TABUNG KAWEN LAGI

Monday, May 24, 2010

Mari menyiapkan "kerja sekolah" yang diberikan.....

Salam dan hai semua.

.

.

.

Masa inn dok blogwalking tadi, inn telah di"tagged" oleh Kak EH la pulak.
Inilah "kerja sekolah" yang diberikan kepada inn untuk disiapkan. Hihi. :D
Jom layan jawapan "kerja sekolah" yang akan inn berikan.
Here we go!!!

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

1. How tall should he be?


MyAlif takde la tinggi sangat dan takde la rendah sangat. Yang sedang-sedang saja! inn rasa ketinggian dia sesuai je dengan inn. Kalo boleh, inn memang nak pilih lelaki yang tinggi sket daripada inn. Nanti boleh la dapat genetik anak yang tinggi-tinggi. Haha! :D



2. What hair should he have?

Of course, BLACK!!! His natural hair colour. Hitam tu kan menawan! :)



3. What kind of personality should he have?

I love his personality. He's PERFECT for me!



4. Older or younger?

Kami SEBAYA. Cuma MyAlif tua 3 bulan 1 minggu 1 hari je daripada inn. MyAlif lahir 12 Mei dan inn lahir 20 Ogos.



5. What film actor should he most be like?

"Adam in Adamaya". I love MyAlif so much!!!



6. What singer should he most be like?

Ada ke? Hihi. Nak MyAlif jadi penyanyi untuk inn sorang je.



7. Do they need to cook?

Tak perlu. Tunggu makanan untuk disuap je! Hihi.



8. What is his best body part?

All his body part.



9. What car should he drive?

Terpulang la kepada dia nak drive kete pape pun. inn tak kesah!



10. What one things completely turns you on?

I love his SMILE... (^___________^)



11. Who was the guy on your mind when you were doing this survey?

Of course, MyAlif!!!



12. Tag people to do this survey too.

Insan yang terpilih untuk membuat tag ini ialah...

Jeng... Jeng... Jeng...

.

.

.

Kak Elly

Kak Ryna

Kak Nani

G-hah

Teha

Zilot

Hani





p/s: Tak sabar nak tunggu balik rumah hari Khamis ni. Hujung minggu nanti, boleh berjumpa dengan chenta hati saya lagi sebelum dia naik kapal. Tak sabar nak wat surprise untuk dia nanti.

Saturday, May 22, 2010

Jom makan nasi minyak!!!

Salam dan hai semua.

.

.

.

Bulan 5 dan 6 ni, musim orang kawen.
inn banyak sangat terima undangan majlis kawen.
Kalo ikutkan, nak je inn gi semua kenduri kawen tu.
Maaf ye kalo inn tak dapat nak datang kenduri kawen tu nanti.
Dan, ini untuk reminder inn jugak!

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Jemputan kenduri kawen untuk bulan 5.


2 Mei 2010 (Ahad)

Anwar & Shiha @ Selayang
(Senior inn @ SMK Darul Ehsan)

=================================

9 Mei 2010 (Ahad)

Huda & Khairul @ Selayang
(My ex-classmate @ SK Bandar Baru Selayang)

=================================

16 Mei 2010 (Ahad)

ika & Asrul @ Kulai
(Geng chenta orang kapal)

=================================

30 Mei 2010 (Ahad)

Zaza & Hafez @ Gombak
(Geng chenta orang kapal)

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Jemputan kenduri kawen untuk bulan 6.


5 Jun 2010 (Sabtu)
* ada 5 jemputan pada hari yang sama.

Mila & Shah @ Penang
(Toiletmate inn @ UTMKL)



Nisak & Kimi @ Arau
(Senior inn @ MRSM Lenggong)



Haiyu & Azhar @ Alor Setar
(Kakak kepada kawan inn @ UTHM)




Risma & Azmim @ Parit Buntar
(Geng chenta orang kapal)



Ain Husna & Syahril @ Ipoh
(Geng chenta orang kapal)


=================================

6 Jun 2010 (Ahad)
* ada 7 jemputan pada hari yang sama. (paling banyak!!!)


Manzur & Rozana @ Port Dickson
(Geng chenta orang kapal)




Nizam & Azian @ Selayang
(Senior inn @ SMK Darul Ehsan)




Haura & Firdaus @ Batu Pahat
(Kenduri sebelah wife my classmate @ UTHM)




Jalina & Isairi @ Kepong
(Senior inn @ SMK Darul Ehsan)




Nadia & pasangannya @ Gerik
(My ex-classmate @ MRSM Lenggong)




Halim & Hayati @ Parit Buntar
(Abang kepada kawan inn @ UTHM)




Suraya & Zulkifly @ Batang Kali
(Senior inn @ SMK Darul Ehsan)


=================================

8 Jun 2010 (Selasa)

Zaharah & pasangannya @ Kuala Nerang
(Sepupu inn @ sebelah ayah)


=================================

12 Jun 2010 (Sabtu)
* ada 3 jemputan pada hari yang sama.


Firdaus & Haura @ Kuala Terengganu
(My classmate @ UTHM)




Farhana & pasangannya @ Selayang
(Kakak kepada kawan inn @ SMK Darul Ehsan)




Liya & Zack @ Kuala Kangsar
(Kenduri sebelah wife senior inn @ MRSM Lenggong)


=================================

13 Jun 2010 (Ahad)
* ada 2 jemputan pada hari yang sama.



Shaharizan & Sakinah @ Seremban
(Abang kepada kawan inn @ UTHM)




Herman & Shafidah @ Sungai Petani
(Sepupu emak inn @ sebelah opah)


=================================

27 Jun 2010 (Ahad)
* ada 2 jemputan pada hari yang sama.



Azlin & pasangannya @ Kluang
(My ex-classmate @ UTMKL)



Puziah & Shafie @ Melaka
(Kenalan blogger)

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Wah!!! Memang ramai sungguh orang mendirikan masjid.
inn nak minta maaf sekiranya inn tak dapat nak datang kenduri kawen tu nanti.
Terima kasih tak terhingga atas jemputan undangan majlis perkahwinan ini.
inn doakan moga ikatan perkahwinan kalian akan berkekalan buat selama-lamanya.
Amin!



p/s: Lagi 2 sem dah nak habis blaja. Mak cakap habis blaja dulu, nanti baru boleh kawen. Yey!!!

Wednesday, May 19, 2010

Berkongsi kegembiraan setelah bergelar seorang bapa...

Salam dan hai semua.

.

.

.

innzchubby in da house!!!
Wah!!! Dah lama inn tak menulis kat belog kesayangan ni.
Sebenarnya, ada macam-macam cerita yang inn nak kongsikan bersama.
Tapi, asyik terbantut je niat inn nak update ini belog.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


8 Mei yang lepas, inn gi tengok baby my ex-classmate, Amir Afham.
inn dengan Amir tu dulu, 1 kelas masa blaja kat SMK Darul Ehsan.
Tak sangka la pulak yang Amir tu pun kawan kepada MyAlif.
Tetibe terasa dunia ni kecik je! :D


Amir baru je kawen tahun lepas.
Rasa cam baru semalam je inn gi kenduri kawen dia.


Pic ni masa kenduri kawen Amir pada 25 Julai 2009 @ Taman Selayang.


Alhamdulillah...
Rezeki mereka dapat baby boy tahun ni.
Tanggal 21 April 2010, Amir telah bergelar sebagai seorang bapa.
Baby tersebut diberi nama Muhammad Naqiuddin bin Amir Afham.
Wife Amir lahirkan baby tu secara c-sect sebab baby songsang.
Alhamdulillah, kedua-duanya selamat.


Congratz to Amir & Puteri. =D


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


inn la yang jadi ketua rombongan gi rumah Amir aritu untuk tengok baby dia.
Kawan-kawan yang join skali ikut ada laa dekat 10 orang.
Dan, yang paling best skali bila MyAlif pun ada join skali.


Dah la ni 1st time inn dan MyAlif jumpa untuk tahun 2010.
Dia datang jemput inn kat rumah. So surprise!!!
inn sangat-sangat terkejut bila dia dah terpacak kat depan gate.
Dengan slumber nya, adik pompuan inn tegur MyAlif.

"Hai, abang ipar! Nak kuar dating dengan Kak Long ye..."

MyAlif pun dah malu-malu kucing bila adik inn cakap camtu kat dia.
Sempat la jugak dia jumpa dengan my parents.
Tapi, masa tu family inn nak gi Kota Bharu.
So, takde la lama sangat jumpa.


Sebelum nak gi rumah Amir tu, inn ajak MyAlif gi beli hamper kat Anakku.
Pastu, kumpul dengan kawan-kawan yang lain kat parking Stadium MPS.
Dalam pukul 3 petang camtu, kteorg gerak secara konvoi gi rumah Amir.
Bila dah lama tak jumpa dengan kawan-kawan, macam-macam la kuar cite.
Itu laa. Ini laa. Hal isu semasa. Gossip!!! :P


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Tak sah belog innzchubby ni kalo takde gegambo menarik untuk ditatap....
Jom layan!!!!! Enjoiceeee.... :D


My BFF, Fatin Filzah Mohd Sabri since we were in primary school.


Baby lahir sama tarikh dengan Uncle Syukri laa @ 21 April.


Tengah practice pegang baby ea, Atin...


I like this pic!!!


Gaya seorang "walid" memegang anaknya.


Amir with his wife & baby.


Gambar kenangan di depan rumah Amir sebelum pulang.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Masa dah nak balik tu, boleh pulak si Atin ni excited nak inn & MyAlif tangkap gambar berdua.
inn pun layan je laa. Nasib baik la, MyAlif pun spoting.
Maka, terhasil la gambar di bawah ini.
Kalo tak, memang takde pic kteorg bersama pun.
Credit to Fatin Filzah Mohd Sabri.


Ini dia chenta hati saya...
Dua-dua dah makin chubby. Pipi pun makin TEMBAM.



I really love this pic!
Sampai jadikan pic ni sebagai profile pic kat fb.



Bila mata bertentang mata.
Dari MATA turunlah ke HATI... :D




p/s: Banyak sangat surprise yang B wat untuk ayg. I love you! Thanks for everything, dear!

Wednesday, May 12, 2010

Selamat Ulangtahun Sayang!!!

Salam dan hai semua!

.

.

.

Pertama skali, inn nak minta maaf sangat2.
Sebab dah lama tak update blog kesayangan ni.
Sampai ada yang bertanya bila inn nak update blog.
Lepas abes exam hari tu, inn terus balik rumah kat KL.
Terdapat beberapa urusan keluarga yang perlu diselesaikan.
Dan, sempat bertemu dengan kekasih hati setelah 5 bulan tak jumpa.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Kek ni sekadar gambar hiasan je... [sumber: pakcik Google]



Happy Birthday To You...
Happy Birthday To You...
Happy Birthday To My Sayang...
Happy Birthday To You...







HAPPY 23rd BIRTHDAY, SAYANG!!!
(12 MAY 1987 - 12 MAY 2010)

. ALIF BIN ABU BAKAR .


Selamat ulangtahun sayang!!!
Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Moga segala yang diimpikan akan menjadi kenyataan.
Kerja baik-baik dan jaga diri elok-elok.


Moga Allah merahmati dan memberkati cinta dan kasih sayang antara kita.
Mudah-mudahan, impian kita untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti. Amin!
Terima kasih atas segala-galanya.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Di kesempatan ini, inn nak tujukan lagu SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG buat MyAlif.






p/s: Sayang, jom makan steamboat!!! :D

Tuesday, May 4, 2010

Yey! Esok dah last paper... Lepas tu, boleh la otak ku ini BEREHAT seketika daripada memikirkan tentang ELEKTRIK~

Salam dan hai semua readers!

.

.

.


Maaf la kalo ada yang ternanti-nanti entry terbaru daripada inn.
inn sangat-sangat bizi sekarang ni.
Ni pun curi-curi masa untuk hapdet blog kesayangan.
Sebab final exam inn berderet pada Isnin, Selasa dan Rabu.
Yey! Yey! Esok dah last paper. :D :D :D
Pastu, dah boleh kemas-kemas bilik.
Insya-Allah, Khamis ni balik rumah.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Oh, ye! Chenta hati saya sudah selamat pulang.
Mode: Hati sedang berbunga-bunga. (^____^)
Gembiranya rasa hati ku ini!!! :D :D :D
Boleh berjumpa dengan MyAlif hujung minggu ni.
Setelah 5 bulan inn tak jumpa dengan MyAlif.

.

.

.


HAPPY HOMECOMING, SAYANG!!!


Pic ni MyAlif snap daripada laptop dia masa tengah gayut dengan inn.



Bon voyage, Setia Azam!
Terima kasih kerna memulangkan chenta hati saya.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Insya-Allah, kalo takde pape halangan;
Hari Sabtu ni, nak ajak MyAlif gi tengok baby my ex-classmate.
Oh!!! Datang amek berkat untuk jadi mama & papa nanti. Hehe! :D
Pada sebelah malamnya pula, akan bertemu dengan geng-geng "senasib".
Insya-Allah! Lagipun, tak penah jumpa dengan dorang lagi.
Selalu jumpa kat alam maya je!



p/s: Kepada mereka yang ada tagged inn, nanti inn jawap ye! Kepada yang ada bagi award kat inn, thanks a lot especially to Kak Ryna. Sayang kamu semua! :D :D :D

Saturday, May 1, 2010

Sudah bertukar status kepada tunangan orang...

Salam dan hai semua.

.

.

.

Di kesempatan ini, inn nak ucapkan.....

* pic inn amek dari fb ikhwan.


Yang melangsungkan majlis pertunangan pada hari ini, 1 Mei 2010.
Mereka ni dah lama couple since 2005 lagi. Lama kan?
Perkara yang baik tak elok dilambat-lambatkan.
inn doakan moga jodoh antara iqa & ikhwan akan berkekalan. Amin!
Untuk makluman, iqa & ikhwan ni merupakan geng chenta orang kapal.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

iqa, lalink~
I'm so sowy, dear! :(
inn tak dapat datang majlis pertunangan iqa hari ni.
Sebab inn ada tengah final exam. Rabu ni baru abes exam.
Insya-Allah, kenduri kawen iqa nanti inn datang okeh!
Sekarang ni, iqa dah bertukar status kepada tunangan orang.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Kepada pasangan ini, bila pulak korang nak bertunang?
Dan, seterusnya melangsungkan majlis perkahwinan.



Asyik gi kenduri kawen orang lain je.
Kenduri kawen sendiri bila lagi ye?
Tak abes2 nak amek berkat pengantin je!
Hihihi~ :D
Nak jugak merasa makan nasi minyak daripada pasangan ni kan?
Insya-Allah, tak lama lagi dah tu. Mudah-mudahan.
Doakan moga jodoh antara kami berkekalan.
Amin Ya Rabbal Alamin!



p/s: Sungguh banyak jemputan kenduri kawen pada bulan Mei dan Jun ni. Siap dah tanda kat kalendar tu. Plan nak gi yang mana satu nanti.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...