TABUNG KAWEN LAGI

Monday, October 12, 2009

UTHM Juara Acara Mendayung

Kalo anda terrer, cube cari saya yg mane 1 kat dlm gambar ni...???

UNIVERSITI Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menepati status pasukan pilihan apabila muncul juara keseluruhan acara mendayung (rowing) pada Kejohanan Varsiti Boat Race 2009 yang berakhir di Kompleks Sukan Air, Putrajaya semalam.

Tuan rumah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), biarpun gagal menyaingi kehebatan UTHM dalam saingan mendayung, masih mampu tersenyum selepas menguasai acara kayak dengan mengumpul keseluruhan 60 mata.

UTM mengatasi pencabar terdekat, Universiti Malaya (UM) dengan kelebihan 15 mata.

Bagi UTHM, pasukan itu berjaya menebus kekecewaan mereka tahun lalu apabila buat pertama kali dinobatkan juara acara mendayung selepas mengumpul 102 mata.

Tempat kedua acara tersebut menjadi milik UTM yang ketinggalan lapan mata di belakang UTHM sementara Universiti Ateneo dari Filipina yang beraksi buat pertama kali menduduki tempat ketiga.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyampaikan hadiah kepada pemenang dan menutup secara rasmi kejohanan empat hari itu.

Kejohanan Varsity Boat Race yang dianjurkan buat kali keempat tahun ini, dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan dihoskan oleh Universiti Teknologi Malaysia.

Seramai 708 pendayung dari 32 universiti, politeknik, kolej komuniti dan sekolah-sekolah di sekitar Putrajaya turut serta.

Terdahulu dalam ucapan penutupnya, Mohamed Khaled berkata, UTM telah menunjukkan kemampuan menganjurkan kejohanan itu buat kali ketiga berturut-turut.

"Untuk itu, sebagai penggerak utama sukan mendayung, Kementerian Pengajian Tinggi telah memilih UTM sebagai Pusat Kecemerlangan Sukan Air bagi atlet pusat pengajian tinggi di bawah Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pengajian Tinggi yang telah dilancarkan baru-baru ini," katanya.

Menurutnya, selain pencapaian akademik, pencapaian cemerlang dalam sukan amat penting bagi penuntut di menara gading mempersiapkan diri menghadapi pelbagai cabaran baru pada abad ini.

Beliau juga menggesa sektor swasta turut berganding bahu dan menyertai penganjuran Varsiti Boat Race untuk memberikan lebih nilai dan imej kepada kejohanan berkenaan.

* Sumber: Laman Web Rasmi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. (http://www.uthm.edu.my)

p/s: Siap kuar akhbar Kosmo! arini... Waa femesnye! =))

3 comments:

Thanks for leaving a comment...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...