TABUNG KAWEN LAGI

Wednesday, June 16, 2010

5 sebab kenapa saya jarang update blog sejak dua menjak tiga menjak ni...

Salam dan hai semua.

.

.

.

Sejak dua menjak tiga menjak ni, inn dah jarang update blog.
inn nak minta maaf kepada mereka yang ternanti-nantikan entry terbaru blog inn.
Di sini inn nyatakan 5 sebab kenapa inn jarang update blog.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

1) Tiada kemudahan internet secara peribadi.

Ini bermaksudnya:

inn hanya akan update blog sekiranya berada di UTHM sahaja. Sebab ada kemudahan wi-fi.



Di rumah inn tiada kemudahan internet seperti wi-fi, wimax ataupun broadband.
Kalau betul-betul rasa nak update blog tu, terpaksa la pergi ke cybercafe.
Maka, akan berlakulah pembaziran wang.
Sebab inn suka online lama-lama. Hehe! :D




Ada sesiapa tak yang baik hati nak bagi broadband secara percuma kat inn?

[sumber: pakcik Google]

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

2) Asal hari Khamis je balik rumah. Hari Isnin baru balik UTHM semula.

Ini bermaksudnya:

Sekarang ni inn sedang mengambil semester pendek di UTHM.
Kelas inn hanya pada hari Selasa, Rabu dan Khamis saja.
3 hari ada kelas, 4 hari cuti. I liokeeeee. Hehe! :D :D :D
Setiap kali lepas habis kelas pada hari Khamis, inn akan pulang ke rumah.
Kemudian, pada hari Isnin baru inn pulang semula ke UTHM.




Lihat la betapa banyaknya tiket bas yang inn beli.



Bila dah balik rumah tu, maka tiada la kemudahan internet.
Banyak menghabiskan masa bersama dengan insan yang tersayang saja.
Takkan la nak 24/7 asyik nak menghadap laptop je kan.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

3) Menghadiri jemputan undangan majlis perkahwinan.

Ini bermaksudnya:

Musim cuti sekolah ni, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis perkahwinan.
Memang terlalu banyak jemputan undangan majlis perkahwinan yang inn terima.
Sila lihat entry Jom makan nasi minyak untuk mengetahui betapa banyaknya undangan yang diterima.



inn sempat menghadiri majlis perkahwinan:

1) Zaza & Hafez @ Gombak - 30 Mei 2010
2) Ain Husna & Syahril @ Ipoh - 5 Jun 2010
3) Maryitah & Firdaus @ Alor Star - 12 Jun 2010
4) Herman & Shafidah @ Sg. Petani - 13 Jun 2010



Dan, inn masih ada 3 lagi jemputan kenduri kawen yang perlu dihadiri:

1) Leen & Hasli @ Kluang - 27 Jun 2010
2) Gee & Shafie @ Melaka - 27 Jun 2010
3) Thalha & Hazlin @ Johor Bahru - 25 Julai 2010



inn ingin memohon maaf kepada mereka yang ada menjemput inn ke majlis perkahwinan;
Tetapi inn tak dapat nak menghadirkan diri ke majlis tersebut.
Di kesempatan ini, inn ingin ucapkan "Selamat pengantin baru!!!".
inn doakan moga jodoh kalian berkekalan hingga ke akhir hayat.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

4) Memanfaatkan masa bersama dengan insan yang tersayang.

Ini bermaksudnya:

Insan yang tersayang merujuk kepada keluarga tersayang, MyAlif dan my BFF.


.

.

.

i. Bersama keluarga tersayang

Memang sangat seronok bila dapat balik rumah. Heaven! :D




ii. Bersama MyAlif

Keluar bersama MyAlif ketika dia masih bercuti hari tu.




iii. Bersama my BFF.

Sempat bertemu dengan Fatin Filzah dan Aimi Farhana. Shokshek! =P

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

5) Banyak cerita yang ingin dikongsikan bersama tetapi.....

Ini bermaksudnya:

Apabila virus M**** datang menyerang, inn lebih suka blogwalking saja.
Masih sempat membaca entry terbaru daripada rakan-rakan yang lain.
Kalau ikutkan macam-macam cerita yang ingin inn kongsikan bersama.


[sumber: pakcik Google]


Moga jari jemari ini kembali aktif untuk menaip entry yang terbaru selepas ini.
inn nak ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi singgah ke blog inn walaupun sejak kebelakangan ni inn dah jarang update blog.





p/s: Dah seminggu MyAlif belayar untuk mencari rezeki di tengah lautan. Sehingga kini, MyAlif masih belum dapat dihubungi. :(


Wednesday, June 9, 2010

Bon Voyage, Mon Amour~

Salam dan hai semua.

.

.

.


Phewwww!!! Dah lama rasanya jari jemariku ini tidak menaip entry terbaru di Blog AnakPakWahab.
Maaf kepada mereka yang ternanti-nantikan entry terbaru daripada inn.
Sebenarnya banyak je cerita yang ingin inn kongsikan dengan anda semua.
Tapi... Entah la. Sejak dua menjak ni, inn rasa takde mood je nak update blog.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Hari ni, MyAlif dah naik kapal setelah seminggu standby kat Kemaman tu.
Maka, bermula la kembali kerjayanya sebagai seorang jurutera marin.
Dengan ini, akan bermula la episod Percintaan Jarak Jauh @ PJJ.
Nasib baik la ada geng-geng chenta orang kapal yang begitu memahami.
Hanya mereka yang mengalami saja, yang akan memahami apa yang dirasakan.
Moga hati ini semakin tabah menempuhi segala dugaan dan rintangan dalam kehidupan.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Onboard kali ni, MyAlif masih lagi bekerja dengan company Alam Maritim.
Dan masih lagi menaiki kapal yang sama seperti sebelum ini iaitu Kapal MV Setia Azam.




Alif, sayang~
Jaga dirimu dengan sebaik yang mungkin.
Bekerjalah dengan penuh dedikasi dan utamakan keselamatan diri.
Jangan tinggalkan solat dan sentiasalah berdoa kepadaNya.
Semoga dirimu sentiasa dilindungi oleh Allah swt.
Ku doakan moga dirimu selamat pulang ke daratan kelak.

Ketahuilah olehmu bahawa Nur Farihin tetap
SETIA dan SABAR menanti kepulanganmu.



BON VOYAGE, MON AMOUR!!!

Je t'aime et tu me manques


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

inn ada wat surprise untuk MyAlif sempena birthday dia yang ke-23 hari tu.
Ni laa dia surprise untuk birthday MyAlif.
Jeng... Jeng... Jeng...

.

.

.

.

.

.

.


. SURPRISE CUPCAKES FOR HIM .


Comey tak cupcakes ni?



Theme: Marine/Nautical.


Thanks a lot to Kak Jun!
Sebab sudi terima tempahan cupcakes inn walaupun dah fully booked untuk bulan 5.
inn buat tempahan cupcakes ni secara online je.
Cupcakes tu sangat sedaaaaaaaaappppppp!!!!!
Family MyAlif pun suka juga dengan cupcakes ni. :D



Kepada mereka yang berminat nak buat tempahan, boleh la singgah kat blog Kak Jun.
Ada macam-macam jenis kek dia buat termasuk la kek bentuk handbag, barbie, Ben 10 dan sebagainya.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Bila MyAlif dah naik kapal ni, maka boleh la bermulanya kembali program diet inn.
Tapi, program ini akan bermula selepas tamatnya jemputan makan nasi minyak. Hihi.
Kang masa tengah diet nanti, tak pasal-pasal pulak inn ngidam nak makan nasi minyak kan.
Kepada kawan-kawan yang ada menjemput inn untuk menghadiri majlis perkahwinan;
Terima kasih inn ucapkan atas jemputan anda itu.
Maaf, sekiranya inn tidak dapat menghadirkan diri pada majlis perkahwinan tersebut.


SELAMAT PENGANTIN BARU!!!


Moga jodoh kalian berkekalan hingga ke akhir hayat.
Amin Ya Rabbal Alamin.





p/s: Kak Hanin, sorry ye inn datang kejap je birthday party Kyra hari tu kat Kidzports. Sebenarnya, inn rushing nak kena ambil cupcakes ni kat USJ sebelum pukul 6 petang.

Wednesday, June 2, 2010

Dah 2 tahun kita bersama. Rasa baru semalam aku mengenali dirimu. Terasa masa ini cepat saja berlalu.

Salam dan hai semua.

.

.

.

Maaf ye sebab inn dah lama tak update blog kesayangan ni.
Asal weekend je, inn balik rumah dan banyak perkara yang menanti.
Termasuk la untuk berjumpa dengan incik pelaut kesayangan saya tu.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Hari ni dah 2 Jun 2010.


Ini bermakna, dah 2 tahun inn bersama dengan MyAlif.
Alhamdulillah. Moga perhubungan ini akan berakhir dengan perkahwinan.
Insya-Allah. Mudah-mudahan hendaknya. Amin!
Susah senang kita tempuhi bersama.
Kita saling melengkapi antara satu sama lain.
Kita belajar mengenali hati budi masing-masing.
Kita belajar untuk memperbaiki diri masing-masing agar kita menjadi lebih baik.
Ya, Allah! Terima kasih kerna mempertemukan kami semula setelah 7 tahun kami terpisah.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

HAPPY 2nd ANNIVERSARY, SAYANG!!!

HAPPY 24th MONTHSARY, SAYANG!!!


This BIG card for you!



I love you more and more, always and forever!




p/s: MyAlif dah naik kapal semula. Mungkin dalam minggu ni, dia dah nak pulang ke Kemaman untuk standby naik kapal. Duhai hati, bersiap sedialah untuk menempuhi segala dugaan yang akan datang. Moga TABAH dan SETIA menanti kepulangannya. *sob *sob *sob :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...