TABUNG KAWEN LAGI

Sunday, February 28, 2010

Ada sesape yang reti guna TWITTER tak? Perlukan tunjuk ajar daripada kamu semua.

Salam dan hai semua~

.

.


.


Tweet... Tweettt... Twitter!



Saya baru perasan yang sebenarnya saya ni dah ada akaun twitter.
Rasanya saya wat akaun twitter tu dalam bulan 7 tahun 2009.
Tengok tu, dah berkurun wat akaun twitter.
Baru sekarang ni terhegeh-hegeh nak blaja. Hehe! =D
Takpe, takpe. Sekurang-kurangnya, saya ada inisiatif nak blaja.
*clap! clap! clap! (^_^)

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Bak kata orang, pelan-pelan kayuh laa...
Oleh itu, saya mohon jasa baik anda semua yang reti bab-bab twitter ni untuk memberikan tunjuk ajar kepada saya ni.
Tu la dulu, orang ada akaun twitter;
Saya pun sibuk jugak nak wat akaun twitter.
Lastly, tak guna pun akaun twitter tu sebab tak reti nak guna okeh!

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Kalo facebook tu, kemain expert la pulak. Huhu!
Laju je. Komen itu, komen ini.
Maybe tak ramai sangat kawan-kawan yang guna twitter tu.
Sebab tu saya tak aktif sangat guna twitter.
Di sini, saya nak ucapkan terima kasih yang berjuta-juta lemon kepada mereka yang memberikan tunjuk ajar kepada saya sama ada secara langsung mahupun tidak langsung terutamanya yang berkaitan tentang dunia blog ini.
Adios!

Saturday, February 27, 2010

Akibat kegatalan jari jemari ku ini... Dan, inilah hasilnya~

Presenting...
My new desktop background~

.

.

.

p/s: I really really MISS HIM damn much!!!!

The different between L.O.V.E and L.I.K.E~

In front of the person you LOVE, your heart beats faster.

But in front of the person you LIKE, you get happy.


In front of the person you LOVE, winter seems like spring.

But in front of the person you LIKE, winter is just beautiful winter.


If you look into the eyes of the person you LIKE, you smile.

But if you look into the eyes of the person you LOVE,you blush.


In front of the person you LOVE, you can’t say everything on your mind.

But in front of the person you LIKE, you can.


In front of the person you LOVE, you tend to get shy.

But in front of the person you LIKE, you can show your ownself.


You can’t look straight into the eyes of the one you LOVE.

But you can always smile into the eyes of the one you LIKE.


When the one you LOVE is crying, you cry with him/her.

When the one you LIKE is crying, you end up comforting.


The feeling of LOVE start from the eyes.

The feeling of LIKE start from the ears.


So, if you stop liking the person you used to LIKE,

All you need to do is cover your eyes,

But if you try to close your eyes,

LOVE turns into a drop of tear and remains

In your heart forever.


Thursday, February 25, 2010

Saya budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan.

Salam dan hai semua~
Arini banyak benda baru saya belajar pasal nak chantek kan blog ni.
Tadi saya belajar tukar background untuk kali yang ke-2 +
Belajar camne nak buh divider kat blog ni +
Dan, yang terbaru...
Camne nak buh signature.
Thanks a lot to Edriena Hazelina & My Blog Makeover.
Atas tunjuk ajar tutorial yang diberikan.



Dan, inilah hasilnya setelah digodek-godek.
Taraaa.......
.

.

.

.

.

.

.
My signature;

Kini Telah Bertukar Wajah.... *BERTUKAR!!!*

Salam~
2, 3 hari ni saya tak sempat nak update cite.
Bizi dgn test EMG semalam.
Arini gatai tangan.
Dok tukar background + buh divider.
Baru reti buh divider.
Setelah blogwalking kat My Blog Makeover.
Banyak jugak info yang saya dapat.
Sesape yang nak chantek kan blog nya bole la terjah My Blog Makeover tu ye!
Tutorial dia pun mudah difahami.
Selamat mencuba~


Dan...
Kini blog saya telah bertukar wajah.
Sila la tinggalkan komen anda sama ada background ni ok ke tak?
Mana la tau kot2 serabut ke mata anda semua nak tengok.
Kalo tak, saya bertukar kepada background yang lama ataupun cari yang lain.

Sunday, February 21, 2010

Selamat tinggal katil yang empuk! Selamat tinggal bantal bucuk!

Alaaa....
Cuti dah habis la.
Tak puas rasanya dok kat rumah ni.
Terasa cepat je masa berlalu pergi.
Kejap lagi saya dah nak balik ke UTHM.
Selamat kembali ke kampus!

[Sumber: Facebook UTHM]

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Selamat tinggal katil yang empuk!
Dah tak boleh nak golek-golek lagi.
Selamat tinggal bantal bucuk!
Dah tak boleh nak peluk dan gentel-gentel lagi.
Kalau la boleh dibawa bersama-sama ke kampus kan alangkah bahagianya~

Sekadar gambar hiasan. [Sumber: Pakcik Google]

Saturday, February 20, 2010

Sebulan telah berlalu pergi~ Tabahkanlah hatimu untuk menanti kepulangan si dia pujaan hati.

Salam kepada semua pembaca yang dihormati.

.

.

.



Hari ni genap la sebulan MyAlif pergi belayar.
Dan...
Lusa nanti genap la sebulan saya tidak dapat berhubung dengan MyAlif.
Memang tidak dapat dinafikan yang saya terlalu RINDU kan dirinya.
Mungkin ini merupakan dugaan untuk menguji kekuatan cinta kami.
Saya semakin tabah menempuhinya.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Nasib baik la ada teman-teman yang memahami.
Terutamanya sekali, geng chenta orang kapal.
Mereka telah banyak memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada saya.
Thanks a lot!

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Pejam celik, pejam celik.
Dah sebulan masa berlalu pergi.
Masih ada 2 bulan lagi untuk menanti kepulangan si dia pujaan hati.
Saya doakan moga MyAlif selamat pulang ke daratan.
Amin Ya Rabbal Alamin~

Friday, February 19, 2010

Alhamdulillah~ Mereka telah selamat diijabkabulkan. Saya datang untuk ambil berkat pengantin baru. Bilakah pula giliran saya?

Salam dan hai semua~
Seperti yang dijanjikan...
Entry kali ni khas sempena perkahwinan Zatil.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Pada 13 Feb 2010 yang lepas;
Saya telah menghadiri majlis perkahwinan Zatil.
Yang bertempat di Kubang Kerian, Kelantan.
Saya pergi ke sana dengan menumpang bas UPM.
Kami bertolak dari UPM pada pukul 11 malam.
Dalam pukul 6.15 pagi, kami tiba di Gua Musang.
Berhenti sebentar untuk menunaikan solat Subuh.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Kemudian, meneruskan perjalanan ke Rantau Panjang.
Bershopping sakan sebelum mengisi perut di rumah Zatil. Hehe! =D
Pertama kali saya menjejakkan kaki kat Rantau Panjang ni.
Barang-barang memang sangat murah okeh!
Pastu, singgah kat Masjid Beijing.
Berhenti untuk menunaikan solat jamak Zohor & Asar.
Dan juga membersihkan diri dan menukarkan pakaian.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Dalam pukul 3.30 petang, kami bertolak menuju ke rumah Zatil.
Pada pukul 4 petang, kami selamat tiba di rumah pengantin.
Saya sangat-sangat excited nak jumpa dengan Zatil.
Sebab...
Ini merupakan kali pertama kami berjumpa.
Selalu jumpa kat dalam blog atau facebook je.

Lihatlah wajah yang tak sabar nak bertemu dengan pengantin.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Sampai di rumah Zatil;
Bersalam dengan mak Zatil dan memberikan hadiah.
Seterusnya menjamu selera.
Lepas tu, masuk ke dalam rumah pengantin.
Sesi bergambar bersama.
Taraa.... Ini lah dia wajah pengantin baru.


.

.

.



Selamat pengantin baru, Zatil & Zuhdi.


Sama cantik, sama padan.


Moga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.


Hantaran daripada Zuhdi untuk Zatil.


Hantaran daripada Zuhdi untuk Zatil.


Banyaknya hadiah yang Zatil dapat.

.

.

.

Last but not least, sudah semestinya gambar saya dengan Zatil.

Inn datang untuk ambil berkat pengantin baru. (^_^)

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Pada pukul 5 petang, kami bertolak pulang.
Hantar kawan-kawan Zatil yang tinggal di sekitar Kelantan dan Terengganu.
Dah macam jalan-jalan di Pantai Timur je.
Seharian saya berada di dalam bas.
Singgah di salah sebuah masjid di Kuala Terengganu.
Berhenti untuk menunaikan solat jamak Maghrib dan Isyak.
Kemudian, singgah di Kilang Keropok Sukaramai di Kuala Terengganu.
Memborong keropok lekor untuk dibawa pulang.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Kami menyambung perjalanan untuk menuju ke UPM semula.
Bas ni lalu jalan kat tepi pantai la pulak.
Tetibe fikiran melayang teringatkan MyAlif.
Apa khabar dia di sana agaknya?
Semasa dalam perjalanan pulang;
Saya terlihat papan tanda yang tertulis "KEMAMAN".
Oh tidak! Lagi la perasaan hati ini bertambah-tambah rindu kepadanya.
Tanpa saya sedari...
Air mata saya mula jatuh ke pipi.



Ya Allah, Ya Tuhanku!
Kau berikanlah aku kekuatan.
Kau tabahkanlah hati ku ini.
Agar aku bisa tempuhi segala dugaanMu.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Alhamdulillah. Kami selamat tiba di UPM pada pukul 5 pagi.
Ayah saya tiba menjemput saya di UPM pada pukul 6 pagi.
Saya duduk keseorangan dalam kedinginan embun pagi.
Tatkala itu, saya memang terasa sangat sepi.
Tiada berteman. Keseorangan.
Tambahan pula dengan bateri telefon bimbit yang sudah kehabisan.


p/s: Hikmah di sebalik perjalanan, saya dapat mengubati perasaan RINDU di hati ini walaupun dengan hanya melihat papan tanda yang tertulis "KEMAMAN". Terima kasih, Ya Allah!

Tuesday, February 16, 2010

Dia Sudah Bergelar Isteri Orang...

Salam~
First of all, congrats to Zatil (Geng Chenta Orang Kapal).
12 Feb 2010 yang lepas, Zatil SAH bergelar isteri kepada Zuhdi.

Ni gambar masa kenduri kawen Zatil pada 13 Feb 2010.

Cerita selanjutnya, Inn akan stori mori pada next entry okeh.
Stay tune~ (^_^)

Monday, February 15, 2010

Contest Gambar RINDU Paling Kelakar atau Sengal~



Salam dan hai semua~


Hari ni dah 15 Feb 2010. Hari ni last day untuk join Contest Gambar Rindu Paling Kelakar atau Sengal. Maaf ye, Ryna. Sebab dah last minit baru Inn berkesempatan nak join contest ni. Sebelum ni, Inn sangat bizi dengan test.

.

.

.

Berikut merupakan syarat-syarat penyertaan:-

A) SYARAT-SYARAT UTAMA:

1) Buat entry khas dengan tajuk CoNteSt GamBAr rINDu pALinG kELakAR aTAu SeNGaL.

2) Sertakan sekeping gambar yang paling kelakar atau sengal yang tunjukkan korang amat merindui pasangan korang. Tak kisah la rindu pada hubby, wifey, tunang, boifren atau girlfren. Sekeping jer! Lebih pada sekeping kira batal. Wajib gambar sendiri tak kisah la edit atau ada aksesori tambahan. Yang penting ada muka korang sendiri tau.

3) Buat la ayat-ayat rindu sket. Ayat-ayat yang paling rindu, akan dapat markah tambahan untuk sokong gambar korang.

4) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Feb 2010 @ tengah malam.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

B) SYARAT-SYARAT TAMBAHAN:

1) Jadi follower blog Ryna untuk menambah kenalan Ryna yang hobinya suka berkenalan.

2) Korang mesti ada blog. Kalau tak, susah la nak jejak kan.

3) Tag sekurang-kurangnya 3 orang utk join contest ni. Lagi ramai lagi bagus. Pasangan yang dirindui pun boleh join untuk tambah peluang untuk menang.

4) Lepas entry siap, tinggal jejak kat ruangan komen entry atau shout box blog Ryna. Supaya senang nak list senarai peserta yang join.

5) Mesti letak banner contest (gambar Ryna) di side bar atau di atas blog anda dan juga dalam entry pertandingan. Dan jangan lupa link balik entry korang kepada blog Ryna.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

HADIAH-HADIAH YANG BAKAL DIMENANGI:

TEMPAT PERTAMA: 2 tiket Genting Outdoor Theme Park ikut masa dan kelapangan anda.
TEMPAT KEDUA: 2 tiket masuk Snow House kat genting highlands ikut kelapangan anda.
TEMPAT KETIGA: 2 tiket masuk Zoo Taiping ikut kelapangan anda.
SAGUHATI: Ryna akan pos kek coklat atau brownies ikut pilihan anda.


Menarik kan hadiah yang akan diberikan oleh pihak penganjur. Mana la tau kot-kot Inn dapat tiket gi Genting Highlands tu ke. Boleh la ajak MyAlif nanti bila dia dah sign off nanti.

.

.

.

Oleh itu, gambar yang saya pertaruhkan adalah...
Jeng, jeng, jeng...


.

.

.

.

.


Ryna, lalink~

For your information, ni gambar Inn dan Alif masa waktu kecik-kecik dulu. 20 Feb ni, genap la sebulan Alif berada di tengah lautan. Membanting tenaga empat kerat untuk mencari rezeki. Dan... Dah 3 minggu lebih, Inn masih tak dengar khabar berita daripadanya. Tak tau la bila kapal dia akan masuk port. Sekarang ni, Inn kena kuatkan semangat. Kena tabahkan hati. Masih ada 2 bulan lagi untuk menanti kepulangannya ke daratan. Benarlah kata orang,

"PENANTIAN ITU SATU PENYEKSAAN"


Ryna, cayang~
Izinkan Inn untuk berjiwang seketika. Meluahkan perasaan yang terbuku di hati.


.

.

.

B sayang~
Mungkin ini ujian daripada Yang Maha Esa.
Untuk menguji kekuatan cinta kita.
Walaupun dirimu jauh di mata;
Tetapi dirimu tetap di hatiku selamanya.

B sayang~
Ku setia menanti kepulanganmu.
Ku tunggu tak jemu-jemu.
Pasti, kita akan bertemu.
Pada saat itu.
Aku terkelu.
Tatkala ku menatap wajahmu.
Yang selama ini ku RINDU.


B sayang~
Moga Allah merahmati dan memberkati cinta kita.
Mudah-mudahan, impian kita akan terlaksana.
Untuk menjadi pasangan suami isteri yang SAH di sisi agama.
Dikurniakan "benih-benih cinta".
Moga bahagia buat selama-lamanya.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Dengan segala hormatnya, saya nak tagged 3 orang kawan saya:
Insan yang terpilih adalah...




p/s: Saya tak tau la mereka ni sempat lagi ke tak nak join contest ni. Sesiapa yang namanya tak di"tag" oleh saya, tetapi nak join contest ni pun boleh juga. Asalkan sebelum tamatnya tarikh penyertaan ye! Good luck and all the best to you~ (^_^)

Friday, February 12, 2010

Geylang si paku geylang. Geylang si rama-rama. PULANG marilah PULANG, marilah PULANG bersama-sama...


Whoaaaa!!!
Phewiiittttt~
Phewiiittttt~ Phewiiittttt~
Mode: Sedang melompat-lompat kegembiraan di atas katil.

.

.

.


Sebab...
Pukul 2.30 petang nanti, saya akan menaiki bas PULANG ke KL.
Cuti seminggu.
Yey! Saya sangat suke okeh!

.

.

.


Tak sabar nak PULANG ke rumah.
Nak jumpa mak & ayah.
Nak jumpa Udin & Ana.
Nak jumpa Opah.
Nak jumpa "Putih, Gebu, Tompok, Ateh & Tok Teh". (ni smue nama kucing saya)

.

.

.


Dan...
Saya paling excited skali.
Malam ni saya akan ke Kelantan.
Menghadiri majlis perkahwinan geng chenta orang kapal.
Zatil & Zuhdi.
Dah la ni 1st time saya nak jumpa dengan dia.
Dia cam tak caya je yang saya nak gi kenduri kawen dia nanti.
Dia sangat-sangat terharu okeh!
Inn datang nak amek berkat pengantin baru ni.
Hehe! =D

.

.

.


Inn ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Zatil & Zuhdi.
Moga berkekalan hingga ke akhir hayat.
Amin!

Thursday, February 11, 2010

Time is too slow for those who wait...

Tiada bicara.
Yang hendak ku ungkapkan.
Hanya ingin berkongsi rasa.
Bila ku tidak mendengar khabar berita.
Daripada insan yang amat ku cinta.
Oh Tuhan, aku sangat rindu padanya!!!

.

.

.


.

.

.


.

.

.


.

.

.


.

.

.


.

.

.


.

.

.


I got this quotes from MyAlif:

"Time is...
Too slow for those who wait...
Too swift for those who fear...
Too long for those who grieve...
Too short for those who rejoice...

But for those who love,
Time is ETERNITY..."

Wednesday, February 10, 2010

Makan Tak Kenyang, Tidur Tak Lena, Mandi Tak Basah...

Sekarang ni, jam menunjukkan tepat pukul 2.50 pagi.
Saya masih tak dapat nak lelapkan mata.
Nak siapkan lab report ni, tak de mood la pulak nak wat.
Just cari jawapan untuk soalan je kat internet.
Lepas matahari terbit nanti la saya siapkan.
Yang penting hantar lab report tu sebelum pukul 5 petang.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Tetibe je saya rasa nak bukak friendster pagi-pagi buta ni.
Terpandang profile yang bernama "ALIF Burn".
Exactly tu memang friendster MyAlif.
Then, gatai nak tengok-tengok comments kat profile dia.
Perghhhh... Penuh comments daripada saya je! Hehe~ =D
Saya tergerak hati nak bukak comments MyAlif yang lama-lama dulu.
Di mana ketika itu, zaman "teman tapi mesra".
Mengimbau zaman muda-muda dahulu kala tu.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

By the way, kteorg lost contact bila mula masuk skola menengah.
Masa tu pada tahun 2000.
Saya skola kat SMK Darul Ehsan;
Manakala MyAlif pulak skola kat SMK Ideal Heights.
Masa final year diploma tahun 2007 baru la saya terjumpa balik dia.
Itupun kat dalam friendster.
Jom, kita tengok camne Cik Nur Farihin dan Encik Alif bertemu semula di alam maya ni setelah hampir 9 tahun kteorg lost contact.
Adakah ini dinamakan JODOH???
Mudah-mudahan... Ada jodoh antara kami berdua.
Friendster telah mempertemukan kami smule!
Cam jejak kasih la pulak rasanye...
Thanks a lot, Friendster!


.

.

.

.

.

Ni 1st testi yang saya hantar kat MyAlif yang bertarikh 4/8/2007.
MyAlif add as friend saya kat Friendster.
Setelah saya approve, dengan serta-merta testi ini pon dihantar.

.

.

.

Then, MyAlif reply my testi.

Cam siot je rasa dia bole reply testi camni kat saya.
Sesape kawan saya yang penah satu kelas dengan saya dan MyAlif;
Masa darjah 3 A tahun 1996 di SK Bandar Baru Selayang dulu.
Mungkin anda akan mengingati peristiwa...
Saya kena kejar dengan anak anjing waktu PJK dulu.
Masa tu saya bersemangat dok jogging kat luar kawasan skola.
Skali amek kau, ada anak anjing yang kiut-miut telah mengejar saya.
Kalo yang tak ingat tu, buat-buat ingat la ea.
Kemudian, saya pon menjawap:




.

.

.

MyAlif pon berkata:
Bole pulak dia reply camni kat saya.
"Padan muka, mungkin anjing tu suka tengok kau COMEL SANGAT time tu kot (merujuk kepada time PJK)."

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Saya rasa cam baru semalam je berbalas-balas testi dengan MyAlif kat Friendster tu.
Pejam celik, pejam celik.
Tau-tau dah 3 tahun masa tu berlalu pergi.
Kalo la MyAlif baca balik testi yang dia hantar ni kat saya;
Mesti dia akan tergelak.
Maybe dia tak caya kot yang dia penah hantar testi yang mengandungi ayat-ayat "slumber" camtu kat saya.
Alaa... Lagipun, masa ni kteorg tak de pape perasaan lagi.
Kalo dilihat dengan secara teliti;
Ayat-ayat tersebut menggunakan panggilan nama "kau dan aku".

Then, setahun selepas tu baru panggilan nama itu bertukar.
Daripada panggilan "kau dan aku" kepada panggilan "Mr.Teddy dan Cik Bebear".

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Nak tahu di sebalik kisah tentang "Mr.Teddy dan Cik Bebear" tu, please stay tune okeh!
Nanti saya akan ceritakan pada entry yang akan datang.
Saya tengah RINDU kat MyAlif ni.
Hari ni genap la 3 minggu dia pergi belayar.
Wah, cepat pulak rasanya masa tu berlalu.
Rasa cam baru semalam je MyAlif btau yang dia dah nak naik kapal.
Minggu depan dah jadi sebulan dia belayar.
Harap-harap la minggu ni atau minggu depan kapal MyAlif akan masuk port kat Kemaman tu.
Boleh la saya melepaskan kerinduan nanti dengan msg @ call dia.
Bonus untuk saya sekiranya saya dapat ber"3G" dengannya.
At least, saya dapat menatap wajahnya.
Walaupun saya kini berada beratus-ratus kilometer jauh daripadanya.
Sayang, walaupun dirimu jauh di mataku;
Akan tetapi ketahuilah olehmu bahawa dirimu selalu dekat di hatiku.

.

.

.

NUR FARIHIN SAYANG ALIF!!!

Saturday, February 6, 2010

Bila Idea Nak Menulis Tak Muncul-muncul...

Salam,smue~
Aritu saya ada blogwalking blog Zura.
Skali saya dah kena tagged la pulak. Hehe! =)
Memandangkan sekarang ni saya tak de idea nak menulis;
Saya dengan rela hati jawab tagged ni.


.

.

.


1. Adakah anda rasa anda hot?

Saya sangat-sangat HOT di mata MyAlif~ Hehe! =P

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

2. Upload gambar kegemaran anda.

Taraaa.... Ni laa gambo fevret saya.



. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

3. Cerita pasal gambar.

For your information, ni la 1st pic yang MyAlif MMS kat saya dulu masa kteorg berstatus "teman tapi mesra". Dan, ni la 1st time saya berkawan dengan budak ALAM yang merangkap kepada ex-classmate saya yang dah lama giler lost contact. Kteorg lost contact kira-kira 7 tahun. Then, terjumpa balik kat dalam friendster. Adakah ini dinamakan JODOH?

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?

Dengan my ex-rumate bilik G5C-104 kat Pizza Hut BP Mall.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

5. Lagu terakhir yang anda dengar?

Guy Sebastian - Angel brought me here.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?

Facebooking & blogwalking.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

7. Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa?

Kak Long, Ein, P-innz, Pai, Kak Fain, Rihin, i-in, Ayg, Baby.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

8. Tag lagi 6 orang.

Kak Yat
Ryna
Teha

Kak Ikin
Kak Elly
Faiz Farish


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

9. Siapakah orang no.1 pada anda?

Mama kepada Eryssa Qiestina Mohd Ekhram Sharif yang comel.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

10. Kata sesuatu mengenai orang no.5?

Inn x sabar nak tunggu Kak Elly selamat melahirkan anak.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

11. No.3 ada hubungan dengan siapa?

Teha sedang bercintan-cintun dengan Amal.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

12. Bagaimana pula orang no.4?

Kak Ikin baru je lepas abes pantang.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

13. Pesanan kepada orang no.6?

Inn nak rasa sotong tepung goreng yang dimasak oleh Chef Faiz.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

14. Apa kelebihan yang anda nampak pada orang no.2 ini?

Ryna pandai wat brownies. Tetibe je terliur nak mkn brownies.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...