TABUNG KAWEN LAGI

Showing posts with label Sakit. Show all posts
Showing posts with label Sakit. Show all posts

Friday, July 15, 2011

Syukur Alhamdulillah.......

Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat.

.

.

.

Alhamdulillah.......
Syukur kehadrat Illahi kerana ku masih lagi diberikan peluang untuk bernafas.




Alhamdulillah syukur kepadaMu kerana memulihkan kesihatan ku ini.
Hari ini inn kembali semula menjalankan tugas ke pejabat setelah 2 hari MC.


Pejam celik, pejam celik tinggal lagi 2 minggu praktikal inn akan berakhir.
Lepas ni inn kena bertungkus lumus menyiapkan...
Full report + proceeding paper + slide presentation + log book.
inn dah dapat tarikh untuk presentation kat UTHM nanti pada 16 Ogos 2011 (Selasa).
Perlu tabahkan hati kerana present di hadapan panel pada bulan puasa nanti.
Harap-harap la inn dapat "cuti" masa tu. hehe! :D





p.s: Moga dikurniakan kesihatan seperti sediakala. Amin Ya Rabbal Alamin.

Wednesday, January 26, 2011

Adakah Ia Suratan Atau Kebetulan...???

Salam dan hai semua. http://www.cute-smiley.com

.

.


.


Fuhhh... Fuhhhhh..... Fuhhhhhhh......
Mula-mula kita tiup dulu sawang labah-labah kat blog inn.
Maaf la inn dah lama tak update blog kesayangan inn ni.
inn baru je baik daripada demam + selsema + sakit tekak + batuk. http://www.cute-smiley.com
Memang pakej 4 in 1 laa. Kena sekali harung dalam satu masa.
Alhamdulillah, sekarang ni kesihatan inn semakin baik.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

. 26 Januari 2011 .

Ada apa dengan tarikh 26 Januari 2011?
Sebab... Ada banyak nombor yang chantek-chantek kat blog inn hari ni.



Adakah ia suatu SURATAN atau KEBETULAN?

.

.

.

1. Tickers Pelayaran + Kepulangan MyAlif




Hari ni genap la 2 bulan, 2 minggu, 2 hari MyAlif mencari rezeki di tengah lautan.
Walaupun kontrak kapal dia kali ni lebih lama daripada sebelumnya, tapi best sebab hari-hari boleh mesej + calling + MMS + melakukan aktiviti "memanaskan telinga".
Mungkin ini anugerah daripadaNya setelah inn berjaya mengharungi dugaan yang lepas.
Kini tinggal lagi 3 bulan, 2 minggu, 1 hari MyAlif akan pulang ke daratan.
Tapi inn takde la terlalu berharap sangat MyAlif akan on-time takut dia extand onboard je!





2. Followers blog ♥ innzchubby ♥




Alhamdulillah.......
Followers blog
innzchubby ♥ telah mencapai 333 orang.
Terima kasih kepada mereka yang sudi tinggalkan komen pada entry inn.
Dan, terima kasih juga kerna sudi berkongsi pengalaman dengan inn.





3. Usia Blog ♥ innzchubby ♥




Hari ini genap 1 tahun, 3 bulan, 3 minggu, 1 hari inn berblogging.
Terima kasih kepada mereka yang selalu menjenguk blog inn.
Walaupun inn tak update blog, tapi inn ada blogwalking as a silent reader.
inn sayang kamu semua!!!





4. Kisah Chenta, Kaseh & Sayang Aku dan Dia




Hari ini genap hari yang ke-969 ikatan kisah chenta, kaseh & sayang kami berdua.
Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerna inn dan MyAlif masih lagi bersama.
Mudah-mudahan jodoh antara kami berpanjangan hingga ke akhir hayat.
Kalau tiada apa-apa halangan, tidak lama lagi akan tiba "berita gembira" daripada inn.
Tapi, tak dapat dipastikan bilakah tarikhnya.
Kerna kita hanya merancang dan Allah jua yang menentukan segala-galanya.
Doakan yang terbaik buat diri inn dan MyAlif...


Amin Ya Rabbal Alamin.......





p/s: Tak sabar nak balik rumah Jumaat ni. Yey! Dapat cuti seminggu. (^___^)

Wednesday, April 28, 2010

Manusia sentiasa diuji. Hari ini, hari dia. Esok mungkin hari kita pula.

Salam dan hai semua.

.

.

.

Hari ni, inn nak share sesuatu yang agak sedih dan menyayat hati dengan anda semua.
Cerita ni inn terima daripada email yang telah di"forward"kan oleh rakan sekelas.

* Sila sediakan tisu untuk mengelap air mata anda!


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Kisah ini pun bermula.......
(Ini bukan kisah tentang diri inn. Sebab ada readers yang sebelum ni ingat ni kisah inn.)

.

.

.

Saya, Rohaiza bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan daripada pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah bte Mohamed Helmi yang berusia 3 bulan tidak sihat.


Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen disebabkan tali pusat sudah terkeluar.


Apabila doktor scan (MRI) otak anak saya, doktor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.


Kaki ini bagaikan tidak jejak ke Bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk menerima hakikat apa yang doktor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.


Selepas 3 minggu, saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi, kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.


Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca Yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak saya masih tidak boleh menelan.


2 minggu lepas, anak saya dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Ketika itu, keadaan anak saya terlalu lemah hingga menyebabkan doktor sukar untuk mencari urat anak saya. Pilihan kedua ialah memasukkan line hingga ke tulang.


Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari, kaki anak saya bengkak. Apabila doktor membuat x-ray, rupa-rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line. Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi lain kerana kesan kurangnya oksigen di otak. Tambahan pula, kaki kanan anak saya bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu. Bukan anak saya yang berusia 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan. Kaki pula bersimen.


Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas melahirkan anak, begitu besar ujiaan untuk anak saya. Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujiaan yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana DIA sayangkan saya dan anak saya.


Di kesempatan ini, saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan SOLAT HAJAT agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.


Andainya terlalu berat permintaan saya inin, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYA-ALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatan dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.


Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepada rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kasihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu; emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini, saya sertakan panduan solat hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah itu Maha Mendengar doa daripada hambaNya.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Solat Hajat


1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. Teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk. Insya-Allah, Allah akan makbulkan.





Ayat Kursi


Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum,

la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um,

lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi,

man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii,

ya’-lamu maa bayna aydiihim wamaa khal-fahum,

walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a,

wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha,

walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa,

wahuwal ‘aliy-yul azhim
.



. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Lihatlah gambar baby Hana yang sungguh menyayat hati ini.
Bagi sesiapa yang sudah bergelar ibu, pasti anda lebih merasakan kesedihan.



Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini, Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah!



Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad kanak-kanak. Tiba-tiba pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar dimasukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah, tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.



Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.



Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.

.

.

.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.


Mudah-mudahan, Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali selepas solat fardu dan solat hajat.


Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakkal. Amin.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Buat baby Hana...
Moga dirimu cepat sembuh dan sihat seperti baby yang lain.
Mudah-mudahan.


Buat Kak Rohaiza...
Moga akak tabah menempuhi segala ujian yang diberikan oleh Allah.
Percayalah,kak! Setiap ujian yang berlaku ke atas diri kita ini pasti ada hikmahnya.
Moga akak terus "KUAT" menempuhi dugaan ini. Insya-Allah.

.

.

.

Di kesempatan ini, inn sedekahkan Al-Fatihah buat baby Hana.



p/s: Kepada mereka yang ingin memberikan nasihat, pengalaman dan ilmu untuk dikongsikan bersama Kak Rohaiza (ibu kepada Baby Hana) ini, bolehlah emailkan di:

rozex_3056@yahoo.com.my

Thursday, March 4, 2010

Selsema oh selsema! Mengapakah engkau datang tiba-tiba?

Salam, semua.

Mood: Kurang sihat + terlalu RINDUKAN MyAlif~ :(

.

.

.
Align Center
Lepas solat Maghrib tadi, saya tertidur kerna kepenatan melakukan kerja-kerja eksperimen di Makmal Sistem Kuasa Elektrik. Macam-macam aksi saya lakukan. Duduk bersila la, mencangkung, buat itu, buat ini. Maaf! Tiada gambar ketika saya melakukan ketika melakukan eksperimen untuk dipertontonkan di sini.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Setelah dua jam tertidur, saya pun terjaga. Bangun-bangun terus je hidung saya ni rasa gatal-gatal. Mula la nak rasa bersin. Tapi, saya tahan je. Last-last, ambik kau!




Aaaachooommm!!!! Aaaachhhhoooommmm!!! Aaaachhhoooommmm!!!!!!!!! :(
Rasa bergema je bilik saya ni bila saya bersin tadi. Dah lama saya tak kena selsema yang teruk camni. Sampai meleleh air mata ni. Dah macam orang dok nangis je! Ni dok tarik-tarik hidung dan gosok-gosok mata. Bahu pun tetiba rasa lenguh-lenguh pula.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Tetibe teringat pesanan daripada MyAlif. Kalau selsema tu, sila sapukan vics pada hidung. Pastu bila dah sapu vics tu suruh saya terus berehat. Vics dah saya sapu pada hidung, tapi tak saya berehat lagi. Sekarang ni, tuala kecik wajib ada di sisi.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Okeh la. Saya dah tak larat lagi ni. Doakan moga saya cepat sembuh. Sabtu ni, saya ada kuiz Statistik. Hari Ahad pula, saya ada ujian (2) Statistik. Moga pada hari yang berkenaan, selsema saya dah ok dan saya dikurniakan kesihatan yang baik. Insya-Allah. Mudah-mudahan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...