tu kuar spontan je... =)

    ReplyDelete
  4. ye la sbb akak tgh rindu sgt kt
    abg alif.
    tp hani xpndai lah nk wat cmtu.
    hehehe ..kne berguru nih :P

    ReplyDelete
  5. Hani:

    Bole je kalo nak blaja karang ayat jiwang-jiwang ni...

    Hehe~ =D

    ReplyDelete

Thanks for leaving a comment...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...