NO MATTER HOW FAR'S THE DISTANCE, HOW TOUGH'S THE JOURNEY, I'LL STILL BE THERE FOR YOU.
TABUNG KAWEN LAGI
Showing posts with label Hati. Show all posts
Showing posts with label Hati. Show all posts
Friday, September 21, 2012
Terima Kasih Ya Allah... Walaupun Kesempatan Itu Hanya Seketika...
Wednesday, September 19, 2012
Ku Setia Menanti Kepulanganmu.....
Saturday, December 31, 2011
Tuhan tolong lembutkan hati dia.......
:: OMBAK RINDU ::
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
p.s: Saya tujukan lagu ni khas buatmu, Alif! This is my last entry for 2011.
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
p.s: Saya tujukan lagu ni khas buatmu, Alif! This is my last entry for 2011.
Wednesday, October 26, 2011
Biarpun Hanya Seketika... Hati Ini Rasa Sungguh Bahagia...
[Sumber: Pakcik Google]Wahhh... Hari ni pagi-pagi lagi saya dah tersenyum sampai ke telinga.
(^____________________________^)
Nak tahu sebab apa.......???
.
.
.
.
.
.
.
Date: 26 October 2011
Time: 07:38
Type: Received Call
Duration: 7:08
♥ Mr. Right ♥
Terima kasih, Ya Allah.......
Biarpun hanya seketika, tetapi hati ini rasa sungguh bahagia.
p.s: Saya rasa lega sangat sebab dah sharing pasal "benda" tu tadi kat awak. :)
Labels:
Chenta,
Hati,
Kebesaran Illahi,
Kenangan Terindah,
Kepulanganmu,
MyAlif,
Myself,
Rindu,
Sayang,
Setia
Tuesday, October 25, 2011
Ku Relakan Pemergianmu Ke Tengah Lautan Demi Masa Depan Kita Bersama...

Awak...
Hari ni genap 10 hari awak belayar ke tengah lautan.
Dan, hari ni jugalah genap 10 hari saya tak mendengar sebarang khabar berita daripada awak.
Tiada panggilan telefon, tiada email, tiada mesej.
Saya sentiasa doakan agar awak sentiasa sihat slalu di atas kapal tu.
Awak...
Saya rasa, saya semakin tabah menempuhi dugaan hidup ini.
Walaupun awak jauh di mata saya, tetap percayalah awak senantiasa di hati saya.
Mungkin saat kita tidak dapat berhubung selama 2 bulan dulu menjadikan saya semakin tabah.
Sebab itulah saya lebih suka mendiamkan diri pabila orang lain bertanyakan tentang diri awak.
Awak...
Saya rasa bersyukur sangat yang awak dapat naik kapal pada bulan ni.
Dah lama sangat awak bercuti di rumah.
5 bulan seminggu! Ini la rekod paling lama awak bercuti.
Gigih kan saya slalu kira-kira dah berapa lama awak onboard, awak sign off.
Walaupun 5 bulan awak cuti, rasanya boleh dibilang dengan jari saja berapa kali kita jumpa.
Awak...
Saya nak awak tahu yang saya merelakan setiap kali pemergian awak ke tengah lautan demi mencari rezeki untuk keluarga tersayang. Awak kan anak yang sulung.
Hati mana yang tak sedih tatkala orang yang kita sayang itu berjauhan dengan kita.
Saya masih ingat lagi yang pagi tu (15/10/2011) hari yang awak dah nak onboard.
Saya tak tido sebab nak kejutkan awak bangun daripada tido.
Saya takut awak ditinggalkan oleh ejen nanti. Yelah, ejen kan nak datang ambil awak pada pukul 5 pagi.
Sebab tu la saya sanggup tak tido malam tu walaupun ada rasa mengantuk.
Lepas awak btau yang awak dah siap-siap nak tunggu ejen, baru la saya tido.
Awak...
Malam tu saya cuba call awak.
Tapi, hanya suara operator je yang jawap.
Mulai saat itu, saya btau hati saya yang saya perlu tabahkan hati.
Mungkin peristiwa 2 bulan tak dapat berhubung dengan awak bakal terjadi lagi.
Awak...
Kadangkala saya rasa, saya lebih suka awak naik kapal tanker walaupun awak terpaksa belayar selama 6-7 bulan. Tapi, kita hari-hari dapat contact. Boleh call, boleh mesej.
Sekarang ni, awak dah naik kapal offshore. Awak belayar kejap je. Dalam 2-3 bulan camtu.
Tapi, kita susah sangat nak berhubung. Tak boleh nak call, tak boleh nak mesej. :(
Saya anggap ini semua dugaan yang perlu saya tempuhi jika saya inginkan awak menjadi teman hidup saya.
Awak...
Saya rasa, awak lagi tabah daripada saya.
Kalau saya sedih, saya masih lagi ada family saya, BFF saya untuk hiburkan kembali hati saya ni.
Sedangkan awak, takde sesape kat atas kapal tu. Melainkan crew kapal yang lain je!
Dah la awak tak dapat nak contact dengan family awak, tak dapat nak contact dengan saya.
So, kalau awak ada masalah... Awak, terpaksa simpan sorang-sorang je kat dalam hati tu.
Awak pun kena tabahkan hati juga tau!
Awak...
Walaupun jarak memisahkan kita, tapi awak slalu dekat di hati saya.
Saya akan setia menanti kepulangan awak! Itu janji saya.

" Kini kau bersayap, pergilah terbang.
Rentaslah langit cita-cita mu.
Harap nanti kita 'kan bertemu.
Janganlah engkau tak terbang pulang.
Ku nanti penuh kerinduan.
Selamat tinggal, selamat jalan. "
Harap nanti kita 'kan bertemu.
Janganlah engkau tak terbang pulang.
Ku nanti penuh kerinduan.
Selamat tinggal, selamat jalan. "
p.s: Banyaknya stori-mori yang saya nak cerita kat awak ni. :)
Saturday, October 1, 2011
Saat Memilih Antara Cita-cita dan Pengorbanan...
Setelah sekian lama aku mendiamkan diri daripada kancah penulisan blog,
Kini daku muncul kembali di sini.
Mencoretkan apa yang terbuku di hati.
Entah mengapa jari jemari ku ini seperti malas untuk menaip apa yang ingin ku ungkapkan.
Biarlah segala memori ku itu menjadi kenangan di sanubari.
Kini daku muncul kembali di sini.
Mencoretkan apa yang terbuku di hati.
Entah mengapa jari jemari ku ini seperti malas untuk menaip apa yang ingin ku ungkapkan.
Biarlah segala memori ku itu menjadi kenangan di sanubari.
Mungkin ada yang merindui celoteh aku di sini.
Mungkin juga tidak ada yang merindui aku.
Alhamdulillah...
Kini, aku berada di semester akhir.
Jikalau mengikut perkiraan, pada bulan Januari tahun 2012 aku akan menamatkan pengajian.
[sumber: Google]Selepas itu, maka bermulalah episod mencari pekerjaan.
Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan olehNYA.
Aku akui bahawa tatkala ini aku masih lagi mempunyai semangat untuk belajar.
Semangat untuk meneruskan pengajian ke peringkat Master.
Akan tetapi... Aku harus berkorban demi adik-adikku.
[sumber: Google]Memandangkan aku ni anak yang sulung,
Aku perlu mencari pekerjaan terlebih dahulu.
Biarlah ku simpan cita-citaku itu.
Moga impian aku untuk memiliki Master akan tercapai sebelum umurku 30-an.
Amin.....
[sumber : Google]Sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA.
Setiap apa yang berlaku itu, pasti ada hikmahNYA yang kita sendiri tidak tahu.
p.s: Entah mengapa hati ini mudah tersentuh pabila melihat semakin ramai sahabat yang melangsungkan majlis pertunangan, majlis pernikahan dan menimang cahaya anak.
Labels:
Dilema,
Doa,
Hati,
Kebesaran Illahi,
Long Life Learning,
Myself
Tuesday, March 8, 2011
1 0 1 0 days!!!
Assalamualaikum dan hai semua.
.
.
.
Alhamdulillah... Syukur!!!

1010 days
since Nur Farihin and Alif have been together!
. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .
Pejam celik, pejam celik.
Tak sangka yang hubungan kami ini telah menjangkau selama 1010 hari.
Dalam setahun pun, boleh dibilang dengan jari je berapa kali kami jumpa.
Percintaan Jarak Jauh (PJJ) ni memang banyak dugaannya.
Tak semua orang sanggup dan berjaya menempuhinya.
Ya, hanya mereka yang TERPILIH sahaja!
inn selalu berdoa agar diberi kekuatan dan tabah dalam menempuhi segala rintangan.
Ya Allah, Ya Tuhanku...
Seandainya dia adalah jodohku, Ya Allah.
KAU bukakanlah hati dia, Ya Allah untuk menerimaku, Ya Allah.
KAU dekatkanlah hati dia dengan hatiku, Ya Allah.
KAU permudahkanlah jodohku dengan dia, Ya Allah serta KAU satukanlah kami, Ya Allah dalam satu ikatan suci, Ya Allah iaitu ikatan perkahwinan.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...
Seandainya dia bukan jodohku, Ya Allah.
KAU kurniakanlah padaku ketenangan dalam menerima ketentuan yang telah KAU tetapkan untuk diriku di atas muka bumi ini, Ya Allah.
Dan aku mohon padaMu, Ya Allah...
KAU pertemukanlah aku dengan insan yang benar-benar ikhlas boleh menerimaku dengan seadanya aku, Ya Allah.
Taat akan perintahMu, Ya Allah serta mampu untuk membimbing keluarga yang bakal bersatu nanti ke jalan yang KAU redhai.
Amin Ya Rabbal Alamin...
Credit : Halaqah
. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .
Doa Pendekat Jodoh

.
.
.
.
.
Doa Putus Cinta (Mengatasi Kekecewaan)

Credit : MyJodoh Web Blog
Labels:
Chenta,
Doa,
Hati,
Kawen,
Kebesaran Illahi,
Kenangan Terindah,
Motivation,
MyAlif,
Myself,
Rindu,
Sayang,
Setia
Wednesday, March 2, 2011
Happy 33rd Monthsary, sayang!!! (^___^)
Assalamualaikum dan hai semua.
Mode : Jiwang + rindu.
(Sekiranya anda TAK SUKA, sila klik X. Harap maklum!)
Mode : Jiwang + rindu.
(Sekiranya anda TAK SUKA, sila klik X. Harap maklum!)
.
.
.
Hari ni genap seminggu Ayg tak dengar khabar berita daripada B.
Walaupun Ayg tahu ada line untuk mesej dan calling B;
Tapi B tak dapat nak reply mesej dan jawab call Ayg.
Ayg tahu yang kapal B kat Singapore lagi.
Sebab tu B tak contact Ayg lagi kan kan?
. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .
B dah pesan kat Ayg hari tu yang kapal akan ada inspection.
Oleh itu, makin lama laa B akan berada kat Singapore tu.
B syg, Ayg ada banyak cerita nak btau kat B tau!!!
Moga Ayg tabah dan kuat menghadapi dugaan ini.
Kalau dulu, 2 bulan Ayg boleh "kuat" menghadapi dugaan seperti ini;
Kenapa tidak sekarang? Be strong, Nur Farihin!!!
. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .
My Dear, ALIF.....
Happy 33rd monthsary, sayang!!!
.
.
.
Ayg tujukan lagu ni khas untuk B.
. Sedetik Lebih by Anuar Zain .






. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .
Bila kita berjauhan...
Kita akan belajar...
.
.
.
ERTI PENGORBANAN
ERTI KESETIAAN
ERTI KEJUJURAN
ERTI KEPERCAYAAN
ERTI KEIKHLASAN
Rindu itu adalah satu anugerah!!!
"Hanya yang mengalami, yang akan memahami."
p/s: i will wait for you, syg! You will always remain in my heart.
Labels:
Chenta,
Doa,
Hati,
Kenangan Terindah,
Kepulanganmu,
MyAlif,
Myself,
Rindu,
Sayang,
Setia
Wednesday, January 26, 2011
Adakah Ia Suratan Atau Kebetulan...???
.
.
.
Fuhhh... Fuhhhhh..... Fuhhhhhhh......
Mula-mula kita tiup dulu sawang labah-labah kat blog inn.
Maaf la inn dah lama tak update blog kesayangan inn ni.
inn baru je baik daripada demam + selsema + sakit tekak + batuk.
Memang pakej 4 in 1 laa. Kena sekali harung dalam satu masa.
Alhamdulillah, sekarang ni kesihatan inn semakin baik.
. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .
. 26 Januari 2011 .
Ada apa dengan tarikh 26 Januari 2011?
Sebab... Ada banyak nombor yang chantek-chantek kat blog inn hari ni.
Adakah ia suatu SURATAN atau KEBETULAN?
.
.
.
1. Tickers Pelayaran + Kepulangan MyAlif

Hari ni genap la 2 bulan, 2 minggu, 2 hari MyAlif mencari rezeki di tengah lautan.
Walaupun kontrak kapal dia kali ni lebih lama daripada sebelumnya, tapi best sebab hari-hari boleh mesej + calling + MMS + melakukan aktiviti "memanaskan telinga".
Mungkin ini anugerah daripadaNya setelah inn berjaya mengharungi dugaan yang lepas.
Kini tinggal lagi 3 bulan, 2 minggu, 1 hari MyAlif akan pulang ke daratan.
Tapi inn takde la terlalu berharap sangat MyAlif akan on-time takut dia extand onboard je!
2. Followers blog ♥ innzchubby ♥

Alhamdulillah.......
Followers blog ♥ innzchubby ♥ telah mencapai 333 orang.
Dan, terima kasih juga kerna sudi berkongsi pengalaman dengan inn.
3. Usia Blog ♥ innzchubby ♥

Hari ini genap 1 tahun, 3 bulan, 3 minggu, 1 hari inn berblogging.
Terima kasih kepada mereka yang selalu menjenguk blog inn.
Walaupun inn tak update blog, tapi inn ada blogwalking as a silent reader.
inn sayang kamu semua!!!
4. Kisah Chenta, Kaseh & Sayang Aku dan Dia

Hari ini genap hari yang ke-969 ikatan kisah chenta, kaseh & sayang kami berdua.
Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerna inn dan MyAlif masih lagi bersama.
Mudah-mudahan jodoh antara kami berpanjangan hingga ke akhir hayat.
Kalau tiada apa-apa halangan, tidak lama lagi akan tiba "berita gembira" daripada inn.
Tapi, tak dapat dipastikan bilakah tarikhnya.
Kerna kita hanya merancang dan Allah jua yang menentukan segala-galanya.
Doakan yang terbaik buat diri inn dan MyAlif...
Amin Ya Rabbal Alamin.......
p/s: Tak sabar nak balik rumah Jumaat ni. Yey! Dapat cuti seminggu. (^___^)
Monday, October 18, 2010
♥ RESEPI C.I.N.T.A ♥

.
.
.
1 tin CERITA
2 keping HATI yang masih muda
1 mangkuk besar PENGERTIAN
2 tin KEIMANAN kepada Tuhan
2 biji tomato PENGHARAPAN
1 mangkuk KEYAKINAN
1/2 sudu CEMBURU
1 mangkuk PERJODOHAN, CUBITAN MESRA serta GURAUAN sepatutnya (secukup rasa!)
. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .
CARA-CARA MEMBUATNYA :
.
.
.
Mula-mula bukakan tin CERITA dan keluarkan isinya.
Potong kedua-dua keping HATI dan letakkan ke dalam mangkuk PENGERTIAN untuk mencegah daripada pertukaran perasaan.
Tuangkan KEPERCAYAAN dan PENGERTIAN.
Kemudian, letakkan ke dalam mangkuk PERJODOHAN.
Hiaskan dengan potongan CEMBURU dan CUBITAN sesuka hati masing-masing.
Campurkan tomato PENGHARAPAN dan disusun untuk hiasan.
Letakkan ia ke dalam mahligai yang indah supaya ianya tercegah dari PENGGODAAN.
Campuran ini lebih manis rasanya jika masa itu dilalui dengan SEFAHAMAN kedua-dua belah pihak keluarga.
Jumlah perbelanjaan : Mengikut kemampuan kedua-dua keping HATI.
Masanya : Darah muda resepi ini boleh dicuba bila-bila masa sahaja asalkan cukup bahan-bahannya.

Subscribe to:
Posts (Atom)
