NO MATTER HOW FAR'S THE DISTANCE, HOW TOUGH'S THE JOURNEY, I'LL STILL BE THERE FOR YOU.
TABUNG KAWEN LAGI
Showing posts with label Setia. Show all posts
Showing posts with label Setia. Show all posts
Friday, September 21, 2012
Terima Kasih Ya Allah... Walaupun Kesempatan Itu Hanya Seketika...
Wednesday, September 19, 2012
Ku Setia Menanti Kepulanganmu.....
Wednesday, October 26, 2011
Biarpun Hanya Seketika... Hati Ini Rasa Sungguh Bahagia...
[Sumber: Pakcik Google]Wahhh... Hari ni pagi-pagi lagi saya dah tersenyum sampai ke telinga.
(^____________________________^)
Nak tahu sebab apa.......???
.
.
.
.
.
.
.
Date: 26 October 2011
Time: 07:38
Type: Received Call
Duration: 7:08
♥ Mr. Right ♥
Terima kasih, Ya Allah.......
Biarpun hanya seketika, tetapi hati ini rasa sungguh bahagia.
p.s: Saya rasa lega sangat sebab dah sharing pasal "benda" tu tadi kat awak. :)
Labels:
Chenta,
Hati,
Kebesaran Illahi,
Kenangan Terindah,
Kepulanganmu,
MyAlif,
Myself,
Rindu,
Sayang,
Setia
Tuesday, October 25, 2011
Ku Relakan Pemergianmu Ke Tengah Lautan Demi Masa Depan Kita Bersama...

Awak...
Hari ni genap 10 hari awak belayar ke tengah lautan.
Dan, hari ni jugalah genap 10 hari saya tak mendengar sebarang khabar berita daripada awak.
Tiada panggilan telefon, tiada email, tiada mesej.
Saya sentiasa doakan agar awak sentiasa sihat slalu di atas kapal tu.
Awak...
Saya rasa, saya semakin tabah menempuhi dugaan hidup ini.
Walaupun awak jauh di mata saya, tetap percayalah awak senantiasa di hati saya.
Mungkin saat kita tidak dapat berhubung selama 2 bulan dulu menjadikan saya semakin tabah.
Sebab itulah saya lebih suka mendiamkan diri pabila orang lain bertanyakan tentang diri awak.
Awak...
Saya rasa bersyukur sangat yang awak dapat naik kapal pada bulan ni.
Dah lama sangat awak bercuti di rumah.
5 bulan seminggu! Ini la rekod paling lama awak bercuti.
Gigih kan saya slalu kira-kira dah berapa lama awak onboard, awak sign off.
Walaupun 5 bulan awak cuti, rasanya boleh dibilang dengan jari saja berapa kali kita jumpa.
Awak...
Saya nak awak tahu yang saya merelakan setiap kali pemergian awak ke tengah lautan demi mencari rezeki untuk keluarga tersayang. Awak kan anak yang sulung.
Hati mana yang tak sedih tatkala orang yang kita sayang itu berjauhan dengan kita.
Saya masih ingat lagi yang pagi tu (15/10/2011) hari yang awak dah nak onboard.
Saya tak tido sebab nak kejutkan awak bangun daripada tido.
Saya takut awak ditinggalkan oleh ejen nanti. Yelah, ejen kan nak datang ambil awak pada pukul 5 pagi.
Sebab tu la saya sanggup tak tido malam tu walaupun ada rasa mengantuk.
Lepas awak btau yang awak dah siap-siap nak tunggu ejen, baru la saya tido.
Awak...
Malam tu saya cuba call awak.
Tapi, hanya suara operator je yang jawap.
Mulai saat itu, saya btau hati saya yang saya perlu tabahkan hati.
Mungkin peristiwa 2 bulan tak dapat berhubung dengan awak bakal terjadi lagi.
Awak...
Kadangkala saya rasa, saya lebih suka awak naik kapal tanker walaupun awak terpaksa belayar selama 6-7 bulan. Tapi, kita hari-hari dapat contact. Boleh call, boleh mesej.
Sekarang ni, awak dah naik kapal offshore. Awak belayar kejap je. Dalam 2-3 bulan camtu.
Tapi, kita susah sangat nak berhubung. Tak boleh nak call, tak boleh nak mesej. :(
Saya anggap ini semua dugaan yang perlu saya tempuhi jika saya inginkan awak menjadi teman hidup saya.
Awak...
Saya rasa, awak lagi tabah daripada saya.
Kalau saya sedih, saya masih lagi ada family saya, BFF saya untuk hiburkan kembali hati saya ni.
Sedangkan awak, takde sesape kat atas kapal tu. Melainkan crew kapal yang lain je!
Dah la awak tak dapat nak contact dengan family awak, tak dapat nak contact dengan saya.
So, kalau awak ada masalah... Awak, terpaksa simpan sorang-sorang je kat dalam hati tu.
Awak pun kena tabahkan hati juga tau!
Awak...
Walaupun jarak memisahkan kita, tapi awak slalu dekat di hati saya.
Saya akan setia menanti kepulangan awak! Itu janji saya.

" Kini kau bersayap, pergilah terbang.
Rentaslah langit cita-cita mu.
Harap nanti kita 'kan bertemu.
Janganlah engkau tak terbang pulang.
Ku nanti penuh kerinduan.
Selamat tinggal, selamat jalan. "
Harap nanti kita 'kan bertemu.
Janganlah engkau tak terbang pulang.
Ku nanti penuh kerinduan.
Selamat tinggal, selamat jalan. "
p.s: Banyaknya stori-mori yang saya nak cerita kat awak ni. :)
Monday, May 2, 2011
Menghitung Hari... Saat Dua Insan Yang Terpisah Akan Bertemu Semula...
Assalamualaikum dan hai semua!
.
.
.
Fuhhh... Fuhhhh... Fuhhhhh... Mula-mula kita tiup dulu habuk kat belog ni.
Wahhh!!! Dah bersawang labah-labah kat blog ni sebab dah 5 minggu inn tak update blog.
Walaupun inn tak update blog, inn selalu je singgah kat blog u'olls sebagai silent reader.
Ni pun inn curi-curi masa study untuk update blog kesayangan.
. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Pejam celik, pejam celik.
Tinggal seminggu sehari je lagi MyAlif nak sign off.
Itupun kalau si dia ada pengganti laa.
Kalau takde pengganti, duduk la kat atas kapal tu.
. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .
Dah hampir 6 bulan si dia mencari rezeki di tengah lautan tu.
Cepat betul masa tu berlalu pergi. Sungguh tak terasa!
MyAlif naik kapal hari tu pada 10 November 2010.
Kalau ikutkan, dia dah boleh off 10 Mei 2011.
Tapi, sampai sekarang ni tak tahu lagi bila dia akan off.
. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .
Harap-harap la dia off sebelum inn mula praktikal pada 23 Mei nanti.
inn teringin sangat nak ambil dia kat airport nanti untuk pertama kali.
Tak sangka kan dah setengah tahun inn tak jumpa dengan dia.
Cuma calling, mesej dan MMS je sebagai pengubat rindu.
. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .
Rasa bersyukur sangat-sangat walaupun dia onboard 6 bulan;
Tapi hari-hari inn boleh dengar suara dia, mesej dia, gayut lama-lama.
Berbanding dengan kapal yang sebelum ni, walaupun dia onboard dalam 2-3 bulan;
Tapi, kapal dia jarang sangat masuk port sebab tu kapal offshore.
Kalau seminggu sekali dapat contact dia pun dah kira baik.
Paling lama inn tak dapat nak contact dengan dia pun 2 bulan.
Hanya Allah saja yang tahu apa yang inn rasa masa tu.
. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .
inn tak sabar nak habiskan last paper jumaat ni.
Dah la minggu ni 3 paper sederet.
Semua paper tu subjek elektrik.
Rabu, Khamis, Jumaat. Memang mantoppp!!!
Lepas tu bertungkus-lumus pulak untuk siapkan tesis.
Siap je tesis, boleh la inn cuti kejap sebelum memulakan praktikal nanti.
* . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .
Dup dap, dup dap... Dup dap, dup dap...
Rasa berdebar nak jumpa MyAlif untuk pertama kali di tahun 2011 ni.
12 Mei ni birthday dia yang ke-24. 2 Jun nanti, 3rd anniversary kami.
inn dah rancang sesuatu untuk si dia sebagai kejutan. Surprise!!! :)
I really miss you!!!p.s: Tak sabar menanti saat "indah" itu kan tiba. (^___^)
Labels:
Chenta,
Kenangan Terindah,
Kepulanganmu,
MyAlif,
Myself,
Rindu,
Setia
Monday, March 21, 2011
Wahhh!!! Tinggal 50 hari je lagi ni...
Assalamualaikum dan hai semua.
.
.
.
Wahhh... Hampir dua minggu inn tak menconteng dekat belog kesayangan ni.
inn tersangatlah bz dengan pelbagai aktiviti pada hujung minggu.
Kejap ada kat KL, kejap ada kat Kedah, kejap ada kat Johor.
Kalau nak jumpa inn pada hujung minggu, sila buat appointment ye!
Dah macam YB je inn ni kan kan? haha! :D
. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Pejam celik, pejam celik.
Tinggal lagi 50 hari lagi MyAlif dah nak sign off.
Tapi, tak leh nak berharap sangat la yang dia akan sign off tepat pada waktunya.
Itupun kalau ada krew kapal yang gantikan tempat dia.
Kalau tak, makin lama la MyAlif akan berada kat atas kapal tu.
Rekod paling lama MyAlif pernah onboard selama 7 bulan.
His latest picture... I really miss you, my dear! :(Bila difikirkan balik, rasa berdebar pun ada jugak.
Yelah, ni first time inn nak jumpa dengan MyAlif untuk tahun 2011.
Dah macam first date inn jumpa dia je masa 3 tahun yang lepas.
Mungkin sebab dah lama kteorang tak jumpa;
Setiap kali nak jumpa mesti rasa berdebar.
Tapi, inn rasa sangat best!!! (^___^)
. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .
Alif sayang,
Nur Farihin akan tetap setia menanti kepulanganmu...
Nur Farihin rindu sangat-sangat kat Alif tau!!!
Kalau 130 hari Nur Farihin boleh tunggu;
Takkan 50 hari lagi Nur Farihin tak boleh tunggu Alif kan?
"Aku tahu bahawa penantianku selama ini bukanlah sesuatu penantian yang sia-sia. Segala kepahitan itu akan berakhir dengan kemanisan."
Sesungguhnya Allah itu sentiasa bersabar dengan orang yang bersabar...
p/s: Bulan 5 ni, birthday MyAlif. Nak bagi apa ye kat dia nanti? Any idea?
Tuesday, March 8, 2011
1 0 1 0 days!!!
Assalamualaikum dan hai semua.
.
.
.
Alhamdulillah... Syukur!!!

1010 days
since Nur Farihin and Alif have been together!
. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .
Pejam celik, pejam celik.
Tak sangka yang hubungan kami ini telah menjangkau selama 1010 hari.
Dalam setahun pun, boleh dibilang dengan jari je berapa kali kami jumpa.
Percintaan Jarak Jauh (PJJ) ni memang banyak dugaannya.
Tak semua orang sanggup dan berjaya menempuhinya.
Ya, hanya mereka yang TERPILIH sahaja!
inn selalu berdoa agar diberi kekuatan dan tabah dalam menempuhi segala rintangan.
Ya Allah, Ya Tuhanku...
Seandainya dia adalah jodohku, Ya Allah.
KAU bukakanlah hati dia, Ya Allah untuk menerimaku, Ya Allah.
KAU dekatkanlah hati dia dengan hatiku, Ya Allah.
KAU permudahkanlah jodohku dengan dia, Ya Allah serta KAU satukanlah kami, Ya Allah dalam satu ikatan suci, Ya Allah iaitu ikatan perkahwinan.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...
Seandainya dia bukan jodohku, Ya Allah.
KAU kurniakanlah padaku ketenangan dalam menerima ketentuan yang telah KAU tetapkan untuk diriku di atas muka bumi ini, Ya Allah.
Dan aku mohon padaMu, Ya Allah...
KAU pertemukanlah aku dengan insan yang benar-benar ikhlas boleh menerimaku dengan seadanya aku, Ya Allah.
Taat akan perintahMu, Ya Allah serta mampu untuk membimbing keluarga yang bakal bersatu nanti ke jalan yang KAU redhai.
Amin Ya Rabbal Alamin...
Credit : Halaqah
. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .
Doa Pendekat Jodoh

.
.
.
.
.
Doa Putus Cinta (Mengatasi Kekecewaan)

Credit : MyJodoh Web Blog
Labels:
Chenta,
Doa,
Hati,
Kawen,
Kebesaran Illahi,
Kenangan Terindah,
Motivation,
MyAlif,
Myself,
Rindu,
Sayang,
Setia
Wednesday, March 2, 2011
Happy 33rd Monthsary, sayang!!! (^___^)
Assalamualaikum dan hai semua.
Mode : Jiwang + rindu.
(Sekiranya anda TAK SUKA, sila klik X. Harap maklum!)
Mode : Jiwang + rindu.
(Sekiranya anda TAK SUKA, sila klik X. Harap maklum!)
.
.
.
Hari ni genap seminggu Ayg tak dengar khabar berita daripada B.
Walaupun Ayg tahu ada line untuk mesej dan calling B;
Tapi B tak dapat nak reply mesej dan jawab call Ayg.
Ayg tahu yang kapal B kat Singapore lagi.
Sebab tu B tak contact Ayg lagi kan kan?
. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .
B dah pesan kat Ayg hari tu yang kapal akan ada inspection.
Oleh itu, makin lama laa B akan berada kat Singapore tu.
B syg, Ayg ada banyak cerita nak btau kat B tau!!!
Moga Ayg tabah dan kuat menghadapi dugaan ini.
Kalau dulu, 2 bulan Ayg boleh "kuat" menghadapi dugaan seperti ini;
Kenapa tidak sekarang? Be strong, Nur Farihin!!!
. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .
My Dear, ALIF.....
Happy 33rd monthsary, sayang!!!
.
.
.
Ayg tujukan lagu ni khas untuk B.
. Sedetik Lebih by Anuar Zain .






. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .
Bila kita berjauhan...
Kita akan belajar...
.
.
.
ERTI PENGORBANAN
ERTI KESETIAAN
ERTI KEJUJURAN
ERTI KEPERCAYAAN
ERTI KEIKHLASAN
Rindu itu adalah satu anugerah!!!
"Hanya yang mengalami, yang akan memahami."
p/s: i will wait for you, syg! You will always remain in my heart.
Labels:
Chenta,
Doa,
Hati,
Kenangan Terindah,
Kepulanganmu,
MyAlif,
Myself,
Rindu,
Sayang,
Setia
Wednesday, February 9, 2011
Hai... Boleh berkenalan? Awak tak kenal saya ke?
Salam dan hai semua.
.
.
.
♫♪♫♪♫ Sekuntum mawar merah sebuah puisi...
Untuk gadis pilihan oh... di bulan Februari... ♫♪♫♪♫
Pejam celik, pejam celik maka berakhir laa sudah bulan Januari.
Kini, dah masuk pun minggu kedua bagi bulan Februari.
Tak sabar nak tunggu MyAlif sign off nanti. (^___^)
. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .
Tiba-tiba inn teringat satu peristiwa yang membuatkan inn tersenyum.
Peristiwa ni berlaku antara inn dan MyAlif pada 3 Februari yang lepas.
Masa tu kapal MyAlif tengah anchor kat Singapore.
Memang menjadi kebiasaan apabila kapal berada di Singapore;
Kami akan jarang contact walaupun dapat line untuk berhubung.
Nak tahu sebab apa...???
.
.
.
Sebab.......
. Mesej .
inn >> 1 mesej = 20sen
MyAlif >> 1 mesej = RM1
. Call .
inn >> 1 minit = 50sen
MyAlif >> 1 minit = RM8
* kredit MyAlif kena tolak walaupun inn yang call dia.
Kesian betul dengan MyAlif.
Kadangkala cakap tak sampai seminit pun.
Itupun inn dah bersyukur sangat-sangat.
. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .
Berbalik kepada peristiwa yang membuatkan inn tersenyum tadi tu;
Ketika tu inn temankan mak dan ayah untuk berubat penyakit gout ayah.
Nak dijadikan cerita, inn buat mode silent kat HP dan letak kat dalam handbag.
Tiba-tiba tergerak hati la nak tengok HP inn tu.
Mana la tau kot-kot ada orang call @ mesej inn.
Memang betul gerak hati inn tu.
inn dapat 2 mesej daripada nombor yang tak dikenali.
From: +6584144***
Hye.. bole bkenalan...
From: +6584144***
Awk bizi ke?
Bila inn terima mesej tu, bermain la dalam fikiran inn.
Siapa la kawan inn yang tinggal kat Singapore tu je nak mesej inn.
Sebab bila tengok nombor tu mula dengan +658.
Pastu, inn pun reply...
.
.
.
"Salam.. maaf, saya tak kenal awk.."
Boleh pulak orang tu mesej inn camni.
.
.
.
From: +6584144***
Urm? xkenal? awk ni inn kan?
Tersentap la jugak jantung inn ni bila orang tu tau ni nombor HP inn.
Dalam hati dok kata, "sape la yang gatai dok jaja nombor aku ni?".
Dengan perasaan tak puas hati, inn memang nak tau dari mana orang tu dapat nombor inn ni.
"Boleh sy tahu awk ni siapa? urm.. dari mana awk dpt no sy ni?"
From: +6584144***
Sy alif.. bole x kte bkawan?
ALIF...???
Adakah orang ni MyAlif? Biar betul ni...???
Takkan la Aliff Aziz pulak yang dok mesej inn. haha! :D
Untuk memastikan orang tu betul-betul MyAlif;
Lalu inn pun reply la mesej dia tu.
"Kalo awk ni btl2 alif yg sy knl, bape no ic awk? n ble tarikh bday sy?"
Dengan confidentnya orang tu reply mesej inn.
.
.
.
From: +6584144***
87051214****.. birthday awk 20 ogos 1987.. hehe.. btul x..
. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .
Oh, yes! You are trully, my dear. (^___^)
Kenapa la u nakal sangat kacau i guna simkad singapore ni?
Kantoi laa, u rindu giler kat i kan kan kan? Cepat ngaku! ngeeeee~ :D :D :D
Nanti kalau u dah off, i geletek-geletek sampai u tak cukup nafas nanti baru tau!
Tadi masa inn check fb, ternampak pic terbaru MyAlif kat fb Nanie.
Nanie ni cadet yang tengah buat praktikal dan kebetulan 1 kapal dengan MyAlif.
Cik Nanie, inn minta izin la ea sebab "grab" beberapa keping gambar MyAlif kat fb.
.
.
.
B, u nampak dah kurus sket laa... (^___^)
Wahhh! Baju u yang paling kotor skali la, cayang.i tau yang u keje kuat sangat untuk "kita".
Kalau nak tahu, tu la dia cik Nanie yang merupakan satu-satunya bunga kat atas kapal tu.i really really miss u damn much!!!
p/s: Hanya yang mengalami, yang akan memahami.
Wednesday, January 26, 2011
Adakah Ia Suratan Atau Kebetulan...???
.
.
.
Fuhhh... Fuhhhhh..... Fuhhhhhhh......
Mula-mula kita tiup dulu sawang labah-labah kat blog inn.
Maaf la inn dah lama tak update blog kesayangan inn ni.
inn baru je baik daripada demam + selsema + sakit tekak + batuk.
Memang pakej 4 in 1 laa. Kena sekali harung dalam satu masa.
Alhamdulillah, sekarang ni kesihatan inn semakin baik.
. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .
. 26 Januari 2011 .
Ada apa dengan tarikh 26 Januari 2011?
Sebab... Ada banyak nombor yang chantek-chantek kat blog inn hari ni.
Adakah ia suatu SURATAN atau KEBETULAN?
.
.
.
1. Tickers Pelayaran + Kepulangan MyAlif

Hari ni genap la 2 bulan, 2 minggu, 2 hari MyAlif mencari rezeki di tengah lautan.
Walaupun kontrak kapal dia kali ni lebih lama daripada sebelumnya, tapi best sebab hari-hari boleh mesej + calling + MMS + melakukan aktiviti "memanaskan telinga".
Mungkin ini anugerah daripadaNya setelah inn berjaya mengharungi dugaan yang lepas.
Kini tinggal lagi 3 bulan, 2 minggu, 1 hari MyAlif akan pulang ke daratan.
Tapi inn takde la terlalu berharap sangat MyAlif akan on-time takut dia extand onboard je!
2. Followers blog ♥ innzchubby ♥

Alhamdulillah.......
Followers blog ♥ innzchubby ♥ telah mencapai 333 orang.
Dan, terima kasih juga kerna sudi berkongsi pengalaman dengan inn.
3. Usia Blog ♥ innzchubby ♥

Hari ini genap 1 tahun, 3 bulan, 3 minggu, 1 hari inn berblogging.
Terima kasih kepada mereka yang selalu menjenguk blog inn.
Walaupun inn tak update blog, tapi inn ada blogwalking as a silent reader.
inn sayang kamu semua!!!
4. Kisah Chenta, Kaseh & Sayang Aku dan Dia

Hari ini genap hari yang ke-969 ikatan kisah chenta, kaseh & sayang kami berdua.
Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerna inn dan MyAlif masih lagi bersama.
Mudah-mudahan jodoh antara kami berpanjangan hingga ke akhir hayat.
Kalau tiada apa-apa halangan, tidak lama lagi akan tiba "berita gembira" daripada inn.
Tapi, tak dapat dipastikan bilakah tarikhnya.
Kerna kita hanya merancang dan Allah jua yang menentukan segala-galanya.
Doakan yang terbaik buat diri inn dan MyAlif...
Amin Ya Rabbal Alamin.......
p/s: Tak sabar nak balik rumah Jumaat ni. Yey! Dapat cuti seminggu. (^___^)
Tuesday, January 11, 2011
Sanggup Tunggu Tarikh 11.1.11. Semata-mata Nak Jadikan Entry Pertama Di Tahun 2011.
Salam dan hai semua. /hihi

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu Bagaimana ku nanti Bila tiada mengganti Yang ku ada hanya kamu saja
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu Bagaimana ku nanti Bila tiada mengganti Yang ku ada hanya kamu saja
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu Bagaimana ku nanti Bila tiada mengganti Yang ku ada hanya kamu saja
Alif, your name will be permanently stated in my heart!
Subscribe to:
Posts (Atom)
