TABUNG KAWEN LAGI

Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Monday, October 25, 2010

Jenis-jenis Kegemukan.......

Salam dan hai semua.

.

.

.

Hari ni inn nak sharing jenis-jenis kegemukan dengan anda semua.
inn pun baru tahu yang sebenarnya kegemukan ni ada beberapa jenis.
Let's check it out!!!

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Kegemukan adalah di mana berat badan kita melebihi 20% daripada berat ideal.
Ini berlaku disebabkan oleh kalori yang memasukki ke dalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan.
Maka, ia akan menyebabkan berlakunya pengumpulan lemak di bahagian-bahagian badan yang tertentu.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu:

.

.

.

GEMUK AIR


@ Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.

@ Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

GEMUK ANGIN

@ Perut terasa sebu. Adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.

@ Mudah mendapat sakit kepala.



GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN:
Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

GEMUK DAGING


@ Badan berasa berat dan pejal.

@ Mudah penat apabila melakukan tugas harian.

@ Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

@ Proses penurunan melalui perpeluhan dan megikut pantang yang disarankan.



GEMUK DAGING:
Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN mudah untuk menurunkan berat badan.
Tetapi, GEMUK DAGING mengambil sedikit masa untuk menurunkan berat badan.
Ini kerana, GEMUK DAGING berpunca daripada lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

.

.

.

BERAT BADAN SENANG NAIK, PAYAH NAK TURUN!!!


Friday, October 22, 2010

Jika Website Adalah Pelajar Universiti...



1. Facebook = Facebook seorang yang macho dan cool serta mempunyai ramai peminat. Dia juga selalu merasa rendah diri walaupun dirinya sangat hebat.



2. Twitter = Twitter pulak orangnya cute dan kecik-kecik je! Dia juga peramah dengan kebanyakan orang menyebabkan dia disenangi ramai walaupun dia tidak sehebat Facebook dan Myspace.



3. Myspace = Myspace juga seperti Facebook. Dia macho dan cool, mungkin lebih stylo sedikit daripada Facebook. Tetapi akibat sikapnya yang sombong, peminatnya telah beralih arah kepada Facebook yang lebih mesra dan tidak sombong.



4. Wikipedia = Wikipedia adalah seorang yang nerdy. Walaupun dia tidak cukup hensem, tapi pelbagai maklumat berinformasi di"save"kan di dalam kepalanya. Dia merupakan sumber rujukan pelbagai info kepada rakan-rakannya yang lain.



5. DeviantART = DevianART pula adalah seorang yang low-profile. Tapi, sangat berbakat dalam bab-bab art ni. Kebanyakan karyanya dikagumi ramai.



6. YouTube = YouTube pulak lebih ramai peminat berbanding dengan Facebook walaupun dia tidak hensem. Kerana dia mempunyai pelbagai koleksi video untuk tontonan umum. Bertambah ramai peminat apabila video hampir 18SX, 18PL dan 18SG juga turut disajikan jika ada permintaan.



7. Google = Beliau lebih dikenali sebagai Profesor Google. Beliau paling famous kerana beliau adalah sumber rujukan masyarakat dunia. Semua orang mengenali beliau. Tanya apa saja kepada beliau, pasti akan ada jawapannya.






Sumber: [Klik Sini]


Tuesday, March 2, 2010

Oh, sangat BAHAYA! Sekiranya kita TIDUR dengan LAMPU yang MENYALA. Ia boleh menyebabkan KANSER~

Salam kepada pembaca yang budiman~

.

.


.


Hari ini, saya nak berkongsi dengan anda semua tentang...
Betapa bahayanya kita tidur dalam keadaan lampu yang menyala.




. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Sebenarnya, saya baru saja mengetahui betapa bahayanya kita tidur dalam keadaan lampu yang menyala.
Perkara ini diberitahu oleh pensyarah saya yang mengajar subjek "Elektromagnet Gunaan" ketika di dalam kelas baru-baru ini.
Oh, sangat bahaya rupa-rupanya tidur dalam keadaan lampu yang menyala~

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

SILA AMBIL PERHATIAN!!!

Kenapa tidur dalam keadaan lampu yang menyala ini sangat berbahaya?


1) Boleh menyebabkan kanser payudara


"... and you could reduce the chances of getting breast cancer. Dramatic new research shows the risks to women of artificial lights at night, in or out of bed."
By: Geoffrey Lean, Environment Editor.
[sumber]


"Electric light as a driver of the breast cancer epidemic worldwide that's a dramatic big thing."
By: Professor Richard Stevens, the University of Connecticut. [sumber]


"Melatonin levels at night are reduced to 50% by exposure to a low-level incandescent bulb for only 39 minutes, and it has been shown that women with the brightest bedrooms have an increased risk for breast cancer. Reduced melatonin production has been proposed as a likely factor in the significantly higher cancer rates in night workers." [sumber]


2) Berisiko menghidap penyakit leukemia


Kanak-kanak yang tidur dengan lampu yang menyala berisiko menghidap leukemia.


Para ilmuwan menemukan bahawa tubuh memerlukan suasana yang gelap dalam menghasilkan zat kimia untuk melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas dapat menghentikan produksi zat melatonin. Tubuh memerlukan zat kimia tersebut untuk mencegah kerosakan DNA.



"Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan zat melatonin akan menurun." - Prof. Russle Reiter dari Texas University.


Sebuah konferansi tentang anak penderita leukemia yang diadakan di London menyatakan bahawa orang yang menderita kanser akibat terlalu lama menggunakan lampu tidur di malam hari berbanding dengan mereka yang tidak pernah menggunakan lampu pada waktu tidur.

[sumber]

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Sekiranya anda takut pada kegelapan, anda disarankan untuk menggunakan bola lampu yang suram berwarna merah atau kuning ketika tidur.

.

.

.

Adakah anda tidur dalam keadaan lampu yang menyala?

Sekiranya jawapan anda "YA";
Inilah masanya untuk berubah, anda mampu mengubahnya!
Sebelum ia terlambat~



p/s: Saya lebih suka tidur dalam keadaan yang gelap berbanding dengan keadaan yang terang.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...