TABUNG KAWEN LAGI

Showing posts with label Diet. Show all posts
Showing posts with label Diet. Show all posts

Monday, October 25, 2010

Jenis-jenis Kegemukan.......

Salam dan hai semua.

.

.

.

Hari ni inn nak sharing jenis-jenis kegemukan dengan anda semua.
inn pun baru tahu yang sebenarnya kegemukan ni ada beberapa jenis.
Let's check it out!!!

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Kegemukan adalah di mana berat badan kita melebihi 20% daripada berat ideal.
Ini berlaku disebabkan oleh kalori yang memasukki ke dalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan.
Maka, ia akan menyebabkan berlakunya pengumpulan lemak di bahagian-bahagian badan yang tertentu.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu:

.

.

.

GEMUK AIR


@ Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.

@ Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

GEMUK ANGIN

@ Perut terasa sebu. Adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.

@ Mudah mendapat sakit kepala.



GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN:
Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

GEMUK DAGING


@ Badan berasa berat dan pejal.

@ Mudah penat apabila melakukan tugas harian.

@ Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

@ Proses penurunan melalui perpeluhan dan megikut pantang yang disarankan.



GEMUK DAGING:
Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN mudah untuk menurunkan berat badan.
Tetapi, GEMUK DAGING mengambil sedikit masa untuk menurunkan berat badan.
Ini kerana, GEMUK DAGING berpunca daripada lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

.

.

.

BERAT BADAN SENANG NAIK, PAYAH NAK TURUN!!!


Friday, March 5, 2010

Ini adalah betul-betul. Bukannya cobaan! Ada sesape yang tau tak camne nak kecik kan "PEHA" & "PUNGGUNG"?

Salam dan hai semua~

.

.

.




Ada sesape tak yg tau camne nak kecik kan PEHA dan PUNGGUNG?
Serius ni! Ini betul-betul. Bukannya cobaan.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Sejak saya berhenti sukan selepas wat operation tonsil bulan 12 tahun 2007 yang lalu, peha dan punggung saya makin membesar dengan jayanya.

Peha ni dah macam peha ayam KFC.


Kalo wat goreng pun sodaaaaaapppp!!!


Oleh itu, saya nak minta tips ataupun petua-petua daripada anda semua yang boleh membantu saya mengecilkan peha dan punggung saya ini.


Terima kasih berjuta-juta lemon saya ucapkan kepada anda semua.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Betul ke kalo seseorang tu aktif sukan, pastu dia berhenti sukan tiba-tiba badan dia akan naik bagai dipam-pam?

Urm... Saya rasa btol kot.

Sebab saya tengok, ramai orang yang aktif sukan akan mengalami pertambahan berat badan selepas mereka berhenti sukan.

Saya salah seorang yang tergolong dalam kategori tersebut.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Berat badan saya bertambah antara 10-15kg selepas saya berhenti sukan.

Sekarang ni, saya tengah melakukan misi saya untuk tidak makan nasi selama 99 hari bermula 1 Mac yang lalu.

Mungkin otot-otot saya yang dulu, kini dah jadi lemak. Oh, no! =(

Kini, saya gigih untuk menurunkan berat badan saya seperti dahulu.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...