TABUNG KAWEN LAGI

Friday, April 30, 2010

Bila rasa "down", dengarlah lagu ni... Pasti akan rasa lebih berSEMANGAT semula!!!

Salam dan hai semua.

.

.

.

Lagu ni memberi inn semangat bila inn rasa "down".


|| Mendua - Hampir Ke Situ ||

Aku sedar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkah ku miliki


Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmah
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya cuba


(korus)

Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ


Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan guna
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu


(ulang korus)

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama
Oh......


(Ulang korus)







p/s: Lagu ni juga merupakan OST Duyung - lakonan Saiful Apek, Yasmin Hani, Awie.

Wednesday, April 28, 2010

Manusia sentiasa diuji. Hari ini, hari dia. Esok mungkin hari kita pula.

Salam dan hai semua.

.

.

.

Hari ni, inn nak share sesuatu yang agak sedih dan menyayat hati dengan anda semua.
Cerita ni inn terima daripada email yang telah di"forward"kan oleh rakan sekelas.

* Sila sediakan tisu untuk mengelap air mata anda!


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Kisah ini pun bermula.......
(Ini bukan kisah tentang diri inn. Sebab ada readers yang sebelum ni ingat ni kisah inn.)

.

.

.

Saya, Rohaiza bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan daripada pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah bte Mohamed Helmi yang berusia 3 bulan tidak sihat.


Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen disebabkan tali pusat sudah terkeluar.


Apabila doktor scan (MRI) otak anak saya, doktor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.


Kaki ini bagaikan tidak jejak ke Bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk menerima hakikat apa yang doktor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.


Selepas 3 minggu, saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi, kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.


Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca Yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak saya masih tidak boleh menelan.


2 minggu lepas, anak saya dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Ketika itu, keadaan anak saya terlalu lemah hingga menyebabkan doktor sukar untuk mencari urat anak saya. Pilihan kedua ialah memasukkan line hingga ke tulang.


Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari, kaki anak saya bengkak. Apabila doktor membuat x-ray, rupa-rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line. Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi lain kerana kesan kurangnya oksigen di otak. Tambahan pula, kaki kanan anak saya bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu. Bukan anak saya yang berusia 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan. Kaki pula bersimen.


Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas melahirkan anak, begitu besar ujiaan untuk anak saya. Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujiaan yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana DIA sayangkan saya dan anak saya.


Di kesempatan ini, saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan SOLAT HAJAT agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.


Andainya terlalu berat permintaan saya inin, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYA-ALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatan dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.


Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepada rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kasihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu; emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini, saya sertakan panduan solat hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah itu Maha Mendengar doa daripada hambaNya.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Solat Hajat


1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. Teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk. Insya-Allah, Allah akan makbulkan.





Ayat Kursi


Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum,

la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um,

lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi,

man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii,

ya’-lamu maa bayna aydiihim wamaa khal-fahum,

walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a,

wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha,

walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa,

wahuwal ‘aliy-yul azhim
.



. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Lihatlah gambar baby Hana yang sungguh menyayat hati ini.
Bagi sesiapa yang sudah bergelar ibu, pasti anda lebih merasakan kesedihan.



Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini, Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah!



Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad kanak-kanak. Tiba-tiba pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar dimasukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah, tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.



Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.



Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.

.

.

.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.


Mudah-mudahan, Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali selepas solat fardu dan solat hajat.


Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakkal. Amin.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Buat baby Hana...
Moga dirimu cepat sembuh dan sihat seperti baby yang lain.
Mudah-mudahan.


Buat Kak Rohaiza...
Moga akak tabah menempuhi segala ujian yang diberikan oleh Allah.
Percayalah,kak! Setiap ujian yang berlaku ke atas diri kita ini pasti ada hikmahnya.
Moga akak terus "KUAT" menempuhi dugaan ini. Insya-Allah.

.

.

.

Di kesempatan ini, inn sedekahkan Al-Fatihah buat baby Hana.



p/s: Kepada mereka yang ingin memberikan nasihat, pengalaman dan ilmu untuk dikongsikan bersama Kak Rohaiza (ibu kepada Baby Hana) ini, bolehlah emailkan di:

rozex_3056@yahoo.com.my

Monday, April 26, 2010

Entry yang ditaip dengan cepat bak sepantas kilat!!!

Salam dan hai semua readers!

.

.

.

Maaf la kalo sejak kebelakangan ni inn jarang hapdate ini belog.
Sebab..... Sekarang ni, inn tengah final exam la kengkawan.
Ni pun curi-curi masa je nak hapdet belog kesayangan ambo ni.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Petang ni, inn ada paper ENGINEERING STATISTICS.
Doakan moga inn bole jawap & wat exam tu nanti ea.
Moga inn dapat jawap dengan hati yang tenang & tak wat silly mistakes!


SUBJECT: ENGINEERING STATISTICS
CODE SUBJECT: BSM 2922
DATE: 26 APRIL 2010
DAY: MONDAY
TIME: 2.30 - 5.00 P.M.
VENUE: BLOCK F2 (TOP HALL)
SECTION: 2
LECTURER: MADAM HAJAH NAFISAH @ KAMARIAH BINTI HAJI MD. KAMARUDDIN
(Amboi! Panjangnya nama lecturer Statistik inn ni.)


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Kepada kengkawan yang lain, yang tengah final exam mode sekarang ni.


GOOD LUCK & ALL THE BEST!!!


Bila tengok kucing ni, teringat kucing inn kat rumah tu.



p/s: Entry ni ditaip tak sampai 10 minit. Tak sabar nak tunggu MyAlif pulang!!!

Thursday, April 22, 2010

Dup Dap Dup Dap... Jantung ku dah mula berdegup kencang!!!

Salam dan hai semua.

.

.

.

DUP DAP DUP DAP...

Jantung inn dah mula berdegup kencang!

Sebab.......

Esok (23 April 2010) akan bermula la 1st paper untuk final exam sem ni.


SUBJECT: APPLIED ELECTROMAGNETICS a.k.a EMG
CODE SUBJECT: BEE 3223
DATE: 23 APRIL 2010
DAY: FRIDAY
TIME: 8.30 - 11.30 A.M.
VENUE: BLOCK F2 (GROUND FLOOR HALL)
SECTION: 7
LECTURER: MADAM ELFARIZANIS BINTI BAHARUDIN

(Amboi! Siap btau section bape & nama lecturer skali tu. Terima kasih Pn Elfa sebab ajar saya EMG.)


Hurmmm... Ni pun inn dok tunggang terbalik study.
Kejap study chapter 3 la, pastu belek-belek chapter 2 pulak.
Agak-agak dah blur sket tengok chapter 5, tak pun chapter 4.
Then, kalo rasa dah bosan tu godek-godek lappy jap! Hihi.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Kat sini inn nak wish kat kengkawan yang tengah final exam sekarang ni.














Hopefully, inn tak tetido masa jawap exam nanti.
Moga sejarah tetido masa jawap exam ni tak berulang lagi!



. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Okeh la, masa pun nampaknya mencemburui.
Inn nak sambung study balik dan sempat la lagi nak cover mana-mana part untuk esok ni.
Hopefully, masa jawap exam nanti inn dipermudahkan dan jawap dengan hati yang tenang.
Adios!!! Babai. Salam.



p/s: Selalu call mak & ayah sebelum jawap exam.

Wednesday, April 21, 2010

Menanti... Menanti... Dan, terus menanti~ Ku setia MENANTI kepulanganmu, sayang!

Salam dan hai semua readers!

.

.

.

20.01.2010 - 20.04.2010

Happy 3rd monthsary onboard, sayang!!!

Kalo ikutkan, hari ni MyAlif dah bole sign off.
Disebabkan takde krew yang nak gantikan tempat dia, so MyAlif tak bole sign off lagi.
Walaupun MyAlif tak dapat nak sign off, pagi-pagi buta tadi dia ada call & msg inn.
At least, terubat rasa rindu di hatiku ini pabila ku mendengar suaramu, sayang!

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Cakap semalam pun ada la dekat-dekat setengah jam.
Masa tu pale inn dah rasa pening sebab semalam kena hujan.
Kalo tak, mau je sejam lebih pun bole gayut lagi. Hehe! =D
Perbualan semalam lebih kepada soal family inn & final exam je.
Sebelum nak letak fon, macam-macam la pesanan yang diberikan.

Berikut merupakan pesanan daripada MyAlif:

"Jaga diri bebaik..."

"Kalo sakit tu, jangan lupa makan ubat!"

"Blaja rajin-rajin..."

"Wat yang terbaik untuk exam nanti..."


"I LOVE YOU SO MUCH!!!"


Di sini, diri ku terus menantikan kepulanganmu.
Menanti, menanti, dan terus menanti.....
Ku tetap setia menanti kepulanganmu, sayang!

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Walaupun penantian itu satu penyeksaan, tetapi.....
Momen-momen terindah tercipta pabila kita bertemu.
Tatkala itu, mata kita bertentangan.
Terukir wajah dengan senyuman.
Jantung mula berdengup kencang.
Tak terucap dengan kata-kata.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Masih segar dalam ingatan ku pertama kali kita bertemu.
Tatkala itu, kita diibaratkan "teman tapi mesra".
Masa tu, inn ada la jugak rasa admire kat Alif ni.
Tapi, inn pendamkan je kat dalam hati.
Kang tak pasal-pasal kuar la pulak pepatah yang berbunyi "perigi cari timba".
Kalo inn je syok kat dia, tapi dia x syok kat inn kang malu pulak inn nanti.
Ada la jugak inn bagi hint kat dia yang inn ni ada admire dia.
Tak tau la Alif ni paham ke tak. Hehe! =D
Akhirnya... Inn tak bertepuk sebelah tangan.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Jom tengok gambar ni.....
Inn baru tau yang Alif curi-curi amek pic inn masa first time kteorg jumpa.
Inn dapat tau pun masa kteorg jumpa bulan 12 tahun lepas.
Konon-konon masa tu inn nak bluetooth pic dia masa kat atas kapal.
Skali kantoi la pulak pic inn yang dia snap secara diam-diam.


Tarikh: 28.05.2008
Tempat: Foodcourt, Times Square.
Masa: 5.54 petang



Inn yang malu-malu kucing bila Alif nak snap pic inn.
Tapi, apsal mamat yang entreframe kat belakang tu yang senyum pulak? Hihi.



Wah!!! Boolat dan tembam nye pipi inn.
Baru inn perasan yang first time inn jumpa Alif, inn pakai inai kat jari.
Adakah ini suatu suratan ataupun kebetulan?



Konon-konon wat taip msg. Padahal dalam hati malu tu...


Kalo tak silap inn, masa tu kteorg sama-sama order nasi ayam + milo ais.
Slumber je inn jumpa dengan Alif masa tu pakai jersey Manchester United + suar jeans + sandal.
Takde pun nak make up sangat. Haha!

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Tetibe rasa cam baru semalam je jumpa dengan MyAlif.
Dia memang seorang yang pemalu.
Mulut inn ni cam bertih jagung.
Dok cite itu la, ini la.
Dia pun layan je apa yang inn cite.
He is a good listener + supporter!!!
Kang kalo dua-dua cakap, sape pulak yang nak dengar kan?



p/s: Tak sabar nak tunggu habis final exam ni. Harap-harap MyAlif dah sign off nanti. Bole la gi makan steamboat sama-sama. Yey!!! (^_____^)

Tuesday, April 20, 2010

Yey! Dapat AWARD lagi... (^___^)

Salam dan hai semua.

.

.

.

Maaf la inn tak dapat nak update blog ni since 5 hari yang lepas.
Sebab inn balik rumah kat Bandar Baru Selayang. Ada hal family.
Inn bawak je laptop balik rumah, tapi tak berkesempatan online pun.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Sebenarnya, dah lama inn dapat award ni daripada iqa.
Tapi, tak berkesempatan nak wat entry pasal award ni.
Ni merupakan 3rd award yang inn terima sejak berkecimpung dalam dunia blogging.
Thanks a lot!!! I really appreciate.



.

.

.


Syarat-syarat ambil award ni adalah:

1) Thank and linked the person that gave you the award.
>> Thanks to iqa for giving me this award!


2) Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered.

1. Zati
2. Zatil
3. Kak Yat
4. Kak Edriena
5. Kak ikin
6. Kak Ena
7. Kak Marsha
8. Hani
9. Zilot
10. Nina
11. Zura
12. Teha
13. Nana
14. Kak Eza
15. Kak Elly


3)
Contact and let them know they've won the award.
>> Inn dah btau mereka.


4) State 7 things about yourself:

>> Sedang menanti kepulangan MyAlif.
>> Sedang berusaha untuk menurunkan berat badan.
>> Tak sabar nak celebrate bday MyAlif + my bday + our anniversary sama-sama.
>> Insya-Allah, bakal bertemu dengan family MyAlif bila dia dah sign off nanti.
>> Tak sabar nak habiskan blaja. Insya-Allah, tahun depan tamat pengajian.
>> Dalam proses blaja memasak dengan mak & opah.
>> Tengah final exam. So, wish me best of luck k!




p/s: Bila la saya nak merasa dapat Dean List Award pulak ni?

Thursday, April 15, 2010

Kita selalu mendambakan pasangan yang SEMPURNA untuk menjadi pasangan hidup kita. Tetapi, sudah cukup SEMPURNA dan layakkah kita untuk memilikinya?

Salam dan hai semua.

.

.

.


Ada segelintir daripada kita yang terlalu mementingkan kesempurnaan ketika memilih pasangan. Tapi, kadangkala kita seringkali terlupa untuk bertanyakan kepada diri sendiri. Adakah diri kita sudah begitu SEMPURNA untuk melayakkan kita memiliki pasangan yang SEMPURNA juga? Mari kita hayati cerita mengenai seorang lelaki yang ingin mencari wanita yang SEMPURNA untuk dijadikan sebagai pasangan hidup.


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .


Ini kisah perjumpaan dua orang sahabat yang sudah puluhan tahun terpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum kopi di sebuah kafe. Awalnya, topik yang dibicarakan adalah soal-soal nostalgia zaman persekolahan mereka dahulu. Namun, pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka pada masa kini.

.

.

.



"Mengapa sampai sekarang kamu masih belum menikah?" ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang lagi.


"Sejujurnya sampai sekarang ini, aku masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya aku masih membujang. Dulu waktu aku di utara, aku berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Aku fikir inilah wanita ideal untuk aku dan sesuai menjadi isteriku. Namun, selepas kami mula berpacaran baru aku tahu bahawa dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai di situ.



Sekadar gambar hiasan.
[Gambar: Daripada pakcik google
]

Di Ipoh pula, aku ketemu dengan seorang wanita yang cantik jelita, ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama, aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang. Inilah wanita ideal buatku. Namun, selepas itu baru aku tahu bahawa dia mempunyai tingkah laku yang tidak baik dan tidak bertanggungjawab.



Sekadar gambar hiasan.
[Gambar: Daripada pakcik google
]

Dan ketika aku di JB, aku bertemu dengan wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecah-belah dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya, kami berpisah.



Sekadar gambar hiasan.
[Gambar: Daripada pakcik google
]

Aku terus mencari dan mencari wanita yang ideal buatku untuk dijadikan sebagai isteri. Namun, selalu mendapati kekurangan dan kelemahan pada wanita yang aku temui itu. Sampai pada suatu hari, aku bertemu dengan wanita ideal yang aku dambakan selama ini. Dia begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat prihatin dan sayang kepada orang lain. Aku fikir, inilah pendamping hidup aku yang dikirimkan oleh Tuhan untuk aku".


"Lantas", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan luahan hatinya.


"Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?"


Teman yang bertanyakan soalan tadi diam sejenak dan akhirnya dengan suara yang perlahan si bujang itu pun menjawab, "Baru sekarang aku mengetahui bahawa dia juga sedang mencari lelaki yang SEMPURNA".



Kesimpulannya: Nobody's perfect! Jadi, jangan mensia-siakan apa yang sudah ada di depan mata kita. Kerna, kita belum tentu mendapatkan yang lebih baik daripada yang sekarang kita dapat. Sekiranya kita ingin mencari pasangan yang SEMPURNA, lihatlah diri kita sendiri dulu. Adakah kita sudah SEMPURNA dan layak untuk memilikinya?


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Ya Allah, Ya Tuhanku!

Aku bersyukur kepadaMu kerna aku dipertemukan semula dengan dirinya setelah 7 tahun kami terpisah. Sesungguhnya, Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu. Engkau berkatilah kasih sayang antara kami dan satukanlah hati-hati kami ke jalan yang Engkau redhai. Moga jodoh kami berkekalan buat selama-lamanya. Amin Ya Rabbal Alamin.

Wednesday, April 14, 2010

Antaranya yang BELUM SEMPAT WANITA nak bagitau kat LELAKI... Boleh jugak dijadikan sebagai tips untuk memikat hati wanita idaman kalbu~

Salam dan hai semua readers!

.

.

.


Hari ni inn nak share sesuatu dengan u'olls semua.
Ia boleh jugak dijadikan sebagai tips untuk memikat wanita idaman kalbu.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

"Antaranya yang BELUM SEMPAT WANITA nak bagitau kat LELAKI..."
(Perhatian kepada LELAKI di luar sana tu, sila ALERT ye!!!)


[Gambar: Daripada pakcik google]


1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata; itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.


3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang. (sebab tu ramai wanita yang patah hati bila hubungan mereka terputus di tengah jalan)


4. Sekiranya seorang wanita tu jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki tu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


5. Bila lelaki yang dia suka dan cita merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat! (I love chocolate!)


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.


7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut. Jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.


8. Sekiranya seorang gadis tu mula menjauhkan diri daripada kamu selepasa kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sebagai seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka untuk meluahkan isi hati mereka.


10. Jangan sesekali bagitau kat perempuan yang mereka ni langsung tak berguna!


11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon; si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat. Tetapi, sebaik saja gagang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.


13. Sekuntum senyuman memberi seribu ertu bagi wanita. Jadi, jangan senyum sembarangan.


14. Jika kamu menyukai seorang wanita tu, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian, biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


15. Jika seorang wanita tu memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak dia keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan kamu.


16. Tetapi, jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.


17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri okeh!!!


18. Selepas seorang gadis tu jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa dengan lelaki ni lebih awal.


19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. (Agak2 MyAlif ada ke wat camni? Hehe!)



20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!!


22. Satu ucapan "Hai" sahaja sudah cukup menceriakan harinya.


23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.


25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.


26. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.


27. Senjata wanita adalah AIR MATA!!!


28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya misalnya hadiah, bunga ataupun sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai dengan setulus hati. Dengan ini, dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.


29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah ambil berat tentang diri mereka ye!


30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Wow! Inn rasa macam dah jadi doktor pakar cinta je bila bagi tips2 camni. Hehe! =D
Inn sekadar nak sharing la dengan u'olls semua tips untuk memahami perasaan wanita ni.
Mungkin ada yang betul dan mungkin jugak ada yang tak berapa betul.
Wallahualam. Lagipun inn jumpa tips ni kat dalam folder dalam lappy inn.
Kepada wanita di luar sana tu, kalau ada rasa nak tambah lagi;
Boleh la tinggalkan kat bahagian komen ye!


= SHARING IS CARING =



p/s: Harap2 la MyAlif baca entry kali ni. (^____^)

Monday, April 12, 2010

You were my strength when I was weak. You were my voice when I couldn't speak. You were my eyes when I couldn't see.

Salam dan hai semua.

.

.

.

Saya rasa gembira sangat sebab semalam MyAlif ada contact saya.
Kapal Setia Azam masuk port kat Kemaman tu untuk transfer minyak.
Boleh la kami bergayut sakan dan ber"sms" selagi dia masih dapat line.
Sekurang-kurangnya terubat la rasa rindu di hati ini.
Kalau ikutkan, dalam bulan ni MyALif akan sign off.
Tapi, tak confirm lagi bila sebab takde pengganti lagi.
Harap2 la ada orang yang akan gantikan tempat dia.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Sekarang ni, kapal Setia Azam dah kembali semula ke tengah lautan. =(
Kerja bebaik ye, sayang! Jaga diri leklok.
Oleh itu, saya nak tujukan lagu ni kat MyAlif.
Lagu "Because You Loved Me" nyanyian Celine Dion.
Saya suka sangat lirik lagu ni. (^____^)






p/s: I love you! I will be waiting for you, sayang.

Saturday, April 10, 2010

Hatiku seringkali bertanya. Siapakah gerangan si dia?

Salam dan hai semua!

.

.

.


Dah lama saya perhatikan.
Dan, saya selalu bertanya dalam hati siapa dia sebenarnya?
Sebab.......
PEMBACA MISTERI ni selalu datang singgah blog saya.
Kalau ikut live traffic feed, PEMBACA MISTERI ni dari Perth, Western Australia.


PEMBACA MISTERI ni pun selalu singgah blog seafarer's love yang lain.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Saya teringin sangat nak tahu siapakah gerangan PEMBACA MISTERI tersebut.
Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada PEMBACA MISTERI;
Kerna sudi membaca blog saya yang tak seberapa ni.
Adakah PEMBACA MISTERI ini merupakan salah seorang daripada seafarer's love?


p/s: Wahai si PEMBACA MISTERI, saya teringin sangat nak tahu siapakah gerangan anda? Kalau awak sudi perkenalkan diri, awak boleh email saya: innzchubby@gmail.com. Tapi, kalau awak lebih selesa untuk terus setia menjadi PEMBACA MISTERI, tidak mengapa. Dan, saya pasti akan ternanti-nanti kehadiran awak singgah di blog saya ini. Salam perkenalan daripada saya. - Nur Farihin -

Friday, April 9, 2010

Bila aku dah mula merepek meraban dalam bahasa Perancis~

Bonjour!!!

Comment allez-vous?


.

.

.



Je m'appelle Nur Farihin.



Je suis étudiante de Français à UTHM.


Je suis Malaisienne.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Voici ma famille.


.

.

.



Mon père et ma mère.



Mon petit frère.



Ma petite sœur.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

J'adore ma famille!!!



. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Je t'aime et vous me manquez!!!





p/s: Apa yang saya merepek meraban ni? Sebenarnya saya buat ayat dalam bahasa Perancis. Kalau nak tahu maksudnya, sila cari sendiri ye! Saya malas nak translate maksud ayat tu. Waa... Rindunya kat family saya dan MyAlif yang berada kat atas kapal tu. Mak, Ayah, Udin dan Ana, nanti minggu depan Kak Long balik rumah ye. 11 days to go until MyAlif has been sign off~

Wednesday, April 7, 2010

Lelaki HENSEM vs. Lelaki TAK HENSEM!

Salam dan hai semua.

.

.

.


Hari ni saya nak berkongsi cerita lawak mengenai lelaki HENSEM vs. lelaki TAK HENSEM.
Cerita ni saya terjumpa kat dalam lappy saya.
Saya pun tak ingat dari mana saya dapat cerita ni.
Saya rasa, saya ambil daripada pendrive kawan saya masa diploma dulu kot.
Jom kita layan cerita lawak ni.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Lelaki HENSEM

[Gambar: Daripada pakcik google]


versus


Lelaki TAK HENSEM


[Gambar: Daripada pakcik google]


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Situasi 1

Kalo lelaki HENSEM pendiam:
Perempuan akan cakap -> "Wow! Cool giler..."



Kalo lelaki TAK HENSEM pendiam:
Perempuan akan cakap -> "Eh, perasan macam bagus!"


. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Situasi 2

Kalo lelaki HENSEM berbuat jahat:
Perempuan akan cakap -> "Nobody's perfect!"



Kalo lelaki TAK HENSEM berbuat jahat:
Perempuan akan cakap -> "Memang... Muka pun macam pecah rumah!"

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Situasi 3

Kalo lelaki HENSEM menolong perempuan yang diganggu:
Perempuan akan cakap -> "Wah! Machonya... Macam hero filem!"



Kalo lelaki TAK HENSEM menolong perempuan yang diganggu:
Perempuan akan cakap -> "Entah-entah kawan dia..."

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Situasi 4

Kalo lelaki HENSEM dapat perempuan cantik:
Perempuan akan cakap -> "Sepadan sangat!"


Kalo lelaki TAK HENSEM dapat perempuan cantik:
Perempuan akan cakap -> "Mesti perempuan tu kena bomoh!"

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Situasi 5
Kalo lelaki HENSEM ditinggal kekasih:
Perempuan akan cakap -> "Jangan sedih! Kan saya ada..."



Kalo lelaki TAK HENSEM ditinggal kekasih:
Perempuan akan cakap -> "......." (Terdiam, tapi telunjuknya melikuk-liku dari atas ke bawah. Patutlah, tengok saja luarannya.)

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Situasi 6

Kalo lelaki HENSEM penyayang binatang:
Perempuan akan cakap -> "Perasaannya halus... Penuh kasih sayang!"


Kalo lelaki TAK HENSEM penyayang binatang:
Perempuan akan cakap -> "Sesama keluarga memang harus menyayangi..."

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Situasi 7

Kalo lelaki HENSEM bawa BMW:
Perempuan akan cakap -> "Matching... Hebat luar dalam..."


Kalo lelaki TAK HENSEM bawa BMW:
Perempuan akan cakap -> "Bang, bosnya mana?"

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Situasi 8

Kalo lelaki HENSEM tak mau bergambar:
Perempuan akan cakap -> "Pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar..."


Kalo lelaki TAK HENSEM tak mau bergambar:
Perempuan akan cakap -> "Tak sanggup melihat hasilnya ya?"

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Situasi 9

Kalo lelaki HENSEM menuang air ke gelas perempuan:
Perempuan akan cakap -> "Ini barulah lelaki gentleman..."


Kalo lelaki TAK HENSEM menuang air ke gelas perempuan:
Perempuan akan cakap -> "Naluri pembantu. Memang begitu!"

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Bagi saya, ke"HENSEM"an seseorang lelaki itu subjektif.
Sebagai contoh...
Kadangkala pada mata kita si A tu hensem.
Tapi, pada mata kawan kita si A tu tak hensem pun.
Kadangkala pada mata kita si B tu tak hensem.
Tapi, pada mata kawan kita si B tu hensem la pulak.
Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza.

. * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * . * .

Pada pendapat saya, hensem ke tak seseorang lelaki tu tak penting.
Yang paling penting sekali hati budinya.
Walau hensem mana pun, tapi perangai cam &%#!*@%;
Nak buat apa kan? Wat sakit hati kita je!
Zaman sekarang ni susah nak jumpa lelaki yang ada "full package".
Satu dalam sejuta pun belum tentu ada.
Nobody's perfect!

.

.


.


p/s: Suka lelaki yang sedap mata memandang dan suka melayan kanak-kanak. Bersyukur kerna dipertemukan dengan si dia pujaan hati. I love you, sayang!



* Pembaca yang ke-11111, sila print screen dan email kat saya ye! Saya excited nak tahu dan ada cenderahati daripada saya untuk anda sebagai tanda penghargaan.
Email: innzchubby@gmail.com


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...