TABUNG KAWEN LAGI

Showing posts with label Praktikal. Show all posts
Showing posts with label Praktikal. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday - Rezeki Ramadhan...



Alhamdulillah, Ya Allah!






p.s: Salam menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak.


Friday, July 15, 2011

Syukur Alhamdulillah.......

Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat.

.

.

.

Alhamdulillah.......
Syukur kehadrat Illahi kerana ku masih lagi diberikan peluang untuk bernafas.




Alhamdulillah syukur kepadaMu kerana memulihkan kesihatan ku ini.
Hari ini inn kembali semula menjalankan tugas ke pejabat setelah 2 hari MC.


Pejam celik, pejam celik tinggal lagi 2 minggu praktikal inn akan berakhir.
Lepas ni inn kena bertungkus lumus menyiapkan...
Full report + proceeding paper + slide presentation + log book.
inn dah dapat tarikh untuk presentation kat UTHM nanti pada 16 Ogos 2011 (Selasa).
Perlu tabahkan hati kerana present di hadapan panel pada bulan puasa nanti.
Harap-harap la inn dapat "cuti" masa tu. hehe! :D





p.s: Moga dikurniakan kesihatan seperti sediakala. Amin Ya Rabbal Alamin.

Friday, June 24, 2011

Apalah Nasib Diriku Ini....

Assalamualaikum dan hai semua.

.

.

.

Apalah nasibku di pagi hari Jumaat yang berbahagia ini...
Masa inn nak bayar tol kat highway DUKE tadi,
Boleh pulak wallet inn takde kat dalam handbag.
Apa lagi... inn dah jadi cuak la.
Elok-elok ceria, terus bertukar wajah.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Yelahhh... Mana tak cuaknya.
Lagi 100 meter nak sampai kat depan tol tu.
Baru inn perasan yang wallet tu betul-betul takde.
inn ingat nak bayar kat tol bayaran tunai tu.
Sebab duit dalam kad touch n go tu ada RM 2.60 je!
inn tak sempat nak reload kad touch n go tu tadi.
Tol kat DUKE tu RM 2.00.
Risau sangat takut tak lepas.
Alhamdullilah... Lepas jugak tadi.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Syabas Farihin... Anda telah memandu tanpa lesen dan IC.
Tadi rasa inn dah amek wallet kat atas meja tu.
Tak perasan pulak la leh tertinggal kat rumah ni.
Harap-harap la just tertinggal je!
Bukannya wallet tu tercicir kat mana-mana.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Mula-mula inn ingat dah nak patah balik.
Memandangkan akak yang satu ofis inn ni takde kunci lab,
inn just go on la ke tempat kerja tu.
Dah la ada lab pukul 9 pagi ni.
Now, tunggu akak yang dok kat lab tu datang.
Dan, lepas ni inn akan terus balik ke rumah.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Harap-harap la jalan kat MRR2 tu dah tak berapa nak jammed sangat.
Terpaksa la ikut MRR2 walaupun ikut DUKE lagi dekat.
Dan... Nasib baik la kereta ada minyak lagi.
Kalau tak......
Ada jugak yang kena tolak kereta pagi-pagi hari ni.
Dah la hari ni inn pakai jubah pergi kerja.
Tak macho langsung la kalau kena tolak kereta pakai jubah ni.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Ok la... akak tu pun dah sampai kat ofis ni.
inn nak siap-siap nak balik rumah.
Nasib baik la ofis tak jauh sangat dengan rumah.
Jarak ofis - rumah inn dalam 15-20 minit je!
Itupun kalau jalan tak jammed laa.
Harap-harap la tahan dengan pak polisi nanti.
Moga Allah mempermudahkan urusanku ini.
Amin Ya Rabbal Alamin.







p.s: Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Just think positive!

Monday, June 20, 2011

Rasa Bersemangat Nak Siapkan Kerja Ni...

Assalamualaikum dan hai semua...

.

.

.


Selalu nya kalau hari Isnin je, inn akan rasa Monday Blues.
Tapi, hari ni inn bersemangat sikit nak kerja.
Bersemangat la sangat... hehe! :D
Padahal nak siapkan projek student PhD ni.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Jom kita tengok apa yang inn bersemangat sangat nak siapkan tu...

.

.

.

Taraaaaa.......




Kalau sekali tengok, macam x-ray biasa-biasa je.
Cuba korang tengok betul-betul.
Peparu orang ni tak sama besar.
Satu kecil, satu besar.
inn dah lupa la nama penyakit orang ni.
Sebab terbelit lidah nak menyebutnya tu.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .




Gambar di atas ni menunjukkan scanned section daripada x-ray yang tadi tu.
Kiranya scanned section ni, keratan rentas x-ray tu la.
Yang telah dipotong-potong kepada beberapa imej.
Macam orang ni, scanned section dia daripada top to bottom.
Yang bermula daripada esophagus dan berakhir di lower lung.
Dah macam belajar subjek Biologi la pulak. hehe!


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .




Gambar pula dihasilkan daripada menggunakan software MATLAB.
Nasib baik la coding untuk programing ni, student PhD tu dah buat.
Sebab hari tu inn dah mabuk-mabuk dengan coding OpenGL programming.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .




Seterusnya... Bila dah siap hasilkan gambar kat MATLAB tu,
inn kena analisis yang gambar kat atas ni milik imej yang mana satu.
Kadang-kadang tu, berpinar jugak mata eden ni. hehe! :D
Dah la gambar hitam putih + nombor gambar tu pun lebih kurang je.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Ni baru CD1.
Ada lagi untuk CD2.
Moga inn dapat la siapkan secepat yang mungkin.





p.s: Tetiba rasa nak pergi buat x-ray la. Sejak dua menjak ni, inn selalu sakit dada.

Friday, June 10, 2011

Finally... Updated My Blog!!! (^___^)

Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat semua! (^___^)

.

.

.

...innzchubby in da house...

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Finally... Updated my blog!!! :)
Setelah sekian lama menghilang, kini cik inn menjelma semula.
Dah macam lirik lagu hari raya je bunyinya. hehe! :D

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Sekarang ni, baru laa free untuk update blog kesayangan inn ni.
Sebelum ni inn tak berkesempatan nak update blog.
inn selalu baca blog orang lain je as a silent reader.
Lagi satu, laptop inn buat hal hari tu.
Oleh itu, terpaksalah kena format.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Kini, inn tengah buat praktikal kat UTMKL.
inn kerja sebagai RA @ Research Assistant @ pembantu penyelidik.
inn kena design lung dalam bentuk 3D.
Lepas tu, kena guna OpenGL programming.
Ada sesiapa tak yang tahu pasal OpenGL programming ni?
Sebab OpenGL programming ni selalunya digunakan untuk buat game 3D.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Yang pastinya.......
Lepas ni banyak la entry inn yang tertunggak yang akan muncul.
Walaupun cerita tu dah agak basi, tapi inn tetap nak share jugak kat blog ni.
* dah ni blog aku, sukati aku la nak cite apa kan? ada aku kesah?

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Kalau nak tahu apa hot story mori tu, stay tune okeh! :D
insya-Allah, inn akan sedaya upaya untuk selalu update blog.
Moga cebisan kenangan itu akan menjadikan memori yang terindah.







p.s: Esok nak pergi ambil "berkat" pengantin lagi bersama MyAlif. (^___^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...