TABUNG KAWEN LAGI

Tuesday, June 28, 2011

CONTEST PHOTO COUPLE: "WE ARE NOT PERFECT"

Assalamualaikum dan hai semua.

.

.

.

Dah lama rasanya inn tak join contest.
Masa inn blogwalking kat blog Mrs. Fuain tadi, inn terjumpa la contest ni.
Mana la tahu kot-kot ada rezeki bakal pengantin nanti ke kan? hehe!

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


CONTEST PHOTO COUPLE:
"WE ARE NOT PERFECT"


Anjuran: Cik Hazirah dan boifrennya, Adib.

.

.

.

Syarat-syarat adalah seperti berikut:





PEMENANG TERBAIK
akan memenangi wang tunai sebanyak



. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

1. Menjadi FOLLOWER blog Cik Hazirah. (done!)


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

2. Buat satu entry mengenai contest ini. (done!)

http://innzchubby.blogspot.com/2011/06/contest-photo-couple-we-are-not-perfect.html

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

3. Upload gambar anda bersama pasangan anda. (done!)



. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

4. Ceritakan secara ringkas saat pertemuan pertama anda bersama si dia. (done!)

.

.

.

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, hari ni genap 15 tahun, 5 bulan, 3 minggu dan 6 hari kami menjadi sahabat.
Dan hari ini juga genap 1122 hari (3 tahun, 3 minggu dan 5 hari) kami bersama.






By the way, kami mula bersahabat ketika di bangku sekolah rendah lagi. inn mula mengenali Alif ketika kami sekelas masa darjah 3 pada tahun 1996 di SK Bandar Baru Selayang. Masa tu takde apa-apa perasaan la. Sekadar teman sepermainan sahaja. Ketika kami mula melangkah ke alam sekolah menengah pada tahun 2000, kami terus lost contact antara satu sama lain walaupun rumah kami dalam satu taman perumahan yang sama. Ini kerana, ketika itu inn bersekolah di SMK Darul Ehsan manakala Alif pula bersekolah di SM Ideal Heights.


7 tahun kemudian...
Tahun 2007, ketika itu inn sedang melanjutkan pengajian peringkat diploma di
UTMKL manakala Alif pula sedang melanjutkan pengajian di Akademi Laut Malaysia (ALAM) di Terengganu. Tak sangka pula yang kami dipertemukan semula di Friendster. Dulu-dulu Friendster antara laman sosial yang famous selain Myspace. Facebook pun tak wujud lagi. hehe!


.tanggal 4 Ogos 2007 inilah mempertemukan kami semula setelah 7 tahun kami lost contact.


Setelah 9 bulan hanya bertemu di alam maya, kami mula mengatur pertemuan pertama untuk bertemu di alam yang nyata pula. Ketika itu, Alif baru saja menamatkan praktikal selama 6 bulan di atas kapal. Ketika itu, hubungan kami sudah menjadi "teman tapi mesra".


Saat inilah bermulanya pertemuan pertama kami...

.

.

.


Tarikh: 28 Mei 2008
Tempat: Times Square


.inn yang malu-malu kucing bila Alif nak snap pic inn.



.dalam hati ada taman bunga-lahhh.



.konon-konon inn buat taip mesej.


Kiranya ni la first time date kami. inn sempoi gila je masa tu. Dah la first time jumpa dengan Alif, tak pakai make-up langsung. Bayangkan la inn just pakai jersey Manchester United + seluar jeans + tudung bawal je! Budget natural beauty la sangattt. hehe~ Lagipun inn ni memang jenis tak suka pakai make-up. Kalau beli compact powder pun, boleh guna sampai 2,3 tahun. hihihi. Bagi inn, biarlah dia terima diri kita seadaanya. Tak perlu la nak jadi orang lain kan? Dan... balik je daripada first date tu, Alif tujukan lagu "If You're Not The One" nyanyian Daniel Bedingfield. inn memang tak cam la siapa yang nyanyikan lagu ni. Terus cari kat Youtube.



Bila hayati dan tengok lirik lagu tu, tanpa diduga inn nanges! Rasa sebak sangat. Dalam hati inn masa tu terdetik "mungkin dialah prince charming yang inn nantikan selama ni". Moga Allah swt memberkati perhubungan kami ini dan ia berakhir dengan lafaz ijab dan qabul sebagai suami isteri yang sah. Amin Ya Rabbal Alamin.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

5. Pastekan link entry mengenai contest ini di komen post ini. (done!)


http://ohbudaktecit.blogspot.com/2011/06/contest-photo-couple-we-are-not-perfect.html





p.s: Maaf ye sekiranya cerita tentang pertemuan pertama inn dan Alif ni panjang sangat.

12 comments:

Thanks for leaving a comment...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...