TABUNG KAWEN LAGI

Showing posts with label UTHM. Show all posts
Showing posts with label UTHM. Show all posts

Saturday, November 5, 2011

Yey! Yey! Saya Dah Boleh Konvo... (^___^)



Alhamdulillah... Syukur sangat-sangat.
Setelah bertungkus-lumus minggu lepas, ulang-alik KKTU-FKEE.
Akhirnya usaha inn membuahkan hasilnya.

Akhirnya, Dekan FKEE meluluskan pengecualian kredit untuk subjek Teori Litar Elektrik.
Maka, dengan ini saya NUR FARIHIN BINTI WAHAB.....

.

.

.

drum rolls please!!!

.

.

.

QUALIFIED FOR GRADUATION :)


Divider Graphics


Alhamdulillah... Syukur, Ya Allah!!!
inn layak untuk PENGANUGERAHAN Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian.
Yey! inn dah boleh konvo tahun depan. (^___^)


Wahhh... Lagi 2 bulan, 2 minggu, 3 hari je lagi inn nak habis blaja.


Divider Graphics


Semester ni pun inn hanya ambil 2 subjek je!
Subjek "Engineers in Society" dan "Electrical Machine and Drives".
Mudah-mudahan inn boleh score semester ni dan dapat naikkan CGPA. Amin! :)



Sekarang ni, inn dah mula busy nak update resume dan apply kerja.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan inn untuk mendapatkan pekerjaan kelak.
Ya Allah, please shows me the way! insya-Allah.


Divider Graphics


Pre-Convo yang setahun awal. hihi~ :D


Sebenarnya jubah ni kteorang pinjam ex-rumate punya.
Sebab ex-rumate convo tahun ni dan kteorg pulak convo tahun depan.
Btw, kteorang tumpang la sekaki join dorang photoshoot untuk pre-convo.
At least, tahun depan kteorang tahu la camne nak lipat hud tu. hihi. :D
Takde la jadi caca-marba nanti kan kan kan? -_-


Divider Graphics


p.s: Bulan November/Disember musim untuk makan "nasi minyak". i liokeee! (^__^)


Friday, July 15, 2011

Syukur Alhamdulillah.......

Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat.

.

.

.

Alhamdulillah.......
Syukur kehadrat Illahi kerana ku masih lagi diberikan peluang untuk bernafas.




Alhamdulillah syukur kepadaMu kerana memulihkan kesihatan ku ini.
Hari ini inn kembali semula menjalankan tugas ke pejabat setelah 2 hari MC.


Pejam celik, pejam celik tinggal lagi 2 minggu praktikal inn akan berakhir.
Lepas ni inn kena bertungkus lumus menyiapkan...
Full report + proceeding paper + slide presentation + log book.
inn dah dapat tarikh untuk presentation kat UTHM nanti pada 16 Ogos 2011 (Selasa).
Perlu tabahkan hati kerana present di hadapan panel pada bulan puasa nanti.
Harap-harap la inn dapat "cuti" masa tu. hehe! :D





p.s: Moga dikurniakan kesihatan seperti sediakala. Amin Ya Rabbal Alamin.

Tuesday, February 22, 2011

Bila Dah Jadi Macam Ni... Barulah Rasa Betapa Pentingnya Ilmu & Kepakaran Untuk Menukar Tayar Kereta Sendiri...

Salam dan hai semua. http://www.cute-smiley.com

.

.

.

Wahhh!!! Tajuk entry kali ni memang sangat tak boleh blahhh kan?
Bak kata pepatah, bila dah terhantuk baru nak tergadah... hehe! :)

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Tu laa... Masa ambil lesen kereta dulu, tak nak bagi tumpuan bila instructor tu nak demo cara-cara untuk menukarkan tayar kereta.
Kan dah terkial-kial camne nak tukar tayar kereta tu. hehe! :D




Jom kita lihat si gadis elektrik belajar macam mana nak tukar tayar kereta. http://www.cute-smiley.com

.

.

.


Terima kasih kepada incik technician yang sudi menolong kami...



Wahhh!!! Tersenyum lebar ijah dan tini...
Dua-dua masih single & avalaible...
(^___^)



Eka dan Sheilla tengah tekun naikkan jet...



Eka (tuan punya kereta) rasa lega sangat bila tayar dah ditukar...



Adibah turut serta menolong untuk turunkan jet...


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

inn masih ingat lagi pengalaman menukarkan tayar kereta ayah masa semester lepas.
Tayar kereta jadi kempis disebabkan terpijak paku besar masa hantar inn balik asrama.
Dah la masa tukar tayar tu tengah panas-panas terik sampai berpeluh satu badan. http://www.cute-smiley.com
Bila dah jadi perkara camni, rasa pengalaman tukar tayar sangat-sangat la berguna.
Terutamanya buat kaum Hawa di luar sana tu.



http://www.cute-smiley.com





p/s: inn pun turut serta membantu si gadis elektrik tukar tayar kerata ni. Saja tak nak letak gambar. haha! :D

Wednesday, November 24, 2010

Final Ohh Final...

Salam dan hai semua.

MODE: FINAL EXAM

.

.

.


Pejam celik, pejam celik dah hujung semester 1 2010/2011.
Dan, tak lama lagi dah nak masuk tahun 2011 pulak.
Tetibe rasa excited sangat bila nak masuk tahun 2011.
Maybe sebab inn dah nak habis blaja kot.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

- Final Examination Schedule for Semester 1, Session 2010/2011 -

.

.

.





23 Nov 2010 (Tuesday)
Digital Communication (BEP 4113) @ 2.30 p.m.


24 Nov 2010 (Wednesday)
Hubungan Etnik (UMS 1122) @ 9.00 a.m.


26 Nov 2010 (Friday)
Engineering Mathematics 1 (BSM 1913) @ 3.00 p.m.


30 Nov 2010 (Tuesday)
Power Electronics (BEE 4113) @ 9.00 a.m.


9 Dec 2010 (Thursday)
Engineering Management (BPK 4023) @ 9.00 a.m.



Tak sabar nak tunggu habis final exam sem ni.
Insya-Allah, 10 Dec nanti dah boleh balik rumah.
Yey! Home sweet home @ Selayang ku sayang. :D

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

inn nak minta maaf banyak-banyak kalau inn ada buat silap dan salah.
Doakan moga inn boleh buat dan jawab final exam nanti tu ea.




Good luck and all the best to all my friends!!!





p/s: Tak sabar nak tunggu vacation bersama keluarga tercinta di Pulau Langkawi nanti.

Thursday, October 21, 2010

Masih lagi bukan rezeki buatku... Sabar la wahai hati~

Salam dan hai semua.

.

.

.

Petang tadi, inn ada test untuk subjek "Power Electronics".
Soklan yang kuar tu sama sebijik sejibon macam soklan latihan yang inn buat semalam.
Masa inn kira-kira tadi tu, inn rasa macam jawapan inn wat tu ada salah sket la.
Tapi, inn tak sempat la nak semak balik sebab masa dah tamat.
Sedihhhhhh nya!!! :( :( :(

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Rasa frust pun ada jugak! *tskkkk* :(
Tapi, inn dah buat yang terbaik tadi.
Sekurang-kurangnya, inn JUJUR ketika menjawab soklan.
Mungkin takde rezeki lagi untuk inn nak score high marks untuk subjek ni.
Takpe, masih ada peluang lagi untuk score masa final exam.



. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Bagi inn, setiap berlaku itu pasti ada hikmahnya!
Yang kita sendiri tak tahu.
Allah itu Maha Mengetahui apa yang TERBAIK buat hambaNya.




Namun begitu, inn tetap bersyukur kerna inn boleh buat dan jawab test tadi.


Monday, April 26, 2010

Entry yang ditaip dengan cepat bak sepantas kilat!!!

Salam dan hai semua readers!

.

.

.

Maaf la kalo sejak kebelakangan ni inn jarang hapdate ini belog.
Sebab..... Sekarang ni, inn tengah final exam la kengkawan.
Ni pun curi-curi masa je nak hapdet belog kesayangan ambo ni.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Petang ni, inn ada paper ENGINEERING STATISTICS.
Doakan moga inn bole jawap & wat exam tu nanti ea.
Moga inn dapat jawap dengan hati yang tenang & tak wat silly mistakes!


SUBJECT: ENGINEERING STATISTICS
CODE SUBJECT: BSM 2922
DATE: 26 APRIL 2010
DAY: MONDAY
TIME: 2.30 - 5.00 P.M.
VENUE: BLOCK F2 (TOP HALL)
SECTION: 2
LECTURER: MADAM HAJAH NAFISAH @ KAMARIAH BINTI HAJI MD. KAMARUDDIN
(Amboi! Panjangnya nama lecturer Statistik inn ni.)


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Kepada kengkawan yang lain, yang tengah final exam mode sekarang ni.


GOOD LUCK & ALL THE BEST!!!


Bila tengok kucing ni, teringat kucing inn kat rumah tu.



p/s: Entry ni ditaip tak sampai 10 minit. Tak sabar nak tunggu MyAlif pulang!!!

Thursday, April 22, 2010

Dup Dap Dup Dap... Jantung ku dah mula berdegup kencang!!!

Salam dan hai semua.

.

.

.

DUP DAP DUP DAP...

Jantung inn dah mula berdegup kencang!

Sebab.......

Esok (23 April 2010) akan bermula la 1st paper untuk final exam sem ni.


SUBJECT: APPLIED ELECTROMAGNETICS a.k.a EMG
CODE SUBJECT: BEE 3223
DATE: 23 APRIL 2010
DAY: FRIDAY
TIME: 8.30 - 11.30 A.M.
VENUE: BLOCK F2 (GROUND FLOOR HALL)
SECTION: 7
LECTURER: MADAM ELFARIZANIS BINTI BAHARUDIN

(Amboi! Siap btau section bape & nama lecturer skali tu. Terima kasih Pn Elfa sebab ajar saya EMG.)


Hurmmm... Ni pun inn dok tunggang terbalik study.
Kejap study chapter 3 la, pastu belek-belek chapter 2 pulak.
Agak-agak dah blur sket tengok chapter 5, tak pun chapter 4.
Then, kalo rasa dah bosan tu godek-godek lappy jap! Hihi.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Kat sini inn nak wish kat kengkawan yang tengah final exam sekarang ni.














Hopefully, inn tak tetido masa jawap exam nanti.
Moga sejarah tetido masa jawap exam ni tak berulang lagi!



. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Okeh la, masa pun nampaknya mencemburui.
Inn nak sambung study balik dan sempat la lagi nak cover mana-mana part untuk esok ni.
Hopefully, masa jawap exam nanti inn dipermudahkan dan jawap dengan hati yang tenang.
Adios!!! Babai. Salam.



p/s: Selalu call mak & ayah sebelum jawap exam.

Tuesday, April 6, 2010

Walaupun penat tetapi hati tetap rasa gembira.

Salam dan hai semua pembaca.

Mood: Walaupun penat tetapi hati tetap rasa gembira.

.

.

.


Whoaaaaa!!!!! Penatnya.
Tatkala ini, mata ku sudah pun mulai menunjukkan tanda-tanda untuk ke laut.
Bantal + katil + selimut & Mr. Teddy pun dah memanggil-manggil.
Tapi, saya masih semangat nak update blog.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Apa yang membuatkan saya rasa penat sangat ni?
Hari ni kelas saya ada lawatan sambil belajar ke Stesen Janaelektrik Sultan Iskandar.
Kami bertolak daripada UTHM dalam pukul 11 pagi.
Saya tak sangka yang pensyarah saya belanja makan tengahari tadi.
Dah la saya ambil nasi briyani + daging kambing masak kurma.
Itulah rezeki namanya. Terima kasih, prof!
Nanti saya belanja prof "nasi minyak" masa kenduri kawen saya. Hehe!

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Oh, saya memang sangat teruja bila sampai ke tempat lawatan tu okeh!
Yelah, selalu belajar tentang teori je kat dalam kelas.
Tapi, hari ni secara realitinya nampak bagaimana stesen janaelektrik ni berfungsi.


Selamat datang ke Stesen Janaelektrik Sultan Iskandar, Pasir Gudang.



Lihat wajahku, terserlah keterujaan ku itu!

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Sesudah sampai, kami semua diberikan taklimat.
Pastu, kami dibawa pusing-pusing kat dalam kawasan stesen janaelektrik ni.
Pegawai yang bertugas sangatlah peramah dan sentiasa tersenyum.



AWAS! Kawasan voltan tinggi sebanyak 132kV dan 275kV.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Sebelum pulang, saya dan beberapa orang rakan sempat mengambil gambar kenangan bersama pensyarah kami di hadapan pintu masuk Stesen Janaelektrik Sultan Iskandar, Pasir Gudang.


Dari kiri: Amir, Inn, Dibah, Kak Jaa, Ijah dan Prof. Madya Pang Che Fong.

.

.

.

Moga lawatan ini memberikan manfaat buat saya dan rakan sekelas.
Padahal dalam hati tu sebenarnya tak nak buat projek untuk subjek ni.
Tu yang gantikan dengan lawatan sambil belajar. Hehe! (^__^)

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Dan, apa yang membuatkan saya rasa gembira hari ni?


Tengok tu...
Tinggal lagi 2 minggu je MyAlif akan sign off.
Wah!! Tak sabarnya nak tunggu kepulangan si dia pujaan hati.
Paling tak sabar sekali, saya nak wat "surprise" untuk MyAlif.
Ku setia menanti kepulanganmu, sayang!

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Ok la, kawan-kawan.
Saya dah ngantuk ni.
Nak masuk tidur dulu ye.
Esok pagi-pagi ada kelas.
Babai. Salam.



p/s: Pasni perlu memikirkan bagaimana nak siapkan projek untuk subjek Digital Signal Processing dan projek robot untuk subjek Microprocessor & Microcontroller. Bila semua projek ni dah setel, boleh la balik rumah dengan hati yang tenang. Waaa... Tak sabarnya nak balik!

Wednesday, March 24, 2010

I'm SUPER DUPER BUSY right now!!!

Salam and hi guys!

.

.

.

ATTENTION PLEASE...!!!

I'm SUPER DUPER BUSY right now.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

This is because...
I have a lot of tests this week and next week.
Let's check out my test schedule.

.

.

.

25 March 2010 @ Thursday
Test 2 - Electrical Power System

26 March 2010 @ Friday
Test 2 - Digital Signal Processing

28 March 2010 @ Sunday
Test 1 - Economy Engineering and Entreperneurship

1 April 2010 @ Thursday
Test 2 - Microprocessor and Microcontroller

3 April 2010 @ Saturday
Test 2 -
Economy Engineering and Entreperneurship

5 April 2010 @ Monday
Test 2 - Applied Electromagnetics

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

I will try my very best.
Good luck and all the best to all my friends.
And, wish me best of luck!

Tuesday, March 23, 2010

Sanggup aku bangun pagi-pagi buta semata-mata nak tengok benda ni... Oh, sangat teruja okeh!

Salam dan hai semua~

.

.

.


Semalam pagi-pagi buta saya dah bangun.
Dalam pukul 4 pagi.
Motif bangun awal?
Sebab...
Ada lawatan ke Stesen Satelit Bumi di Kuantan.
Kalo tak, takde maknanya saya nak bangun pagi-pagi buta tu.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Punya la datang jauh-jauh.
Dari Batu Pahat ke Kuantan;
Semata-mata nak tengok benda alah ni.


Apa tu?
Kalo anda nak tahu, inilah dia Satelit KUA-2A.
Besarkan satelit ni?


Jom kita tengok perbezaan antara saya dengan satelit ni.
Jeng... Jeng... Jeng...

Wah! Keciknya saya jika nak dibandingkan dengan satelit ni.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Gambar kenangan sepanjang berada di Stesen Satelit Bumi.

Selamat datang ke Stesen Satelit Bumi Kuantan.


Terdapat beberapa jenis satelit yang pelbagai saiz.


Pertama kali saya menjejakkan kaki ke tempat ini.


Kenangan bersama Kak Jaa, Fizah dan Kak Ida.


Gambar kenangan bersama rakan sekelas sebelum pulang.
3BEE seksyen 7 memang best!


Pemandangan laut dari Stesen Satelit Bumi.
Saya suka LAUT!!! (^_^)

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Sebelum pulang semula ke UTHM;
Kami singgah makan tengahari dan solat di Teluk Chempedak.
Yey! Boleh jalan-jalan kat tepi pantai.
Rasa tenang je bila dapat dengar bunyi desiran ombak menghempas pantai sambil menghirup udara yang nyaman dan segar.
Oh, sangat mendamaikan jiwa!

Dah lama tak jalan-jalan kat tepi pantai.


Friendship forever!


Terima kasih kerna sudi susah senang bersama denganku.


I love this pic! (^_^)

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Walaupun penat, tapi saya rasa sangat hepi dan best!
Alangkah gembiranya hati kalo saya dapat singgah di Kemaman.
Kuantan dengan Kemaman tu dah tak jauh pun.
Kebetulan masa saya kat Kuantan tu, MyAlif ada kat Kemaman.
Kapal dia masuk port kejap untuk wat maintenance.
3 hari saya dapat mesej dan call dia. Suka! Suka! Suka!
Terasa penantian selama ni berbaloi-baloi.
Insya-Allah, bulan depan MyAlif akan sign off.
Ku setia menantikan dirimu, sayang!



p/s: Zura, i'm so sorry! Sebab tak dapat jumpa dengan kamu. Nanti kita jumpa tau!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...