TABUNG KAWEN LAGI

Tuesday, January 26, 2010

Doa Seorang Kekasih...

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan


Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu


Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa


Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai, Ya Allah


Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu



Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri


Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala


p/s: Saya suka lirik lagu ini. Ia sungguh bermakna sekali buat saya~

10 comments:

  1. hehehe aminnnn...suka doa nie...masa bercinta dulu suka baca..hehehe

    ReplyDelete
  2. Best la lirik tu... maksud mendalam...

    ReplyDelete
  3. faiz:

    memang lirik lagu ni membawa maksud yg mendalam pun~

    ReplyDelete
  4. maaf kalau tersalah topik tapi nak minta tolong vote entry saya bernombor 19 di blog www.denaihati.com

    senang2 leh tgok dkt entry nih

    thanks dan suruh lah member2 kamu vote juga entry no 19 tau...hehehe

    ReplyDelete
  5. Hans:

    Insya-Allah...

    Inn akan vote untuk Hans...

    Good luck & and all the best!

    ReplyDelete
  6. Anonymous:

    Terima kasih kerana membaca blog saya dan menyemakkan komen di sini...

    Hehe~

    ReplyDelete

Thanks for leaving a comment...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...