Setelah sekian lama aku mendiamkan diri daripada kancah penulisan blog,
Kini daku muncul kembali di sini.
Mencoretkan apa yang terbuku di hati.
Entah mengapa jari jemari ku ini seperti malas untuk menaip apa yang ingin ku ungkapkan.
Biarlah segala memori ku itu menjadi kenangan di sanubari.
Kini daku muncul kembali di sini.
Mencoretkan apa yang terbuku di hati.
Entah mengapa jari jemari ku ini seperti malas untuk menaip apa yang ingin ku ungkapkan.
Biarlah segala memori ku itu menjadi kenangan di sanubari.
Mungkin ada yang merindui celoteh aku di sini.
Mungkin juga tidak ada yang merindui aku.
Alhamdulillah...
Kini, aku berada di semester akhir.
Jikalau mengikut perkiraan, pada bulan Januari tahun 2012 aku akan menamatkan pengajian.
[sumber: Google]
Selepas itu, maka bermulalah episod mencari pekerjaan.
Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan olehNYA.
Aku akui bahawa tatkala ini aku masih lagi mempunyai semangat untuk belajar.
Semangat untuk meneruskan pengajian ke peringkat Master.
Akan tetapi... Aku harus berkorban demi adik-adikku.
[sumber: Google]
Memandangkan aku ni anak yang sulung,
Aku perlu mencari pekerjaan terlebih dahulu.
Biarlah ku simpan cita-citaku itu.
Moga impian aku untuk memiliki Master akan tercapai sebelum umurku 30-an.
Amin.....
[sumber : Google]
Sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA.
Setiap apa yang berlaku itu, pasti ada hikmahNYA yang kita sendiri tidak tahu.
p.s: Entah mengapa hati ini mudah tersentuh pabila melihat semakin ramai sahabat yang melangsungkan majlis pertunangan, majlis pernikahan dan menimang cahaya anak.
No comments:
Post a Comment
Thanks for leaving a comment...