TABUNG KAWEN LAGI

Sunday, September 16, 2012

Pengalamanku..... PAC PTD 8-9 September 2012, INTURA.


Hai kepada semua pembaca blog cik inn.
Dah lama rasanya inn tak update blog ni kan?
Semenjak dua menjak ni, inn memang terlalu sibuk.
Hari ni inn nak berkongsi pengalaman tentang PAC PTD yang inn ikuti pada minggu lepas.

Divider Graphics

Apa itu PAC?
PAC tu Pre-Accessment Centre.
PAC ni 2nd stage selepas kita berjaya Ujian Bertulis PTD dan stage sebelum termuduga.
inn pergi PAC pada 8-9 September 2012 yang lepas kat INTURA, Sungai Petani.
INTURA tu nama singkatan bagi INTAN Kampus Wilayah Utara.


Bertolak ke Sungai Petani bersama ayahanda tercinta pada hari Jumaat.
Terima kasih tak terhingga buatmu ayahanda kerna sanggup mengambil cuti demi menghantar anakandamu ini semata-mata untuk menghadiri PAC.


Malam tu bermalam di rumah sepupu di Bandar Puteri Jaya.
Tak sangka pulak rumah diaorang dekat sangat dengan INTURA tu.
Terima kasih buat Mat Nan dan Kak Ana sekeluarga. :)

Divider Graphics

Hari Pertama (8 September 2012)

1. Pendaftaran
  • Sebaik saja sampai, urusetia akan berikan kita nombor. So, kita kena pakai nombor tu sepanjang PAC berlangsung. inn dapat nombor 102.
  • Pastu urusetia akan ukur tinggi dan ambil berat. Berikan salinan skrol dan transkrip.
  • Pendaftaran untuk asrama.
  • Masuk je ke dalam dewan, pegawai yang bertugas akan panggil kita dan ambil gambar  memakai nombor bersama lagi 4 orang.

2. Taklimat 
  • Taklimat daripada pegawai SPA dan pegawai INTURA.
  • Lepas habis taklimat tu, kteorang hantar barang-barang kat bilik asrama.
  • Asrama kat INTURA, seriously BEST!!! (^____^) sebab sebilik hanya untuk 2 orang + ada bilik air + ada air-cond + ada TV + ada boiler + ada iron board. Iron boleh pinjam daripada pejabat asrama. Kalau nak senang, sila bawa iron sendiri.
  • Dah habis letak barang-barang kat dalam bilik, tengok nama kumpulan.

3. Modul 1
  • Untuk Modul 1-3, inn dapat kumpulan 3. Kami dibahagikan kepada 10 orang dalam 1 kumpulan.
  • Aktiviti 1 (Bilik Zaaba): Perbincangan dalam BM. Ada case study pasal "Integriti".
  • Aktiviti 2 (Bilik Arif Jauhari): Group discussion in English. An article about HR.

4. Modul 2
  • Aktiviti 3 (Bilik Munsyi Abdullah): Perbincangan dalam BM. Perancangan projek. Dikehendaki untuk membuat tentatif program selama 2 hari 1 malam bagi mempromosikan Melaka sebagai Bandaraya Warisan UNESCO + diberikan peta negeri Melaka.

5. Modul 3
  • Aktiviti 4 (Bilik Aktiviti 1):  Group discussion in English. We need to choose 6 items from 12 items. Dah habis Modul 3, kena semak nama untuk kumpulan yang baru. Kali ni, inn dapat kumpulan 9. Sama dengan rumate.

6. Modul 4
  • Aktiviti 1 (Padang INTURA): Senamrobik + Sretching. Ikut kreativiti kumpulan masing-masing nak buat senamrobik macamana sekalipun. Jangan sampai cramp kaki dah la ye!
  • Aktiviti 2 (Sekeliling INTURA): Larian 2.4km. Masa lari aritu, hujan renyai-renyai. Alhamdulillah, inn berjaya lari bawah 15 minit walaupun terdapat kecederaan pada lutut. Sampai je finishing line, memang rasa nak pengsan.

5. Modul 5
  • Jawab Ujian Sahsiah sebanyak 185 soalan dalam masa 1 jam. Jangan lupa bawa sekali IC, surat panggilan daripada SPA dan pensel 2B + pemadam.

6. Modul 6
  • Public Speaking in English. Kena cabut undi. inn dapat tajuk: "Small and Medium Industry". Jangan risau, malam tu kita just prepare for 1 SLIDE in PowerPoint only. Kena hantar slide malam tu juga kepada fasilitator.

Divider Graphics

Hari Kedua (9 September 2012)

1. Modul 7
  • Perbincangan dalam BM. Tentang golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Kaitankan dengan NKRA dan kerajaan.

2. Modul 6
  • Public Speaking. Masa yang diberikan adalah 7 minit. Dalam banyak-banyak aktiviti, inn rasa PS ni la rasa macam nak tercabut jantung berbanding nak kena lari 2.4km tu. Sebabnya kita tak boleh bawa langsung sebarang short notes ataupun nak conteng-conteng kat tangan.
  • inn merupakan 2nd last candidate yang present. Masa yang tengok kengkawan lain present, rasa 7 minit tu lamanya. Tapi, bila dah present rasa 7 minit tu sekejap je! Tau-tau je fasilitator dah tekan loceng untuk seminit yang terakhir. Lega sangattt!!! Baca Surah Al-Insyirah + Ayat Kursi untuk kurangkan perasaan gementar.


Sebelum berangkat pulang, pihak SPA adakan taklimat mengenai Panduan Temuduga.
Tips yang sangat berguna terutamanya bagi mereka yang berjaya melepasi stage PAC.



Bagi mereka yang dapat PAC kat INTURA, makanan sangat sedapppp!!! :)
Di sini, inn ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan...

GOOD LUCK and ALL THE BEST to all candidates~

Divider Graphics

Keputusan PAC mungkin akan diketahui dalam tempoh 1-3 bulan lagi.
Insya-Allah, bersama-sama kita mendoakan kejayaan untuk menjadi seorang PTD.
Amin Ya Rabbal Alamin.


p.s: Sorry takde gambar sepanjang aktiviti.

11 comments:

  1. Aahhh! TQ so muchhh!smoga awak lulus PAC n intebiu nanti!hehe
    Nak tanya sat...betul ke x digalakkan pakai tudung selendang/shawl? Sy ada terbaca bbrapa blog yg kata tudung shawl dan byk kaler2 x digalak utk dipakai utk temuduga. Derang x sebut pasai PAC, tp takut plak kalau apply keje gomen nih mmg mcm tu "praturan tersirat" nya.huhu.....

    ReplyDelete
  2. Amelina: Rasanya elok pakai tudung yang biasa2 ni. Maybe kalau yang shawl tu macam fancy je.

    ReplyDelete
  3. Salam. Awak tahu tak saolan untuk public speaking yg lain? All the best inn! :)

    ReplyDelete
  4. anonymous:

    wassalam. setiap orang dapat tajuk yang berbeza. antara tajuk public speaking:

    - small & medium industry
    - halal product
    - malaysian athlete
    - inflation
    - water pollution
    - automotive industry
    - agriculture industry
    - public transportation
    - customer service
    - illegal logging

    inn ingat yang ni je.
    Diharapkan dapat membantu anda.

    ReplyDelete
  5. oh thank youuuu inn ! Banyak sangat membantu :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...bile agaknya result keluar erk

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...bile agaknya result keluar erk

    ReplyDelete
  8. saya lulus PAC. tajuk public speaking saya ialah malaysian athlete. My PAC was at INTAN on 8 Sept.

    ReplyDelete

Thanks for leaving a comment...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...