.
.
.
Saya ada cerita PANAS nak kongsikan dengan anda semua.
Cerita ni adalah luahan hati seorang insan.
Hayatilah kisah ini dengan sepenuh perasaan anda.
Jadikan ia sebagai tauladan untuk kita semua.
. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .
Kisah ini pun bermula.......
.
.
.
Aku menggeliat sepuas-puasnya. Nasib baik takde siapa nampak cara aku menggeliat. Mahu jatuh saham aku. Huhu!
Tiba-tiba aku teringat kisah semalam. Airmata ku terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Nape bapak aku tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk gile. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takde. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat-sangat.
Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut ku terasa lapar.
Aku bangun dan capai tuala. Dan terus masuk ke bilik mandi.
Lepas mandi, aku belek-belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis-habisan kalau bapak aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain-lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!
Aku turun ke bawah. Baru je nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapak aku balik awal ni???
Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapak aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!
Bila bapak aku buka je pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku berkata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"
[Gambar: Daripada pakcik google]
Bapak aku terus menjenggilkan mata sebesar-besarnya. Macam ada api keluar! Panggggggggggggggggggg. Bapak aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.
"Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."
Pangggggggggggggggggggg....! Aku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.
"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "RAZALI", tup tup lekat jadi AZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".
Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.
SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!!!
.
.
Korang rasa memang patut tak bapak budak ni kasi penampar kat dia?
Siapa yang bersalah dalam hal ni?
Budak yang kena penampar tu?
Bapak dia? Ataupun kedua-duanya?
p/s: Thanks to Shafiq Sidqi kerna sudi berkongsi cerita PANAS ni.