.
.
.
Fuhhh... Fuhhhhh..... Fuhhhhhhh......
Mula-mula kita tiup dulu sawang labah-labah kat blog inn.
Maaf la inn dah lama tak update blog kesayangan inn ni.
inn baru je baik daripada demam + selsema + sakit tekak + batuk.
Memang pakej 4 in 1 laa. Kena sekali harung dalam satu masa.
Alhamdulillah, sekarang ni kesihatan inn semakin baik.
. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .
. 26 Januari 2011 .
Ada apa dengan tarikh 26 Januari 2011?
Sebab... Ada banyak nombor yang chantek-chantek kat blog inn hari ni.
Adakah ia suatu SURATAN atau KEBETULAN?
.
.
.
1. Tickers Pelayaran + Kepulangan MyAlif
Hari ni genap la 2 bulan, 2 minggu, 2 hari MyAlif mencari rezeki di tengah lautan.
Walaupun kontrak kapal dia kali ni lebih lama daripada sebelumnya, tapi best sebab hari-hari boleh mesej + calling + MMS + melakukan aktiviti "memanaskan telinga".
Mungkin ini anugerah daripadaNya setelah inn berjaya mengharungi dugaan yang lepas.
Kini tinggal lagi 3 bulan, 2 minggu, 1 hari MyAlif akan pulang ke daratan.
Tapi inn takde la terlalu berharap sangat MyAlif akan on-time takut dia extand onboard je!
2. Followers blog ♥ innzchubby ♥
Alhamdulillah.......
Followers blog ♥ innzchubby ♥ telah mencapai 333 orang.
Dan, terima kasih juga kerna sudi berkongsi pengalaman dengan inn.
3. Usia Blog ♥ innzchubby ♥
Hari ini genap 1 tahun, 3 bulan, 3 minggu, 1 hari inn berblogging.
Terima kasih kepada mereka yang selalu menjenguk blog inn.
Walaupun inn tak update blog, tapi inn ada blogwalking as a silent reader.
inn sayang kamu semua!!!
4. Kisah Chenta, Kaseh & Sayang Aku dan Dia
Hari ini genap hari yang ke-969 ikatan kisah chenta, kaseh & sayang kami berdua.
Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerna inn dan MyAlif masih lagi bersama.
Mudah-mudahan jodoh antara kami berpanjangan hingga ke akhir hayat.
Kalau tiada apa-apa halangan, tidak lama lagi akan tiba "berita gembira" daripada inn.
Tapi, tak dapat dipastikan bilakah tarikhnya.
Kerna kita hanya merancang dan Allah jua yang menentukan segala-galanya.
Doakan yang terbaik buat diri inn dan MyAlif...
Amin Ya Rabbal Alamin.......
p/s: Tak sabar nak balik rumah Jumaat ni. Yey! Dapat cuti seminggu. (^___^)
saye silent reader..saye follower..saye tukang komen..ade hadiah tak?? (^_^)
ReplyDeletekeluar tajuk..huhuhu
wah 333 sdh... hehe
ReplyDeleteamin..
ReplyDeletekak ikin:
ReplyDeletesaya pun silent reader akak + follower akak jugak.
inn pun nak hadiah jugak boley tak? hihi...
faiz:
ReplyDeletekamu lagi hebat drp inn...
jejaka terhangat di pasaran... :)
kak ryna:
ReplyDeleteterima kasih kerna mendoakan kebahagiaan buat inn.
wah special 26 januari ek.
ReplyDelete26 januari for me, for the 1st time dinner dgn artis2 ;D