TABUNG KAWEN LAGI

Showing posts with label Dalam Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Dalam Kenangan. Show all posts

Saturday, November 5, 2011

Yey! Yey! Saya Dah Boleh Konvo... (^___^)



Alhamdulillah... Syukur sangat-sangat.
Setelah bertungkus-lumus minggu lepas, ulang-alik KKTU-FKEE.
Akhirnya usaha inn membuahkan hasilnya.

Akhirnya, Dekan FKEE meluluskan pengecualian kredit untuk subjek Teori Litar Elektrik.
Maka, dengan ini saya NUR FARIHIN BINTI WAHAB.....

.

.

.

drum rolls please!!!

.

.

.

QUALIFIED FOR GRADUATION :)


Divider Graphics


Alhamdulillah... Syukur, Ya Allah!!!
inn layak untuk PENGANUGERAHAN Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian.
Yey! inn dah boleh konvo tahun depan. (^___^)


Wahhh... Lagi 2 bulan, 2 minggu, 3 hari je lagi inn nak habis blaja.


Divider Graphics


Semester ni pun inn hanya ambil 2 subjek je!
Subjek "Engineers in Society" dan "Electrical Machine and Drives".
Mudah-mudahan inn boleh score semester ni dan dapat naikkan CGPA. Amin! :)



Sekarang ni, inn dah mula busy nak update resume dan apply kerja.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan inn untuk mendapatkan pekerjaan kelak.
Ya Allah, please shows me the way! insya-Allah.


Divider Graphics


Pre-Convo yang setahun awal. hihi~ :D


Sebenarnya jubah ni kteorang pinjam ex-rumate punya.
Sebab ex-rumate convo tahun ni dan kteorg pulak convo tahun depan.
Btw, kteorang tumpang la sekaki join dorang photoshoot untuk pre-convo.
At least, tahun depan kteorang tahu la camne nak lipat hud tu. hihi. :D
Takde la jadi caca-marba nanti kan kan kan? -_-


Divider Graphics


p.s: Bulan November/Disember musim untuk makan "nasi minyak". i liokeee! (^__^)


Tuesday, July 27, 2010

Pergi Takkan Kembali Lagi...

Salam.

Pagi tadi saya menerima SMS daripada adik Alif, Amir.
Dia memberitahu bahawa tok Alif yang berada di Kelantan baru saja meninggal dunia.
Disebabkan oleh penyakit darah tinggi.

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun

Dia memohon agar saya dapat menyampaikan berita ini kepada Alif.
Kapal Alif baru saja bergerak semula ke tengah lautan pagi semalam.
Oleh itu, sukar untuk menghubungi Alif pada ketika ini.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Saya pun segara untuk menghubungi pejabat Alam Maritim.
Tetapi, hanya mesin operator saja yang jawab. Hampa!
Nasib baik la saya teringat yang tunang Kak Dyana satu kapal dengan Alif dulu.
Saya meminta nombor telefon satelit untuk kapal Setia Azam dan emel.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Mula-mula saya cuba untuk menghubungi kapal Setia Azam tu.
Ada orang yang jawab panggilan telefon.
Barangkali mungkin kapten kapal.
Saya sempat cakap "Hello... Hello..." saja, disebabkan panggilan telefon telah terputus.
Mungkin disebabkan kredit HP saya yang tidak mencukupi.
Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk menghantar emel kepada kapten kapal tersebut.
Diharapkan moga berita ini dapat disampaikan kepada Alif.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Buat Alif sekeluarga,

Takziah diucapkan.
Moga kalian semua tabah dan sabar menempuhi dugaan ini.
Moga roh arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Al-Fatihah!

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

- PERGI TAK KEMBALI -

Setiap insan pasti merasa.
Saat perpisahan terakhir.
Dunia yang fana akan ditinggalkan.
Hanya amalan yang dibawa.

Terdengar sayup surah dibaca.
Sayunya alunan suara.
Cemas di dada... Lemah tak bermaya.
Terbuka hijab di depan mata.

Selamat tinggal pada semua.
Berpisahlah kita selamanya.
Kita tak sama nasib di sana.
Baikkah atau sebaliknya.

Amalan dan takwa jadi bekalan.
Sejahtera bahagia pulang... Ke sana.

Sekujur badan berselimut putih.
Rebah bersemadi sendiri.
Mengharap kasih anak dan isteri.
Apa mungkin pahala dikirim.

Terbaring sempit seluas pusara.
Soal bicara terus bermula.
Sesal dan insaf tak berguna lagi.
Hancurlah jasad dimamah bumi.

Berpisah sudah segalanya.
Yang tinggal hanyalah kenangan.
Diiring doa dan air mata.
Yang pergi takkan kembali lagi.




p/s: B syg, be strong!!!

Friday, April 2, 2010

Al-Fatihah buat DIN BERAMBOI~ Kini, dia telah PERGI buat selama-lamanya. Aku pasti merindui lawak spontanmu itu.

Salam dan hai semua.

.

.

.

Berita ini sangat mengejutkan saya.
Tadi, ketika saya sedang blogwalking;
Terdapat beberapa bloggers yang mengucapkan takziah buat Din Beramboi.
Dalam hati saya terdetik, "Din Beramboi ni dah meninggal ke?"
Kemudian, untuk nak tahu berita ni sahih ke tak;
Saya search info pasal ni kat suratkhabar secara online.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Din Beramboi meninggal dunia

02/04/2010 1:50am


Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi


KUALA LUMPUR 2 April - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan




. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Berita ini disahkan lagi melalui facebook milik Afdlin Shauki.




Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah.
Doakanlah kesejahteraan buat allahyarham Din Beramboi.
Moga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.
Amin!!!

.

.

.

p/s: Saya pasti akan merindui lawak jenaka Din Beramboi. Saya tak jemu-jemu melihat aksi beliau di dalam Spontan. Kini, kita telah kehilangan pelawak yang berbakat besar.
Sesungguhnya Allah lebih menyayangi dirimu, Pakcik Din.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...